07 January 2010

Majlis perpisahanku









Gambar-gambar disekitar majlis perpisahan aku di Klinik Pergigian Baling.
Hari ini genap 3tahun 3bulan aku berkhidmat di Klinik Pergigian Baling. Aku mula bertugas di sini pada 10hb November 2007 dimana sebelum itu aku bertugas di Hospital Kuala Nerang. Pada 10hb Januari 2010 ini aku akan bertukar ke Hospital Baling Pulak kerana arahan kenaikan pangkat.
Sepanjang aku bertugas di Klinik Pergigian Baling aku mendapat banyak ilmu dan pengetahuan dan juga mendapat ramai rakan-rakan yang begitu supporting yang telah banyak membantu aku. Aku juga begitu berterima kasih kepada Ketua Jabatan aku, Dr. Roslina Mohd Jihi. Beliau juga begitu banyak membantu aku didalam menjayakan visi KPBaling ni. Disamping itu aku juga berterima kasih dan akan terus merindui rakan-rakan seperjuangan ku di KPBaling. Khasnya Dr Ahmad Fadhil. Aku cukup mengkaguminya kerana beliau aku anggap sebagai pakar rujuk dalam hal-hal keagamaan dimana beliau memang dianugerahkan Allah punya kebolehan berbincang dan berdakwah serta hebat dibidang motivasi.