25 May 2013

Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW


"Foto-foto ini semua adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Musim peninggalan Nabi di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada sang Nabi Agung, sang kekasih Allah.

Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …




the-blessed-shirt-of-prophet-muhammad-saw
the-blessed-shirt1-of-prophet-muhammad-saw
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bagian dari baju gamis Nabi SAW)
jubah-rasulullah1

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

blessed-seal-of-rasool-allah-saw1
The Blessed Seal of Rasulullah SAW

copy-of-the-blessed-bowl-of-prophet-muhammad-saw
Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

picture1.jpg
KUNCI KA’BAH ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

the-blessed-foot-print-of-rasool-allah-saw
jejak-kaki-nabi
JEJAK-JEJAK KAKI NABI AGUNG, RASULULLAH SAW

blessed-hair-of-rasool-allahsaw
rambut-nabi
BEBERAPA HELAI RAMBUT NABI MUHAMMAD SAW

gigi-dan-rambut1
PENINGGALAN GIGI DAN RAMBUT NABI MUHAMMAD SAW (Itu giginya jelas ya?)


Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW

picture4.jpg
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya1
BERBAGAI PEDANG MILIK NABI SAW DENGAN NAMA-NAMANYA YANG DIPAKAI UNTUK MENEGAKKAN ISLAM, AGAMA ALLAH SWT DI MUKA BUMI.


Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas

busur-panah-nabi
Busur Panah Nabi SAW


Bendera Rasululullah SAW

blessed-turbine1-of-prophet-muhammad-saw

Koleksi Sorban-sorban Nabi Muhammad SAW

blessed-turbine-of-prophet-muhammad-saw
Satu yang diperbesar (dari dekat)


Topi Besi Rasuluallah SAW


Baju dan barang-barang Rasulullah SAW

blessed-sandals2-of-rasool-allah-saw
blessed-sandal-of-rasool-allah-saw
blessed-sandal1-of-rasool-allah-saw1
Sandal-sandal peninggalan Rasulullah SAW tercinta …

letter-to-nijashi-king-of-habsha
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

letter-to-qaiser_e_rome
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke 7

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
prophets-letter-to-muqauqas-egypt
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir


Makam Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

box-belonging-to-hazrat-fatima-rz
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
picture6.jpg
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

the-blessed-dust-from-the-tomb-of-the-prophet
The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)

Replika Rumah Nabi Muhammad
ni adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.







10 May 2013

Sikap Orang Jepun vs Sikap Orang Melayu

Menulis mengenai sikap orang Jepun (yang patut di contohi) berbanding dengan sikap kita sebagai orang Melayu yang majoritinya beragama Islam. Terdapat pelbagai etika , perangai , akhlak atau pun sikap masyarakat Jepun yang terpuji yang sedikit saja ada pada masyarakat Melayu.



Etika mereka ada pada Syariat Islam walau pun mereka tidak ada agama atau pun menganut agama lain.Walaubagaimana pun terdapat juga minoriti Islam di Jepun dimana sekarang tidak kurang dari 100 ribu orang Islam, 40 buah masjid di Jepun.





Orang Jepun bukan saja berjaya mempelopori atau pun mendahului kecanggihan Sains dan Teknologi malah turut mendahului bangsa lain di dunia dengan sikapdiri, sosio ekonomi, budaya serta etika kerja cemerlang.




Pada 8 Februari 1982 Kerajaan Malaysia ketika itu dipimpin oleh mantan Perdana Menteri ke -4 telah melancarkan  ekonomi Dasar Pandang ke Timur iaitu menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja bagi kakitangan kerajaan dan swasta.


Pada tahun 1991 Institut Tadbiran Awam Negara telah berjaya mengeluarkan sebuah buku bernama Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam.

Berbalik kepada sikap terpuji masyarakat Jepun yang kurang terdapat di negara kita sebagai "Negara Islam" khasnya orang Melayu sendiri, jarang mempraktik akhlak terpuji yang ada pada masyarakat Jepun dimana akhlak terpuji seolah-olah adalah budaya hidup mereka.



Ciri-ciri yang patut dicontohi



1.  MENEPATI MASA

Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang baik untuk kita contohi. Densya(keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat lihat attitude mereka nihonjin ini terhadap masa.
Allah berfirman dalam surah al-Asr yang bermaksud "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."



2.MENJAGA KEBERSIHAN
Kebersihan adalah satu lagi sifat yang amat saya sanjung pada masyarakat Jepun ini. Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di eki (stesen keretapi), kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. Walaupun ada pekerja yang membersihkannya tetapi pada pendapat saya hal ini mustahil berlaku tanpa kerjasama dari orang ramai. Ini kerana rakyatnya memang terdidik sebegitu. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan.



3.  JUJUR
Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Kadangkala kita sering terlupa untuk mengunci pintu rumah apabila keluar rumah ataupun tertinggal barang di kelas misalnya, tapi alhamdulillah selamat. Tidak pernah berlaku kes kecurian atau rompakan apatah kes ragut. 



4.RAJIN MEMBACA
Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam, sambil menunggu densya, dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca. Satu sifat yang wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tak hairanlah masyarakat Jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.



5.  TEKUN BEKERJA dan BERTANGGUNGJAWAB
Sifat yang paling saya salute dan tabik pada masyarakat Jepun. Tak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, driver bas dan sebagainya, mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Maka tak hairanlah dimana-mana saja banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka.




Mereka yang pernah melawat atau bekerja di Jepun pasti mengalami kejutan budaya dalam pentadbiran awam. Orang-orang Jepun cukup menghormati masa dan bekerja bersungguh-sungguh sebagai team work untuk mendapat output yang baik.


Kita tidak akan berpeluang melihat ada kakitangannya yang asyik melayan facebook , bermain game dan melayan handphone diwaktu bekerja. Jika mengikut syariat Islam hasil kerja begitu sudah tentunya halal lagi berkat. Tapi itulah..seperti yang dikatakan, nilai-nilai Islam ada pada negara bukan Islam tapi di negara yang majoritinya Islam tidak mengamalkan syariat Islam (kebanyakannya).



6.  SISTEMATIK
Ini sifat yang amat saya kagum. Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula yang teratur. Ditetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-sekian yang wajib diasingkan (bunbetsu).

Di Malaysia juga ada sistem seperti ini tapi mungkin kerana tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berjaya dilakukan.


Salah satu contoh sistem pembuangan sampah di Malaysia


Sistem dan jadual perjalanan densya/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Sistem penghantaran barang yang cekap dan fleksibel. Dan banyak lagi.

InsyaAllah mana yang baik kita ambil dan jadikan contoh ikutan. Kerana akhlak-akhlak yang ditunjuk oleh orang Jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam.


Orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan dan sangat menghormati diantara satu dengan lain apa lagi hormat kepada tetamu.

Terdapat 3 kategori tunduk hormat yang terdapat pada masyarakat Jepun iaitu; tunduk sedikit, tunduk menghormati,tunduk lebih hormat  .


Berbanding dengan sikap orang Melayu kebelakangan ini jauh sudah menyimpang dari sikap orang Melayu di era 60-an dulu.

Tatacara hidup mengambil berat, bermuafakat, jalinan kemesraan, ramah-tamah, bertegur sapa bila bersua muka jarang sangat ditemui sekarang. Suasana bergotong royong hanya akan kelihatan bila berlakunya kematian dikalangan penduduk setempat atau pun majlis walimatulurus.

Sikap anak muda sekarang jelas tidak menghormati golongan orang yang lebih tua dari mereka.

Berbanding dengan sikap positif orang-orang Jepun didalam masyarakat, sikap baik mereka terhadap orang luar membuatkan seseorang itu bagaikan berada dikalangan keluarga sendiri. 


Lihat saja contoh pengguna jalanraya di Malaysia jika dibandingkan dengan sikap pengguna jalanraya di Jepun, Kebanyakan pemandu di Malaysia sekarang macam dirasuk setang bila berada diatas jalanraya mahu pun di lebuhraya. Jika berkunjung ke pusat-pusat membeli belah, kalau boleh kenderaan mereka mahu saja di parkir berhadapan kedai atau warung-warung di pasar berhampiran.


Masyarakat Malaysia sekarang biar dimana pun kita pergi ada saja orang yang mempertaruhkan nyawa sendiri berhenti ditengah-tengah jalan yang bertali arus dengan kenderaan untuk menyeberang. Begitu juga pemandu di Malaysia sudah tidak mengikut undang-undang jalanraya sepertimana yang telah mereka belajar dari sekolah memandu dahulu. Tidak lagi melihat kiri atau kanan ketika keluar dari simpang tiga.





Mengenai perhubungan jalanraya kerajaan Jepun lebih menggalakkan rakyatnya menggunakan pengangkutan awam dari menggunakan sendiri untuk berurusan ke pusat bandar. Dengan mengenakan bayaran yang tinggi untuk masuk ke bandar baru lah pemandu dibenarkan untuk menggunakan kenderaan sendiri.



Bullet Train di Jepun menjadi pilihan utama masyarakat Jepun untuk ke bandar-bandar utama.



Mengenai pemimpin negara..sebenarnya rakyat di Jepun adalah lebih berkuasa dari pemimpin mereka sendiri. Rakyat mahukan pimpinan yang benar-benar boleh memimpin negara bukannya pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, menyerap keuntungan untuk diri sendiri dan kroni. Lihatlah rakyat di Jepun akan menyingkir mana-mana pemimpin yang korup atau pun setakat makan gaji buta. Contohnya jika berlaku sedikit kemalangan membabitkan kenderaan awam, menteri yang terbabit dengan jabatan pengangkutan awam akan terus meletakkan jawatan kerana berfikiran dia sudah tidak mampu atau sudah tidak layak lagi berkhidmat untuk rakyat.


Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat lain tapi cukuplah saya senaraikan setakat di atas saja.Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk membangga-banggakan Jepun atau merendah-rendahkan negara sendiri. Tapi sekadar berkongsi akhlak-akhlak baik yang terdapat pada masyarakat Jepun ini yang boleh kita contohi dan kita jadikan ikutan. 
Apa pun Allah telah mengadakan Syariat kepada kita umat Islam, maka kita kenalah buat U turn kepada syariat yang ada...moga kita akan terus berjaya dunia dan akhirat. Wallahua'lam..