16 October 2011

Dua kisah di Assam, India dan di Kuala Lumpur

Lelaki Berhati Syaitan...1
(09/10/2011)





Seorang lelaki berasal dari Guwahati, Assam di India, telah membunuh isterinya dan berjalan keluar ke jalan utama dengan kepala isterinya yang terputus dan parang yang berlumuran darah sebelum ditangkap.
Ranjit Das, bapa kepada dua anak lelaki berusia sembilan dan enam tahun, menjalankan perniagaan kedai runcit kecil dan juga bekerja sebagai seorang pemandu autorickshaw sambilan
Dia dituduh membunuh oleh Ketua Hakim di mahkamah majistret pada hari Jumaat lalu dan dikenakan tahanan reman.
Isteri yang dikahwininya sejak 10 tahun, Amiya Daimary Das bekerja sebagai jururawat di Kesihatan Luar Bandar India. Beliau telah bertugas di Barpeta, kira-kira 170km dari Guwahati dan pulang ke rumah pada minggu lepas.
Ranjit kemudian mengesyaki Amiya mempunyai hubungan sulit dan mendakwa dia mempunyai bukti.
Beliau kemudian mengkelar leher isterinya pada hari Khamis lalu dengan parang, dan membawa kepalanya yang berlumuran darah dan berjalan melalui jalan utama bersamanya. Beliau kemudiannya ditahan oleh polis peronda.
“Saya mempunyai bukti yang cukup tentang perhubungan sulit itu. Beliau telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki lalu menyebabkan saya hilang pertimbangan dan membunuhnya,” kata Ranjit.
Beliau mendakwa hendak pergi ke balai polis untuk menyerah diri ketika polis menangkapnya.
sumber

SATU LAGI.....
    

Lelaki Berhati Syaitan...2

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Kalidevi Mogan Kumarappaam@hmetro.com.my 17/10/2011   




KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki 
berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan
bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah 
malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, 
yang juga jururawat .di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 
peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, 
masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.
Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol 
selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke 
kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan 
daripada suami,” 

No comments:

Post a Comment