09 December 2011

Gambar Latar di Screen anda....


Kisah Disebalik latar Windows XP - Gambar popular Didunia


Salah satu gambar yang paling popular di dunia adalah merupakan gambar latar desktop pada sistem operasi Windows XP, yang mana memaparkan gambar bukit yang berwarna hijau, dan telah dirakamkan oleh O’Rear, salah seorang bekas jurugambar untuk National Geographic. Kini, gambar tersebut telah menjadi gambar yang paling banyak diperlihatkan di planet ini, dimana hampir ke semua pengguna komputer atau desktop mengenali akannya.


Gambar Yang Dibeli Oleh Microsoft Dan Digunakan Pada XP [via]

Menariknya adalah dimana lokasi tersebut masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini melalui
 Google Maps, dimana melalui sokongan Panoramio, para pengguna boleh melihat lokasi, dan juga perubahan kawasan tersebut dari semasa ke semasa.

Menurut O’Rear, ketika merakamkan gambar tersebut, beliau tidak pernah terfikir untuknya digunakan sebagai gambar latar untuk desktop, dan semestinya tiada seorang pun jurugambar mensasarkan untuk gambar mereka digunakan sebagai gambar latar pada desktop atau komputer.

Beliau sendiri telah melalui lokasi tersebut beberapa hari, dimana pada suatu hari, beliau telah turun dan mengambil beberapa gambar lokasi tersebut yang mana menarik perhatian beliau.

Beliau kemudiannya menerima panggilan mengatakan yang mana Microsoft berminat dengan gambar asal tersebut, dimana harga pembelian dan struktur pembayaran oleh pihak Microsoft tidak didedahkan oleh O’Rear.

Namun apa yang dilaporkan adalah dimana pembelian gambar tersebut, merupakan pembelian gambar kedua paling mahal didunia sehingga kini.


Bagi anda yang ingin melihat lokasinya sendiri, boleh layarinya melalui Google Maps, dan aktifkan Street View, ataupun melihatnya melalui Panoramio.



sumber asal: http://amanz.my/2011/11/disebalik-latar-windows-xp-gambar-paling-popular-dunia/


02 December 2011

Browse Li

                         



                                    Bukak jer TV ada je iklan ni..dah nek bebuih tekak aku dah....20sec rasa macam 20minit. Bukannya apa pun cuma nak iklan dequadin jer..dah ler tu..cemuih dah aku dok layan iklan ni.............