26 November 2010

"RIAK MEMAKAN DIRI"

PADA zaman Nabi Musa a.s, ada seorang lelaki yang hanya mencuri untuk meneruskan kehidupan sehari-hari sejak 40 tahun lampau. Suatu hari, dia terlihat Musa berjalan dan terlintas di hatinya untuk berjalan bersama baginda.
“Mudah-mudahan, ada keberkatan untukku dengan berjalan bersama nabi,” katanya.

Bagaimanapun, selepas difikirkan semula, lelaki itu membatalkan niatnya kerana beranggapan dia tidak layak kerana banyaknya dosa yang dilakukan sebelum itu.

Tidak lama kemudian, dia terlihat pula seorang abid (ahli ibadah) berlari-lari anak mengejar Musa. Lelaki berkenaan tahu orang yang berlari itu sudah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan memang dikenali kerana perwatakannya.
Pencuri itu memutuskan untuk mengikut ahli ibadah berkenaan, dengan masih mengharapkan ada kebaikan dan keberkatan untuknya. Dia menghampiri abid berkenaan dan meminta izin berjalan bersamanya.

Kedatangan pencuri itu jelas mengejutkan si abid dan ketakutan pun datang. Dia segera menghindari kerana mahu mengelakkan kesan buruk daripada amalan pencuri itu mencemarkan dirinya. Ia kemudian ditakuti akan merosakkan segala kebaikan abid berkenaan.

Si abid memperlajukan lariannya untuk mengelak beriringan dengan pencuri itu, tetapi si pencuri itu juga meningkatkan usahanya mengikuti ahli ibadah berkenaan. Keadaan itu berterusan sehingga kedua-dua mereka tiba kepada Musa.

Baginda berpaling lalu bersabda (bermaksud): “Aku baru saja mendapat wahyu daripada Allah supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu dimansuhkan-Nya.” Kedua-dua lelaki itu terkejut.


Bagi si pencuri, ia amat menggembirakan kerana kesalahannya sebelum itu diampunkan, sebaliknya bagi si abid, ia amat menyedihkan. Segala kebaikan dan pahalanya selama 40 tahun ditolak Allah.

Ternyata rahmat dan kasih sayang Allah terlalu hebat.

Walaupun lelaki itu kerjanya mencuri, tetapi ia dilakukan dalam keadaan terpaksa. Hatinya tidak pernah rela dengan perbuatan itu, sebaliknya desakan hidup yang melarat dan tanggungan banyak memaksanya mencuri.

Setiap kali mencuri, dia akan berasa bersalah amat sangat dan penderitaan itu yang ditanggung selama 40 tahun sebelum itu.

Jiwanya juga tidak pernah putus daripada mengharapkan rahmat Allah.

Bagi si abid itu, sifat riaknya jelas memakan diri. Dia amat yakin amalannya sebelum itu dapat menyelamatkannya daripada kemurkaan Allah dan memperolehi syurgaNya.

Dalam jiwanya timbul rasa kekaguman dan kemuliaan diri. Selama 40 tahun juga dia mendidik jiwanya supaya semakin berasa baik dan tinggi kedudukan setiap kali melakukan ibadah sehinggakan menganggap bergaul dengan masyarakat boleh menjerumuskannya kepada kerosakan.

Dia berpendapat hanya layak bergaul dengan golongan tertentu termasuk nabi, sedangkan tugasnya adalah meneruskan syariat Allah dengan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Untuk menyempurnakan amanah itu, si abid sepatutnya tidak mengehadkan pergaulan dengan golongan tertentu, malah wajar mendekati semua pihak, termasuk si pencuri itu, supaya kejahatannya dapat dihentikan.

Maha Suci Allah mengetahui segala isi hati manusia. Dia tidak melihat amalan lahiriah untuk menilai makhluk-Nya, sebaliknya menjadikan hati sebagai penilai.

Dia dengan sifat kudrat dan iradahNya, menguji manusia dengan pelbagai bentuk. Dan manusia perlu memilih untuk menentukan masa depannya, sama ada diredai Allah atau sebaliknya.

PERNAHKAH KITA BERSIFAT SEPERTI SI ABID INI???

05 November 2010

e-Rokok..

Kita dah ada macam-macam "e" dah..e-knowledge, e-dagang, e-kad, e-mail dan berbagai-bagai jenis "e" lagi dan laa ni.. timbul pulak satu jenis "e" pulak..dipanggil e-Rokok..

Macam nilah designnya
                                                                 


Ianya ada charger!!

 Tak perlu tembakau, cuma kita perlu belikan  nicotine cartridgenya..isaplah berapa banyak yang anda suka dan ianya berasap dan berapi macam biasa dan anda akan merasakan macamana rokok yang biasa anda hisap seharian tu!..Anda merokoklah dengan menggunakan e-rokok ni sepuas-puasnya dan aku rasa sikit hari lagi tidak ada lagi rokok yang biasa sekarang akan dikeluarkan lagi..

Ianya direka khusus bagi perokok yang ketegag yang dihasilkan dari China.Harganya diantara RM200.00 ke RM300.00 untuk satu stick. Murah kan?? atau pun ianya adalah rokok yang termahal sekali di dunia!

Kalau sekarang kita beli rokok sekotak RM10.00 kalau sebulan tak ke RM300.00? Wehh!! lebih kurang jaa...

Memang berasap...
  
..dan nampak macam menyala..tapi red-led jerr..
                                                                             EEmm..macamana kita charge handphone macam tu lah kita charge e-Rokok ni..Tak perlulah kita bawa rokok sekotak macamana biasa..kita cuma bawa sebatang saja untuk di hisap seharian selagi baterinya tidak lemah!                                                                                                                                                                                                                          
If you already tired of life ... Get one today!

Banjir di Kedah.

Bermulanya bencana banjir di Kedah..diantara yang terburuk sejak dari tahun 2005 dan ada berita yang mengatakan yang terburuk selepas 100 tahun yang pernah berlaku di Kedah.



Pada 30hb Oktober lalu kawanku sekeluarga datang dari Sabak Bernam, Selangor untuk hadir ke Majlis konvokesyen anak lelakinya pada 1hb November 2010 di UUM Sintok. Mereka sempat juga bermalam di rumahku satu malam. Pada esoknya mereka bertolak ke Jitra untuk menginap di salah sebuah Homestay.Maklumlah hotel pun dah fullhouse..Malangnya mereka turut terperangkap kerana air banjir naik begitu cepat. Nasib baiklah kedudukan homestay tu terletak tinggi sikit.
Majlis konvo ditangguhkan ke tarikh lain..Hampir 5 hari jugalah mereka terperangkap kat Jitra dan hari esoknya barulah mereka berjaya keluar ikut highway BKH dan terus balik ke Selangor...Ini satu kenangan yang pahit bagi mereka...
Tapi mengikut cerita yang kurang formal pula..bencana banjir yang melanda Kedah itu bertambah buruk hasil dari sebuah empangan yang takungannya terpaksa di buka di selatan Thailand dan ditambahnya lagi dengan saki baki air banjir besar dari Pakistan baru-baru ini...

Apa-apa pun musibah yang berlaku kebelakangan ini kalau difikirkan dengan cara saintifiknya ianya adalah hasil dari kerakusan manusia-manusia yang rakus mencabuli fitrah alam.


Tidak salah untuk mencari kemewahan tapi yang salahnya terlalu  mengikut nafsu tamak dan haloba.

Tidak salah untuk pembangunan tapi yang salahnya sebab tidak memikirkan natijahnya jika tidak mengikut peraturan. Inilah hasilnya jika pembangunan yang tidak dirancang..
Apa-apa pun sama-samalah kita memikirkan jalan atau cara yang terbaik untuk mengatasi kesan buruk dari perilaku kita sendiri...fikir-fikirkanlah.....