23 October 2009

Zaman Persekolahanku..








Aku bersama rakan-rakan sekolahku. Bergambar di depan Dewan Sekolah Menengah Khir Johari,Sg. Petani. pada tahun 1976.
Kini sudah 33tahun ianya telah berlalu.. aku dapat tahu.. rakan aku yang bernama Omar Saayan,Mohd Zaki Mohamad dan Azlan Ishak telah pun pergi menyahut seruan Ilahi..
Masih terngiong-ngiong lagi kemesraan kami ketika itu...
Al fatihah utk mereka..

Gambar aku semasa dalam kelas 5C Sains Tulin Sek. Men Khir Johari Sg Petani. Gambar ini aku cilpak dengan penuh keizinan dari sahabat ku Saedin Zakaria. Tima kasih.

Double klik gambar utk zoom

Selingan..






















Tak habih-habih "posing"ni...

Arwah Bapaku Che Rus


















Arwah Bapa aku
Che Rus binJamaluddin

Gambar arwah Ayah dan arwah Bapa aku..






















Disebelah kiri arwah bapa aku Che Rus bin Jamaluddin dan arwah Ayah aku Ahmad Rejab...mai tang ni yang aku pening nak cerita ni.. Bapa ada ayah pun ada..
Apa-apa pun biarlah aku jelaskan disini.biag semua orang puas hati.
Sebenarnya Arwh bapa aku Che Rus adalah bapa saudara kpd ayah ku arwh Ahmad Rejab..
Sedar-sedar aku dah dibiasakan panggil bapa dan ayah. Kebetulan pulak arwh ayah akulah yang menbantu menjaga dan menyekolahkan aku sehinggalah aku dah besag panjang sampai laa..ni. Tapi mereka kini sudah tidak ada lagi. Rasanya aku tak dapat nak membalas budi dan jasa baik ayah dan bapaku. Moga Allah merahmati roh-roh mereka dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Gambar aku masa zaman Jepun


Gambar aku yang tengah dok..nak tekencin sangat lah tu. Arwah mak aku Hasnah no 2. disebelah kiri aku. Ini kalau tak silap aku didalam satu majlis perkahwinan. Tapi tak tau kahwin sapa..

Anak aku yang kreatif

Aku dan Kakak yang ku sayang.






















Kakakku Noryah..seorang yang lembut dan penyayang. Aku sangat rapat dengannya dari aku kecil sehinggalah sekarang.
Aku tak peduli kalau aku terasa lapag aku terus ke rumah dia..bukak tudung saji...macam mana pun aku mesti makan juga apa yang dia masak walau pun sedikit.
Dia cukup faham kegemaran aku..kari..kari..kari..lebih-lebih lagi kari yang semalam punyerr...uhh aku tibai habih...