29 November 2009

Jumpa Lagi Rakan-Rakan Sekelas..



Saidin dan Aku

Rusdin tengah dok kerenyeh dan Saidin tengah dok nganga..

Masa ni Rusdin yang tangkap gambag ni....
Hasanuddin, Saidin, Aku dan Mahayuddin.

Pas tu giliran aku pulak jadi tukang tangkap gambag..

Hari ni aku rasa cukup gumbira lagi kerana dapat berjumpa semula rakan-rakan sekelas aku yang telah pun terpisah membawa haruan masing-masing lebih kurang 34 tahun yang lalu..Hampir sebulan yang lalu kami telah merancang untuk berjumpa di rumah Rusdin Husin di Kg Sungai Tawar. Tapi yang tak dapat mai Mad Saud.. dia ada kenduri di Niel Sedaka.. tapi tak mengapa.. ada masa lagi.. ini baru 4 orang..
Banyaklah kisah-kisah lama terung kait kembali.. masing-masing dengan penuh gumbiranya menceritakan kisah-kisah yang manis dan banyak yang mencuit hati..Dalam bercerita tu tersebut jugaklah nama-nama rakan-rakan kami yang lain, diantaranya..Kabiag, Arwah Lan Pak Ark, Arwah Omar Saayan, Pak Ya, Suhaime Sulong, Wan Fatimah, Yati Panjang dan banyak lagi lah rakan-rakan kami yang ada setengah tu dah hilang ntah dimanaaa..
Aku berharap aku dapat berjumpa pulak rakan-rakan aku yang lain-lainnya diantaranya;
Li Rangka, Hj Rosli Tabung Haji, Tat Said,Wahab Ahmad,Mad Saud, Kadiag, Kabiag, Pak Ya Bola, ACP Pak Ya dan lain-lain lagi yang aku pun dah tak berapa clear dah muka depa.

28 November 2009

Hari Raya Haji Kedua..

Sharif, Adik, Rashid, Monyet AKU..

Ini pulak.. AKU,Monyet, Sharif dan Rashid..

AKU ,Monyet...


Ni pulak foto aku dan "Marry", Tengok dia dok atas bahu aku tanpa rasa segan silu walau pun pertama kali bersua muka..dia ingat aku ni pak menakan dialah kot..

Sahabat Lamaku.. Abdul Rashid..


Hari ni Hari raya ke-3 Eidil Adha kebetulan sahabat lamaku Abdul Rashid mai ke kampung aku. Depa mai satu keluarga. Hampir 40tahun lebih kami terputuih hubungan. Aku dan kawan ku ini masa sekolah dulu pernah dok sekali di sebuah "rumah padi". Disitulah kami pakat-pakai study masa nak ambik SRP dulu sekarang PMR. Banyak kenangan-kengan manis kami semasa tinggal di "rumah padi" . Rumah Padi ni sebenarnya adalah rumah tempat orang simpan padi selepas habis menuai. Tapi disebabkan rumah tu tak lagi digunakan untuk menyimpan padi, kami pun pakat-pakatlah dok disitu beramai-ramai. Selalunya lepas maghrib kami pun mai study disitu dan bermalam disitu juga. Aku masih ingat lagi selain dari sahabat aku ni, ada lagi rakan-rakan aku spt Suhaimie Sulong, Bakri Pak da Hamad dan Mi Jusoh . Bila dapat ja result SRP tu aku dapat tawaran bertukar sekolah ke Sekolah Menengah Khir Johari Sungai Petani. Sejak itulah kami terus membawa haruan masing-masing. Tapi yang kekal aku dan Suhaime saja. Dia bertukar setahun sebelum aku ke SMKJ tu.. Sejak dari itu aku tak tau dah Rashid, Bakri dan Mi Jusoh depa pi mana. Tapi yang aku dapat tau ketiga-tiga orang kawanku kecuali Suhaime masuk askar. Bakri(tentera darat), Azmi Jusoh dan Rashid (masing-masing masuk tentera laut dan TUDM). Lepas tu aku tak tau ceritalah depa dok mana.
Tapi bila aku sendiri dah bekerja, masa cuti balik kampung aku dah tak jumpa depa lagi sehinggalah aku berkeluarga dan anak-anak pun dah besar panjang, barulah aku terjumpa balik Azmi dan Bakri Pakda Hamad tu..dah pencen pun depa tu dari askar.
Aku dapat tahu kawan aku Rashid menetap di Kuching, Sarawak dan telah pun punya keluarga. Baru sebulan yang lepas aku dapat tahu yang Rashid kawanku tu dah balik dan menetap di Alor Setar. Rupa-rupanya dia dah pun bepencen 12 tahun dah!.
Tapi hari ni kami dapat berjumpa balik. Tapi dia dah tak macam dulu dah. dah berjanggut dah. Ni lah diantara foto-foto yg sempat aku rakam semasa dia berkunjung ke rumah Kak aku di Landak..

Ni pulak foto adik dia Shariff bersama dengan "anak angkat" dia Marry..aku cukup teruja dengan "Marry" ni. "Marry" ni cute sungguh dan suka dok melawak, peramah pulak tu.Tapi aku terlupa nak bagi duit raya kat dia pun..

26 November 2009

Eidil Adha

Hari Raya Haji pada tahun ni macam dulu-dululah juga.. tak berapa meriah kecualilah di kok belah Kelantan dan Trengganu nu.. Hari Raya Haji memang disambut besar-besaran dan sepatutnya macam tulah di Kedah mau pun di negeri-negeri lain.. Tapi.. mungkin pemerintah dulu tak tekankan sangat sambutan Hari raya Haji ni. Hari Raya Puasa malah disambut secara besar-besaran. Kalau diikutkan Hari Raya Eidil Adha ni memanglah Hari Raya yang besar bagi menyambut kejayaan jemaah haji menunaikan rukun Islam yang ke 5.

Tempat aku selalunya mengadakan ibadah qurban 3 ekor lembu. Hampir saban tahun Taman kami membuat ibadah qurban di Hari Raya Haji.. Macam biasalah seperti yang dilakukan oleh masyarakat didaerah lain, sebelum itu kami ramai-ramai dalam pakatan kumpul duit secara beransur-ansur untuk beli lembu lepas tu sampai ja masa pakat-pakatlah turun beramai-ramai bergotong royong buat kerja ikut bahagian masing-masing.


Raya ketiga baru-baru ini tertunailah sudah ibadah qurban 3 ekor lembu campur sekor lembu khas utk kenduri kahwin anak rakan kami Dummy. Jadi semuanya kena kerat tengkok 4 ekor lembulah.


Saad sedang memberi amanat terakhir kpd lembu yg merupakan calon yg pertama untuk diqurbankan.

Sahabat aku Suhaime sedang mengatakan sesuatu pada Pak Tam yg sedang relaks berbaring.. mungkin tengah dok bagi kaunseling terakhir agaknya..

Aku pun ada juga mengambil bahagian dalam sessi kaunseling ni, sebaliknya aku yang kena kaunseling! pasai tau nak tangkap gambag saja.

Calon ke-2 sedang memikirkan nasibnya kali ini..



Lembu ke-3 semakin buntu mengenangkan apa yg harus dilakukan ketika mata pisau menerjah masuk memputuskan urat nadinya...pasrah..pasrah..pasrah....


Yang ke-4 ni masih remaja . Belum puas main futsal lagi.. Ini adalah tendangan terakhir baginya dengan gaya yg tersendiri....


Berakhirnya sebuah kelazatan bagi mengisi makna pengorbanan yang punya hikmah dan penuh pengajaran buat kita bergelar Insan di bumi Allah ini..Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!!!

Lagi foto-foto yang berkaitan dengan Ibadah ini 1 2 3 4 5



25 November 2009

Ada apa pada nama??

Now dah pukui 12.59 am dah.. mata aku susah pulak nak katup... Tadi baru ja lepas mesyuarat Pakatan di Taman Bersatu.. banyak lah isu-isu sensasi dan isu-isu yg terangkat pungkok. Tak senang duduk sungguh.. masuk salah keluag pun tak kena..maksud aku bukan soal masuk/keluar pakatan tapi kepala hotak aku ni.. tak lepas nak jangkau. Tapi macam nilah setiap kali kami bermesyuarat mengenai hal-hal terutama kenduri kendara.. ada saja yang nak ketuk meja! Tapi tak palah.. apa-apa pun pakatan kami adalah diantara pakatan / badan kebajikan yg terbaik sekali diAsia Tenggara ni. Boleh masuk Buku Guiness Stout of Malaysia!Malam ni aku dapat idea mengenai "Ada apa pada nama".. dah tak dak aghah nak cari tajuk dah ni..
Well..(telaga..) sebut pasai nama ni.. macam-macamlah benda, orang, tempat, binatang dll.
diantara contoh-contohnya ialah Benda.. misalnya..buah petai belalang.. mungkin bijik petai tu besag dan bentuk macam mata belalang.. kereta mersedih..mata belalang..kerbau pendek, penjarah manakah yg dok bagi nama macam ni pun aku pun tak tau! itik nila..agaknya itik jenis ni suka makan nila.

Buah kote mamak.. mungkin orang dulu-dulu masa nampak buah tu tau-tau ternampak mamak jual pasembor tengah dok buang kumoh.. dan mungkin jugak orang tu ternampak "buah" **** mamak tu, langsung melatahlah dia lalu berkata..buah kote mamak..buah kote mamak! keh sampai ke laa terlekatlah buah yang malang tu diistiharkan sebagai buah kote mamak...color apa bayangkanlah sendiri..Buah duku.. duku ni yg aku tau sejenis binatang spesis monyet.. mungkin menatang ni suka sangat tokak buah tu.. maka si Ali Mamak ni pun bohlah buah tu dengan nama buah duku..Ikan karin.. ikan tu adik beradik sebelah mak menakan sebelah sepupu maya karin...

Buah pulasan.. buah jenis ni dah hampir lupus dah di muka bumi ini.. apa ke tidaknya.. lepas sorang terjumpa buah tu..di pulas-pulasnya..mai sorang lagi dipulas-pulasnya..tak tau dah berapa orang bila ja terjumpa buah tu..asyik dok kena pulasss ja..sampai tak perasan sampai hari dah tengah malam..tak mau tidog lagi.. sebab tu lah nama buah tu terlekat sampai sekarang dengan nama buah pulasan..
Durian Belanda.. tau dak pasai pa nama buah tu durian belanda?.. aku pun tak tau! lu pikiag lah sendiri!.. Pisang tanduk.. pisang ni mengikut sejarah dari kajian dewan bahasa dan pusaka asalnya ada seorang Belanda yg tadi lah.. .. baru teroka tanah kat hutan.. masa tu Felda tak beranak lagi.

Dia pula ada bela 15 ekor kuda..kuda dia ni jahat yang amat! tak boleh tengok pokok pisang.. nampak ja pokok pisang dok kira nak tannndok ja! nampak ja tandok dok kira nak pokok piiisang ja! last sekali Belanda tu fedup agak nya.. dia namakanlah pokok pisang tu dengan nama pokok pisang tanduk! once dia boh saja nama pisang tanduk kuda-kuda dia pun.. relaks ja..dah tak tanduk dah.. macam cerita P. Romlee pulak.. dalam filam Ahmad Albab.

Kacang kuda.. kacang ni spesis buah lah juga no..asal sejarahnya bermula dari kuda-kuda tadilah.. bila menatang tu asyik ja dok tandok pokok pisang.. leteh gamaknya dok tanduk sampai terberak..terberak sampai taik beterabog sana sinin..bukannya sikit banyak pulak tu sampai terbentuknya sebuah bukit nak tau!..Tapi disebabkan peristiwa ni dah berlaku dalam kurun ke18 dulu taik kuda yg hitam tu beransur-ansur bertukar warna jadi color putih.. oleh sebab musim tengkujoh..dah nak masuk ke musim tengkunam..lama-lama taik kuda tu tumbuh pokok!.. lama kelamaan pokok tu pun mengeluarkan buah macam kekacang.. betul-betul macam rupa bentuk taik kuda tadi.. sabit tu lah nama kacang tu terlekat sampai sekarang dengan nama kacang kuda.

Batang Berjuntai.. ni nama sebuah tempat terletak di Selangor.. aku tak tau nak cerita lah macam mana terlekatnya nama yang sebegitu unik..pikiag sendirilah!!
Cerita ni dari zaman aku budak-budak lagi dah ada dah.. Gajah Mati Langgar Pokok Sena..tapi sekarang gajah dah jarang jumpa yg mati, yang selalu jumpa mati budak rempit dok langgag belakang trela selalu lah!
Ni di tempat kelahiran aku..Baling.. Asal nama baling ni.. kalau ikut dewan bahasa dan pusaka..masa zaman arwah raja bersiong dulu.. dia pegang (La..ni Kuala Pegang) siong dia (laa ni Siong..Kg Lalang) dia singgah sat kat satu pekan..mungkin terlalu letih agaknya..terlampau dahaga ayag..raja tu singgah kedai mamak kat pekan tu..minum ayag..dia tak bawa banyak duit cuma sekupang ja.(laa..ni pekan Kupang) dia nak minum lagi tapi mamak tu tak bagi sebab duit sekupang masa tu tak laku lagi.. Raja pun murka.. masa tu lah raja tu pulas (laa..ni Merbau Pulas) Siong dia lalu baling (laa ni..Baling) ke arah gunung..
Ni lah dia Gunung Baling yang dok ada sampai sekarang ni..
Ada banyak lagi kalau nak cerita bab-bab nama-nama ni.. tapi disebabkan mulut aku asyik dok tenganga ja.. menguap berkali-kali..tanda aku dah mengantuklah..
tak dak apa-apa.. semua yg aku tulis ni tak ada link langsung dengan yg hidup mau pun yang belum mati...jumpa lagi..

22 November 2009

Bahasa Kereta

Aku syok bila createkan perkara-perkara yg remeh dan jarang terdapat dimana-mana screen atau lcd didunia yg fanau ini...

-Dulu mana ada bahasa kereta.. sekarang tiap-tiap hari ada.. contohnya bila kita memandu diwaktu malam..kereta dari arah bertentangan kita dok suloh lampu highbeam. Kita pun mulalah berkata" hai.. dia ni buta ka.. dok pasang lampu tinggi? dah la buta tak nampak pulak??" apa lagi jari ni dan-dan bagi highbeam juga.. huh! padang muka..itu satu bahasa kereta..

-Selalunya terjadi di simpang 3. kita nak keluar ke jalan besar ada kereta lain pulak nak masuk.. tak pa lah kita bagi can dia masuk dulu..berbudibahasa lah tu.. dia pun masuk dan shoot highbeam tanda terima kasih kot.... kita pun balas shoot kat dia pulak..itu bahasa kereta..

-Kita tengah relax bawa kereta dengan anak bini.. ikut had laju 90km..tiba tiba ada sebuah kereta dari belakang laju semacam ja dok bremm-bremm..kononnya suruh kita ketepilah tu..kita buat dono..apa lagi dia pun mulalah tunjuk perangai H1N1 terus overtake dengan lajunya..dia bagi hon pulak tu!! himpit kita lagi!!..mula lah hati kita berkata ..mampuih pi hang! itu bahasa kereta..

-Pernah terjadi di taman perumahan..deme ade keta banyok..tak tahu doh nak parking kat mana.. last sekali dah tak dak tempat, parkinglah di depan rumah kita..sekali dua tak pa lah ni dah jadi tempat parking kekal dia pulak? alamat kita nak keluar masuk masalahlah...tak dak pilihan lain kita pun ambik kertas tulih kat situ"TOLONG JANGAN PARKING DISINI..SUSAH SAYA NAK KELUAR /MASUK". kertas tu kita pelekatlah dipintu kereta dia..lepas tu sampai ke laa ni..depan rumah kita "clear"..baru senang keluar/masuk..itu bahasa kereta jugak ka??

19 November 2009

Aku semasa di Tingkatan 3 di SMKP

Hah..ha terima kasih Mi.. aku terpaksa menyilok lagi foto-foto ni sebab tak ada dalam simpanan aku lagi..hilang entah dimana...Pada kawan-kawan yang sewaktu dengan aku didalam barisan ini.. nak tau lebih lanjut lagi kliklah disini.

Ni pulak Gambag masa di Tingkatan 2

Aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada kawanku Suhaime Sulong kerana telah memberi laluan kat aku untuk mencilok gambar-gambar kami sekelas ni di laman blog aku ni.. nak kisah selanjutnya.. silalah klik disini.

Gambar aku semasa bersekolah rendah

Gambar ni aku "curi" secara halallantoyyiban dari blog Suhaime. Dulu aku ada gambag ni tapi tak tauu hile mano doh. Disini aku nak merekodkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih pada beliuu. Aku teringat terus kisah kami rakan sekelas ni. Masa tu guru kelas kami nama dia orang panggil cikgu Mad Lebai.. Tapi laa ni dah jadi cikgu Mad Haji dah..Ada lagi sampai sekarang, dah jadi orang kuat Masjid Kupang.
Ok..kisahnya macam ni.. pada waktu itu sekolah kami Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Kupang sedang buat pertandingan koir. Setiap kelas yang dipilih untuk mengkoirkan lagu NEGARAKU. Pilih punya pilih kelas kami pun terpilih untuk membuat persembahan di perhimpunan pagi..(..aku rasa nak tegelak dah ni..tak tahan dah ni....).. nanti aku nak tarik napas sat...
Sebelum tu kelas kami punya pulunlah belatih koir, cikgu Mad Lebailah dok pulun latih kami sampai dia cukup yakin punya koir kelas kami memang 'sedap'lah pada waktu tu. Cukup dengan suara kecik suara besag.. pitching pun cantikk.. Apa lagi dia pun dengan rasa gumbira tak terhingga mengrekomenkan kelas kami untuk koir pada perhimpunan pagi..
Bila sampai waktu perhimpunan pagi tu kelas kami pun di panggil untuk buat persembahan lagu NEGARAKU.. Dengan disaksikan oleh para-para guru dan murid-murid kelas lain, kami pun mulalah menyanyikan lagu Negaraku tu..
Nyanyi punya nyanyi langsung tak menjadi!!! berselerak terabog! kami nyanyikan lah juga hingga habis siaran. Aku tengok muka Cikgu Mad Lebai dah jadi merah kebiruan! menahan malu!
Habis ja kami menyamyi kami pun masuk keperhimpunan semula dan dia pun dengan muka yang kelat marahkan kami kerana telah menghampakan beliau.. aku tak ingat dia kata apa ketika dia marah tu.. itulah salah satu kenangan yang aku ingat sampai ke hari ini.
Yang aku ingat nama-nama kawan-kawan dibarisan sebelah kiri..namanya Fauziah Mad Nor, Khairun Nisa', Zawiyah Abdul Razak, Noriah Md Amin(kaki pukui dlm kelas), Fauziah md Zain (Sekarang Doktor..), Halimah Aziz, Latifah Kasim, Roziah Mahmud dan Fatimah Abdullah.
Atas sebelah kiri pula, Abu Osman Ibrahim, Fauzi Hashim.Samsuri Kote Busuk, aku, Ahmad Fauzi, Suhaime Sulong(Kawan baik aku sampai bila-bila), Md Rodzi Ibrahim,Badrudin Yunus, Ali Ibrahim, Shuhaimi, Sani Darus, Allahyarham Cikgu Ismail Hamzah, Ismail Jaeh, Zailan Ghazali,
Mad Rejeki, Tak ingat, Khatijah, Jamsiah, Ramlah ,Rahmah(dia ni aku suka tarik rambut dia.. bila aku tarik dia selalu kata..natang babhii!), Jamilah, Maimunah dan Cikgu Mad Lebai. Budak-budak pompuan laa ni aku tak tau dah depa dok dimana.

17 November 2009

Manis 17




















Belek punya belek terjumpa pulak foto yang ni.. bergaya sakannn.. masa ni umur foto ni dah 17 tahun dah..aku pun masa tu dak ada anak tiga.

Lawa tiada..Manis ada..


Foto cun ni aku terjumpa di dalam salah satu album aku dapat dari rumah ayah aku kat kampung..album ni terletak dalam almari di "rumah atas"..
"Rumah atas" dan "Atas rumah" adalah dua perkataan yg berbeza..
"Rumah atas" adalah rumah 2 tingkat di bahagian atas
"Atas rumah" pulak adalah aku sendiri pun tak reti nak terangkan...
Tapi ada kisah disebalik tertangkapnya foto cun ini..
Uiihh.. masa ni aku bergaya sakannn... tengah dok jadi hero kampung..jalan pun misti ada style..masa berjalan tu leher nak kena goyang-goyang sikit..punggung pulak nak adjust bagi lentek sikit.. misti kena ada perasaan syok sendiri macam ada orang dok perati kat kita..bila terjumpa marka masa tu..buat-buat tak nampak lah kunun..perasan jadi terlebih pulak..Masa tu kawan yang paling rapat dengan aku Suhaime Sulong, kemana pergi pun kami misti berdua.. Nak tau dak??? baju yang aku tangkap gambag ni aku pinjam baju dia laa..nak tegelak sungguh! tengoklah aku punya signature masa dulu di tahun 1979...tengah di timpa perasan la tu...

Laxawhere Romeo..


Tiga Pangli5 Harimau Dirantai...

Foto-foto klasik macam ni aku dok simpan lama dah dalam album.. album tu sekarang kulit dia pun hilang pi mana tah..dulu kalau kita ada album gambar-gambar macam ni kira pecah kepala laa..eksyeng habih! Dulu pun perkataan "Foto" ni mana ada.. laa ni ya..gatai pi panggil "Foto" dulu kita sebut "Gambar". Dulu-dulu kalau nak tangkap gambar bukannya senang! terpaksa dok pinjam dari kawan yang ada kamera. Lepas tu pulak mintak duit kat ayah nak pi beli kodak hak yang 12 filem punya!..Uihh.. tak boleh dok snap kerap-kerap sangat.. sayang nanti cepat habih kodak..Selalunya kalau kat kampung aku di Pekan Kupang cuma ada 2 bijik kedai gambag saja. Satu Kedai Gambar Ah Yu dan satu lagi Kedai Gambar Chahaya Baru..
Bila sebut Kedai Gambar Ah Yu ni.. aku teringatla masa-masa tu.. Ah Yu ni kalau orang pompuan pi tangkap gambag di kedai dia..dia suka pegang-pegang muka orang pompuan..lebih-lebih lagi pompuan yang lawa! sesekali tu aku tertengok macam dia dok tertelan ayag liog dia berdegup-degup sambil mata dok usya kat pelanggang dia.
Tapi itu kenangan lama.. Tapi tokeh Kedai Gambar Chahaya Baru tu tak duduk di pekan Kupang dah tapi dia dah berpindah di pekan Baling, laa ni tak buka kedai gambag dah tapi kedai runcitlah pulak.. Tokeh Kedai Gambar Ah Yu aku dah tak pernah nampak mungkin telah kembali ke alam nirwana agaknya..
Sekarang kamera mana ada pakai filem kodak lagi dahh.. laaa ni kalau nak snap 77 kali pun tak pa asalkan bateri strong lagi..

14 November 2009

Karenah Orang sekarang

Aku nak luahkan perkara ni dah lama sangat dah. tapi tak dan kerana terperangkap dalam trafik kerja yang banyak. Tapi kali ini aku dah tak tahan lagi dah.. kehendak aku membuak-buak macam membuaknya lahar gunung berapi..

Perkaranya nampak remeh tapi serius.. Diantara karenah orang-orang sekarang....

1. Orang sekarang kebanyakannya remaja suka naik mutu bukannya macam zaman aku dulu-dulu, depa suka sangat naik mutu beriringan sebelah menyebelah bukannya macam dulu kalau naik mutu follow belakang. Tak berani nak buat macam budak-budak remaja buat sekarang. Pantang ditegur, mulalah nak tunjuk hebat dan lagak.. nasib tak baik kita pulak yang di makinya.
2. Orang sekarang kalau nak melintas jalanraya suka berhenti ditengah jalan. Zaman aku dulu kalau ternampak keadaan macam ni.. cepat-cepat ada ja orang pi tolong tarik ketepi.. rupa-rupanya orang yang berdiri ditengah jalan tu nak bunuh diri!!. Aku cukup sereyau kerana hal ini terjadi didepan mata kepala aku saban hari.. Lu pikirla sendiri..adaka patut dah la waktu malam pi berenti ditengah jalan..dah la tu pakai pakaian warna gelap..silap-silap langkah boleh jadi Rwah!! Dok pikir-pikir sendiri pasai hal ini..kenapa sekarang timbul perangai-perangai yang macam ni?? kenapa terlalu mudah kufur nikmat yang telah AllahTaala berikan kepada kita? kenapa ada orang yang sanggup memperkasinokan diri malah nyawa mereka sendiri??..
3. Ini pulak satu hal lagi semasa dijalanraya juga..kalau pandu kereta sengaja nak tunjuk ego memotong secara mengH1N1 buta.. tak pergi jauh pun..depan kita jaa.. tapi mungkin depa rasa puas kot kalau dapat buat macam tu..
4. Orang-orang sekarang ni bukannya boleh ditegur, kalau di tegur berubahlah mukanya macam asam gelugur..Aku pun dah tak berapa paham dah kenapa sikap orang-orang zaman sekarang boleh berubah jadi macam ni?? Orang-orang sekarang dah tak macam orang dulu-dulu lagi.. cukup ambik tahu mengenai anak-anak mereka masing-masing. Anak hang macam anak akulah juga.. Tengok saja anak kawan kita yang nakal sikit atau buat sesuatu yang tidak kena, kita boleh ambil tindakan.. sekurang-kurangnya marah atas apa salah silap yg dilakukan. Tapi cuba laa ni tengok? alamat melentinglah kawan kita tu kalau anak-anak mereka ditegur??. Depa nanti akan berkata.. Hang jaga anak hang, Aku jaga anak aku!! awat hang sebok pasai pha?? haa lepas tu mula lah masing masing tak bertegur sapa.
5. Orang-orang sekarang ni kalau berselisih berdepan( Tak kiralah yg muda atau pertengahan umur).. lebih-lebih lagi sedang naik mutu atau kereta.. Senario ni selalunya terdapat di taman-taman perumahan..depa bawak ja kenderaan depa macam kita dok depan depa tu tak ujud langsung! jalan menononggg ja.. macam H1N1..depa yang berspesis macam ni hidung depa tu macam dah tinggi sangat ka?? Lain lah macam Menara Kuala Lumpur tu!..tu be kontiniu..