26 November 2010

"RIAK MEMAKAN DIRI"

PADA zaman Nabi Musa a.s, ada seorang lelaki yang hanya mencuri untuk meneruskan kehidupan sehari-hari sejak 40 tahun lampau. Suatu hari, dia terlihat Musa berjalan dan terlintas di hatinya untuk berjalan bersama baginda.
“Mudah-mudahan, ada keberkatan untukku dengan berjalan bersama nabi,” katanya.

Bagaimanapun, selepas difikirkan semula, lelaki itu membatalkan niatnya kerana beranggapan dia tidak layak kerana banyaknya dosa yang dilakukan sebelum itu.

Tidak lama kemudian, dia terlihat pula seorang abid (ahli ibadah) berlari-lari anak mengejar Musa. Lelaki berkenaan tahu orang yang berlari itu sudah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan memang dikenali kerana perwatakannya.
Pencuri itu memutuskan untuk mengikut ahli ibadah berkenaan, dengan masih mengharapkan ada kebaikan dan keberkatan untuknya. Dia menghampiri abid berkenaan dan meminta izin berjalan bersamanya.

Kedatangan pencuri itu jelas mengejutkan si abid dan ketakutan pun datang. Dia segera menghindari kerana mahu mengelakkan kesan buruk daripada amalan pencuri itu mencemarkan dirinya. Ia kemudian ditakuti akan merosakkan segala kebaikan abid berkenaan.

Si abid memperlajukan lariannya untuk mengelak beriringan dengan pencuri itu, tetapi si pencuri itu juga meningkatkan usahanya mengikuti ahli ibadah berkenaan. Keadaan itu berterusan sehingga kedua-dua mereka tiba kepada Musa.

Baginda berpaling lalu bersabda (bermaksud): “Aku baru saja mendapat wahyu daripada Allah supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu dimansuhkan-Nya.” Kedua-dua lelaki itu terkejut.


Bagi si pencuri, ia amat menggembirakan kerana kesalahannya sebelum itu diampunkan, sebaliknya bagi si abid, ia amat menyedihkan. Segala kebaikan dan pahalanya selama 40 tahun ditolak Allah.

Ternyata rahmat dan kasih sayang Allah terlalu hebat.

Walaupun lelaki itu kerjanya mencuri, tetapi ia dilakukan dalam keadaan terpaksa. Hatinya tidak pernah rela dengan perbuatan itu, sebaliknya desakan hidup yang melarat dan tanggungan banyak memaksanya mencuri.

Setiap kali mencuri, dia akan berasa bersalah amat sangat dan penderitaan itu yang ditanggung selama 40 tahun sebelum itu.

Jiwanya juga tidak pernah putus daripada mengharapkan rahmat Allah.

Bagi si abid itu, sifat riaknya jelas memakan diri. Dia amat yakin amalannya sebelum itu dapat menyelamatkannya daripada kemurkaan Allah dan memperolehi syurgaNya.

Dalam jiwanya timbul rasa kekaguman dan kemuliaan diri. Selama 40 tahun juga dia mendidik jiwanya supaya semakin berasa baik dan tinggi kedudukan setiap kali melakukan ibadah sehinggakan menganggap bergaul dengan masyarakat boleh menjerumuskannya kepada kerosakan.

Dia berpendapat hanya layak bergaul dengan golongan tertentu termasuk nabi, sedangkan tugasnya adalah meneruskan syariat Allah dengan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Untuk menyempurnakan amanah itu, si abid sepatutnya tidak mengehadkan pergaulan dengan golongan tertentu, malah wajar mendekati semua pihak, termasuk si pencuri itu, supaya kejahatannya dapat dihentikan.

Maha Suci Allah mengetahui segala isi hati manusia. Dia tidak melihat amalan lahiriah untuk menilai makhluk-Nya, sebaliknya menjadikan hati sebagai penilai.

Dia dengan sifat kudrat dan iradahNya, menguji manusia dengan pelbagai bentuk. Dan manusia perlu memilih untuk menentukan masa depannya, sama ada diredai Allah atau sebaliknya.

PERNAHKAH KITA BERSIFAT SEPERTI SI ABID INI???

05 November 2010

e-Rokok..

Kita dah ada macam-macam "e" dah..e-knowledge, e-dagang, e-kad, e-mail dan berbagai-bagai jenis "e" lagi dan laa ni.. timbul pulak satu jenis "e" pulak..dipanggil e-Rokok..

Macam nilah designnya
                                                                 


Ianya ada charger!!

 Tak perlu tembakau, cuma kita perlu belikan  nicotine cartridgenya..isaplah berapa banyak yang anda suka dan ianya berasap dan berapi macam biasa dan anda akan merasakan macamana rokok yang biasa anda hisap seharian tu!..Anda merokoklah dengan menggunakan e-rokok ni sepuas-puasnya dan aku rasa sikit hari lagi tidak ada lagi rokok yang biasa sekarang akan dikeluarkan lagi..

Ianya direka khusus bagi perokok yang ketegag yang dihasilkan dari China.Harganya diantara RM200.00 ke RM300.00 untuk satu stick. Murah kan?? atau pun ianya adalah rokok yang termahal sekali di dunia!

Kalau sekarang kita beli rokok sekotak RM10.00 kalau sebulan tak ke RM300.00? Wehh!! lebih kurang jaa...

Memang berasap...
  
..dan nampak macam menyala..tapi red-led jerr..
                                                                             EEmm..macamana kita charge handphone macam tu lah kita charge e-Rokok ni..Tak perlulah kita bawa rokok sekotak macamana biasa..kita cuma bawa sebatang saja untuk di hisap seharian selagi baterinya tidak lemah!                                                                                                                                                                                                                          
If you already tired of life ... Get one today!

Banjir di Kedah.

Bermulanya bencana banjir di Kedah..diantara yang terburuk sejak dari tahun 2005 dan ada berita yang mengatakan yang terburuk selepas 100 tahun yang pernah berlaku di Kedah.



Pada 30hb Oktober lalu kawanku sekeluarga datang dari Sabak Bernam, Selangor untuk hadir ke Majlis konvokesyen anak lelakinya pada 1hb November 2010 di UUM Sintok. Mereka sempat juga bermalam di rumahku satu malam. Pada esoknya mereka bertolak ke Jitra untuk menginap di salah sebuah Homestay.Maklumlah hotel pun dah fullhouse..Malangnya mereka turut terperangkap kerana air banjir naik begitu cepat. Nasib baiklah kedudukan homestay tu terletak tinggi sikit.
Majlis konvo ditangguhkan ke tarikh lain..Hampir 5 hari jugalah mereka terperangkap kat Jitra dan hari esoknya barulah mereka berjaya keluar ikut highway BKH dan terus balik ke Selangor...Ini satu kenangan yang pahit bagi mereka...
Tapi mengikut cerita yang kurang formal pula..bencana banjir yang melanda Kedah itu bertambah buruk hasil dari sebuah empangan yang takungannya terpaksa di buka di selatan Thailand dan ditambahnya lagi dengan saki baki air banjir besar dari Pakistan baru-baru ini...

Apa-apa pun musibah yang berlaku kebelakangan ini kalau difikirkan dengan cara saintifiknya ianya adalah hasil dari kerakusan manusia-manusia yang rakus mencabuli fitrah alam.


Tidak salah untuk mencari kemewahan tapi yang salahnya terlalu  mengikut nafsu tamak dan haloba.

Tidak salah untuk pembangunan tapi yang salahnya sebab tidak memikirkan natijahnya jika tidak mengikut peraturan. Inilah hasilnya jika pembangunan yang tidak dirancang..
Apa-apa pun sama-samalah kita memikirkan jalan atau cara yang terbaik untuk mengatasi kesan buruk dari perilaku kita sendiri...fikir-fikirkanlah.....

18 July 2010

Apakah ini rahsia perpecahan kita??

Bijak dan pandainya orang-orang terdahulu peribahasa direka sebagai kiasan..Antaranya, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Bagikan enau dalam belukar,melepaskan pucuknya masing-masing...
Apa-apa pun yang tersurat dan tersirat dalam peribahasa diatas memaksa  saya meneroka apa yang telah dilakukan, berlaku dalam masyarakat kita sekarang khasnya Melayu Islam sekarang. (Melayu Islam??) fikir sendirilah..Rupa-rupanya masyarakat Melayu sekarang sudah ramai kurangnya adat dan adab malah semakin pupus adab dan adat apa lagi Islam sebagai pembimbing hidup dunia dan akhirat.
Banyak berlakunya perpecahan umat Islam sekarang..kian hari kian berpecah..kian hari kian bertelingkah dan masing-masing dihanyutkan oleh nafsu dan serakah. Alhamdulillah..bagi yang bersolat tetap juga mendirikan solat. Didalam solat memang terbukti muafakat dan sememangnya mengikut rukun. Tapi bila keluar dari bersolat...malangnya tertib ketika bersolat tidak diamalkan semasa diluar solat.
Malah memang ketara sekarang masa hendak mendirikan solat pun jemaah ada yang mementingkan diri sendiri. Berbuih-buih dah mulut Tok Imam berkata .."Rapatkan saf..rapatkan..saf..luruskan barisan.." Perhatikan ketika kita berjemaah di masjid-masjid khasnya solat Jumaat..masing-masing tak mahu penuhkan barisan hadapan, kiri atau kanan..kita telah diajar untuk penuh dan rapatkan saf. Tapi masing-masing buat macam tak kisah saja.

Kalau boleh nak duduk hampir dengan pintu supaya nanti dapat bergegas keluar..nanti takut seliper hilang pulak..


Cara bersolat pun dah nak macam spring dah..tau-tau dah hilang!

Begitulah apa yang sedang berlaku ketika nak mendirikan solat telah tergambar dalam masyarakat kita pada masa sekarang.

Memang menjadi makmum tapi sekadar menjadi makmum saja dari segi masyarakatnya..sekadar menjadi penghuni tapi tidak menghayati erti bermasyarakat.

Kedudukan saf yang tidak lurus dan tidak rapat dari segi masyarakatnya..sekadar ada saja tapi banyak pentingkan diri sendiri dan kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling.

Tertib ketika bersolat tapi di dalam masyarakat memang terkenal dengan sikap tidak tahu adat dan adab malah bersikap kurang ajar.

Datang ketika penghujung bacaan khutbah kalau dalam masyarakat macam dia saja yang betul tapi orang lain yang salah. apa tidaknya, tak dengar khutbah dari awal..inilah jadinya..

Banyak lagilah yang dapat dijadikan bandingan dan kiasan mengenai apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

Masyarakat kian memberikan tumpuan pada rancangan-rancangan tv yang berbentuk hiburan keduniaan yang melampau.Ini disebabkan banyak rancangan-rancangan tv berbentuk hiburan yang dapat menarik anak-anak muda mau pun mak-mak dan bapak muda tidak lekang mengadap tv.


Apa-apa pun bersyukur juga kita kerana ada juga rancangan kearah mendalami Islam turut mengambil tempat.


Apa-apa pun juga..asasnya ialah SOLAT ITU TIANG AGAMA. sekarang berapa ramai umat yang mengaku dirinya Islam..gagal mendirikan solat? Umpama tidak ada TIANG maka runtuhlah AGAMA ..Runtuhnya AGAMA maka runtuhlah masyarakat. Runtuhnya masyarakat maka tunggulah akibatnya....

Kursus Fitrah Perkasa

Pada 15hb Julai yang lalu  Fitrah Perkasa mengadakan kursus pemantapan diri kearah Ibadah kita terhadap Allah S.W.T. Sepanjang kursus tersebut banyak didedahkan tentang banyaknya masa yang telah terbuang, kelalaian kita tentang tanggung jawab kita terhadap Allah, mencelikkan matahati kita tentang keagungan dan kebesaran Allah yang Maha Pencipta, Menghuraikan asal kejadian kita bermula dari Alam Roh hinggalah kita dijemput oleh Allah..Gambaran nikmatnya Syurga dan siksaan api Neraka.

Sepanjang kursus tersebut didapati ramai peserta yang menitiskan air mata merasai dan menjiwai kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.Rasanya tidak puas untuk aku menyertainya lagi jika diberi peluang. Bukannya mudah untuk kita berada didalam suasana dan tumpuan masa sepanjang 3 hari berkursus.
Selama ini kita hanya sedar bentuk ibadah itu cuma sekitar solat, berpuasa, zakat...rupa-rupanya ibadah bukan setakat diruang sekitar itu saja.Dimana ibadah terdiri kepada 3 kategori iaitu Ibadah Asas, Ibadah Sunat dan Ibadah Umum. Ibadah Asas dan Sunat sememangnya telah kita maklum tapi Ibadah Umum inilah yang tidak diketahui ramai sebenarnya.

Contohnya Ibadah Umum ini kalau kita praktikkan didalam modul kehidupan kita sehari-harian..Masyaallah...kita akan terasa kehebatannya.Apa-apa kerja yang baik, dan amal yang baik kita kerjakan seharian jika kita niat kerana Allah Taala...MasyaAllah..kita akan terasa kesannya..Aku rasa cukup bertuah kerana aku diantara yang dipilih untuk menyertai kursus ini.
Aku dan diantara peserta-peserta yang hadir ke kursus tersebut.


Ustaz Junaidi..Syarahannya mampu menitiskan air mata peserta..



Bersihkanlah DOSA dari rohani dan jasmani kita...dan kita tidak tahu bilakah kita akan terbujur kaku begini...


02 July 2010

PAS BESAR BALING...

Apa inspirasi anda dengan imej di bawah ini?..Ada pulak orang yang gatai tangan pi jadikan PASAR kepada PAS BESAR BALING.....
Ini pun dikira vandalisma juga atau mungkin tanda sokongan atau pun secara kebetulan...Tapi apa pun janganlah ambil kesempatan sampai macam ni.. Kalau PAS sendiri yang tahu mungkin depa pun tak berapa seronok gambaran yang macam ni...Sebenarnya bangunan ni adalah Pasar Besar Baling yang masih diguna pakai sehinggalah sekarang tapi kalau "Logo" nya masih dalam keadaan begini....tak syok laa...Bagi yang bertanggungjawab dok mereka buat macam ni..hentikanlah perbuatan yang sia-sia tu...pakat-pakatlah jaga hak awam..dan bagi pihak yang dipertanggungjawabkan khasnya pihak Majlis buatlah tindakan yang sepatutnya..Tak eloklah dibiarkan macam tu...

28 June 2010

Penyamun Terbush! versi Baling

 Tugas harian pemangsa..sungguh berkarisma...naik motor Modenas Karisma......
Jika anda ke Pekan Baling. anda akan dapati kelibat orang ini berkopiah putih. Awas!!!  orang ni sememangnya pandai berkata-kata.







Ditangannya terdapat satu atau dua buah buku bercorak agama..simple jer..Cara Sembahyang Untuk Lelaki..Mari Belajar Sembahyang yang harganya lebih kurang tak sampai pun RM5.00.

Mulanya dia akan memerhatikan mangsanya dari jauh dan berjalan kearah mangsa sambil memberi salam penuh dengan gaya kesopanang dang kesusilaam.. Mangsa jadi agak terkezut tapi dia pandai mengatur kata bagaikan penceramah ugama..lembutnya suara menyusung kata sampaikan simangsa jadi ternganga..

Dimulakan dengan bicara..kalau mangsa itu wanita.." Kak..saya ni nak kutip derma dan saya juai buku-buku ugama ni.. untuk bantu kita sesama Islam dan anak-anak yatim..jadi sama-samalah kita teruskan usaha murni ni demi ugama Islam" lebih kurang macam tu lah..Jadi bagi mangsa yang termakan kata dia ni pun rasa malu-malu alah.katanya lagi.."..kalau Kak tak mau beli buku ni pun tak apa la..Kak bolehlah bagi sedikit sumbangan..(dia mintak duit jugak!)..mangsa yang terkena tadi pun bagilah duit..tapi buku orang tu tak bagi pun...huhh dah dapat ja duit orang tu pun cepat-cepatlah beredar dari situ untuk mencari mangsa yang lain pulak..Jadi berhati-hatilah pada orang yang macam ni selalunya giat meminta wang dengan cara menipu di   Pekan Baling.
                                                      
                                                                                                                                                         
Kelihatan mangsa sedang membelek buku tersebut. 

Umpan mengena! dan mangsa terus memberikan sejumlah wang tanpa banyak bicara

 Jadi bagi anda yang terjumpa dengan kelibat orang berkopiah putih ini lebih baiklah cepat-cepat jauhkan diri sebelum anda tak tahan diuji!
Aku sentiasa menunggu peluang begini untuk merakam gambar si Tarbush ni secara berdepan...dia macam tergamam..gambar ini aku rakam setelah beliau habis perkenakan salah seorang mangsanya..


Jerubu Melanda Baling????

Hari ni Senayan, jam 6.30 ptg Jerubu telah menyelubungi seluruh Taman Bersatu, Baling. Semua penghuni Taman dalam keadaan cemas!.. Bunyi bising mempekakkan lubang telinga. Riuh rendah menyelubungi ketenangan sebelumnya... tiada lagi kicauan murai yang tercabut ekor...tiada lagi kanak-kanak bermain berlari-lari...
Sebenarnya ini adalah gambaran semburan kabus atau pun fogging bagi menghapuskan nyamuk Aedes..terdapat kes demam denggi di Taman ini. Jadi terpaksalah pihak kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Baling membuat fogging ni..


Penghuni-penghuni diarahkan keluar rumah bagi mengelakkan kelemasan didalam asap yang tebal kalau nak diikutkan kenalah buka pintu dan tingkap rumah supaya asap boleh memenuhi ruang rumah. Tapi tak ada orang yang sanggup buka...
 Tengoklah si Rejab ni..macam tentera Zionis kat bumi Palestin..
Wah..aku action jerr tuuu... pegang pun tak betui....Tapi apa pun aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah pada staff Kesihatan yang terlibat didalam usaha membenteras demam Denggi...

23 June 2010

Seandainya Melayu fasih Berbahasa Mandarin dan Tamil....


dan baca yang dibawah pula..artikel ini aku telah emelkan pada Berita Harian pada 24hb Jun 2010.

Saya sependapat dengan GRADUAN MENCARI NILAI TAMBAH, Sungai Petani, Kedah.yang telah disiarkan dalam akhbar ini pada
23hb Jun yang lalu mengenai ruginya kita orang Melayu tidak tahu menguasai Bahasa Mandarin dan Tamil apa lagi Bahasa
Inggeris. Jika dilihat melalui sejarah 40 tahun lampau saya adalah diantara murid-murid sekolah yang terasa teramat rugi kerana
Kementerian Pelajaran pada waktu itu tidak mahu mengambil sebarang inisiatif kearah penguasaan bahasa-bahasa selain dari
Bahasa Inggeris. Pada waktu tersebut Bahasa Inggeris telah diajar sedemikian rupa kepada murid-murid bermula dari darjah satu sehinggalah ke menengah atas tapi tidak ditekankan Bahasa Mandarin dan Tamil.

Negara kita mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dimana kaum Cina, India dan yang lain-lainnya selain dari Melayu fasih berbahasa Melayu. Terasa amat malang sekali Kerajaan pada waktu itu tidak mengambil berat dan berusaha untuk orang-orang Melayu dapat menguasai Bahasa Mandarin mahu pun Tamil. Kalau ada pun bagi Orang-orang Melayu yang tinggal di Estet-estet kebanyakannya pandai berbahasa Tamil. Begitu juga orang-orang Melayu yang diatas inisiatif ibu bapa mereka menyekolahkan anak-anak mereka di Sekolah Jenis Kebangsaan China pada waktu itu berkebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin.

Lihatlah kesannya pada orang-orang Melayu yang fasih berbahasa Mandarin dan Tamil yang telah dididik pada waktu lampau, mereka ini telah mendapat menafaatnya sehinggalah sekarang.Memang diketahui rakyat berketurunan Cina atau India akan merasa berbangga kalau orang-orang Melayu boleh bertutur dalam bahasa mereka apa lagi jika melibatkan komuniti perniagaan. Kita juga amat berbangga jika kedua-dua rakyat berbangsa Cina dan India bertutur dalam bahasa Melayu dengan kita. Tapi jika mereka bertutur dalam bahasa mereka ..orang Melayu mulalah terlopong!

Bukanlah saya anti Bahasa Melayu kerana saya sendiri Melayu tapi saya memandang kearah masa depan yang kian mencabar dan negara kita sekarang sedang kearah Gagasan 1 Malaysia. Setakat berbahasa Inggeris bagi orang-orang Melayu yang berpendidikan sederhana tidaklah bermasalah sangat tapi kenapa dipinggirkan pelajaran berbahasa Mandarin dan Tamil yang mana kebolehan orang Melayu berbahasa tersebut tidak begitu ketara langsung!

Disini saya sarankan seperti kata seorang menteri tidak lama dahulu agar kita orang-orang Melayu memang sepatutnya fasih berbahasa Mandarin dan Tamil. Alangkah baiknya kedua-dua bahasa tersebut diserap ajar kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan hinggalah ke menengah atas dan dijadikan satu mata pelajaran wajib.

Kalau orang-orang Melayu dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut selain dari Bahasa Inggeris, alanglah hebatnya orang-orang Melayu yang memang terkenal dengan sikap peramah tapi dapat pula menguasai kedua-dua bahasa tersebut.
Banyak pelajaran dan pengetahuan dapat kita pelajari dari rakan-rakan kita tersebut. Inilah yang dikatakan kita tidak kehilangan zaman dan tamadun kita dari rakan-rakan kita yang lain. Barulah dapat hidup aman dan harmoni kerana masing-masing telah faham-memahami diantara satu bahasa ke bahasa yang lain.

Diharap Kementerian Pendidikan/Penerangan? khasnya dapat mengambil inisiatif agar dapat mengubah cara lama sejak zaman kemerdekaan lagi kearah perpaduan bahasa di kalangan bangsa khasnya orang-orang Melayu untuk menambah dan menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Satu pradigma yang besar patut dilakukan oleh pimpinan mahu pun Kementerian yang berkenaan kearah itu.
Apa ruginya kalau kita orang-orang Melayu dapat menguasai bahasa kaum lain dari kita masih ditakuk lama? Orang ketawa..kita pun ketawa..pada hal orang sedang ketawakan kita. Orang sedang ketawakan sikap macam katak dibawah tempurung dan sikap kekitaan yang masih menebal dikalangan orang-orang Melayu.

Sudah hampir 53 tahun negara kita merdeka tapi kita orang-orang Melayu masih dengan sikap yang sama, kurang mahu berusaha,manja,pemalas (bukan semua. kalau ada yang terasa..baguslah! ayuh! tunggu apa lagi?) Kita masih dibuai dengan "HIDUP MELAYU!"..TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA", HAK-HAK BUMIPUTRA MELAYU",TANAH REZAB MELAYU", LAGU-LAGU MELAYU ASLI" dan berbagai-bagai lagi yang bersalut MELAYU...Tapi apa kemajuan yang kita dapat dari ungkapan-ungkapan tersebut? Malah Jumlah remaja-remaja Melayu adalah yang paling ramai sekali tumbang dijalan-jalan raya! Pada hal kepada merekalah tempat untuk kita bergantung dimasa depan.

Adakah pernah kita dengar "HIDUP CINA" HIDUP INDIA" dan sebagainya namun mereka adalah diantara orang-orang yang terkaya sekali di Malaysia!.. Agaknya pihak Kerajaan nak kena ujudkan satu kementerian yang dijenamakan sebagai Kementerian Peningkatan Melayu barulah boleh nampak kemajuan orang-orang Melayu kot?..sudah banyak dasar-dasar yang telah diujudkan oleh kerajaan dan yang terbarunya Model Ekonomi Baru (MEB) kalau kita orang-orang Melayu masih lagi ditakuk yang lama, memang amat malang sekali. Kasihan pada pemimpin yang bertungkus lumus melaksana dan memperkenalkan dasar-dasar namun bagaikan ketul ais yang lama-lama cair begitu saja.. Jadi fikir-fikirkanlah kita wahai umat Melayu..apa lagi yang kita mahu?

Sabricherus,
Baling.

20 June 2010

Majlis Pertunangan Anak ke 2 ku..

Jutaan terima kasih kepada semua saudara mara dan sahabat-sahabat yang turut membantu didalam menjayakan Majlis Pertunangan kedua-dua anak lelaki saya pada tempoh hari dan juga semalam (19hb Jun 2010). Moga Allah jua yang dapat membalas jasa dan budi baik anda semua..
Diantara sebahagian dari rombongan meminang yang sedang bersedia untuk ke rumah pihak perempuan (bakal menantu kami..)
Diantara sahabat-sahabat yang turut menyertai majlis ini iaitu Abang Dee, Ayob (Tukang cakap) Aku dan Dummy sedang leka mendengar apa yang sedang di maklumkan oleh Jurucakap di pihak perempuan.

Ni pulak Adik Ipar aku Ustaz Ku Muhammad Asmadi dan Cikgu Suhaime juga tidak ketinggalan meraikan majlis tersebut.


Diantara keluarga yang turut sama menyertai majlis ini..



Sebahagian dari pihak sebelah perempuan dan wakil tuan rumah memulakan acara.

Aku, isteri, anak dan bakal menantuku bergambar didepan hantaran-hantaran yang telah siap disediakan oleh kedua-dua belah pihak.


Empat jiwa sepakat dan bersatu hati menjalin ikatan untuk anak dan bakal menantu membina mahligai bahagia..

Aku dan bakal besanku En Abd. Rahman..sama kacak sama hensem dan sama sepakat demi menyambung silaturrahim kami dua keluarga.

04 June 2010

Meninggal...

Agak lama jugak aku meninggalkan dunia perblogan ni..asyik lebih kepada facebook ja...hari ni aku mencuri masa sikit utk memenuhi ruangan blog ni..hari ni 5hb Jun aku ada banyak jemputan makan free alamatlah dapur rumah aku tak berapi. Tadi saja aku dan bini aku baru saja balik dari makan kenduri di rumah Ramli Motor pas ni gi kg Jenalik..pas tu pi Charok Bemban pulak... kalu aku pi pun jumpa tuan rumah bagi sumbangsih ja lah..kalau nak makang nak boh kat mana lagi dah..perut satu ja..dahla  bucik..isi-isi lagi bucik!
Tapi tak pa..hajat orang wajib ditunaikan..orang panggil wajib kita pi..itu hari depa kalau hari kita nanti kalau kita panggil depa mai makan kunduri depa tak mai apa perasarana kita pulak kan???..bini aku nk pi kija pulakkk...nk kena hantag....nanti sambung kelek....

02 May 2010

Majlis Pertunangan Anak Aku Yang Sulong

Kemaren berlangsungnya majlis pertunangan anak sulong aku Ahmad Nuril dengan pasangannya Rokiah.. Haiii... nanti dalam keluarga aku akan ada satu lagi Kiah.. Sebab bakal menantu aku pun nama serupa dengan nama bini aku..baguih tu.. tahun depan akan berlangsunglah majlis perkahwinan 2 pasang anak menantu...Satu dari Sik, Kedah dan satu lagi dari Shah Alam, Selangor...moga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..

 Berbagai hiasan dijadikan hantaran sebagai ikatan janji pertunangan

Sebahagian dari sahabat dan keluarga turut sama meraikan acara.

Hok ni anak aku yg nombot 2 pulokk..

14 April 2010

PROMOSI..

Bagi sesiapa yang ada masalah tulang, spt dislocation tulang..tegeliat..patah tulang..terjatuh akibat jadi superman..terjatuh dari pokok nyok..sakit sendi-sendi..dan lain-lain masalah berkaitan dengan tulang dan sendi.. Jangan lupa dapatkanlah rawatan drpd Pakar Tulang namanya Paksu Jaafar. Tempatnya di Kg Weng Dalam, Baling. Dengan izin Allah..ramai dah yang dapat disembuhkan..yang pernah datang bertongkat..masa baliknya tidak lagi gunakan tongkat..yang sukar berjalan..sudah dapat berjalan seperti biasa.. Anda ada masalah spt itu?..Datanglah..

PROMOSI..

Berdekatan dengan Kg Weng tersebut terdapat tempat rekreasi..Air Panas Ulu Legong..kalau nak rasa kesegaran air panas Ulu Legong sambil bersantai..datanglah pada waktu malam..Rasailah kehebatan kedua-dua promo ini!!!!!

26 March 2010

Kancil ku cedera ...

Baru-baru ni kereta kancil aku terlibat dalam kemalangan. Anak aku yang pandu dia pi langgag tiang letrik. putuih dua!! tiang letrik tu la yg putuih dua.







Bila kancil dah ditarik ke kedai.. aku tengok macam ni lah rupa dia Sebelum buka bonet pomen kata nak kena lebih kurang RM1,000.00 atau RM 2,000.00 ja..Tak pa laa.

Tapi bila bukak bonet.. tudiaa kecederaan dalaman yang serius jugak! Pomen pun ubah fikiran mungkin nak kena lebih kurang RM4,000 lebih! Tudiaa aih! aku terus garu kepala yang hampir botak ni. Tambah pulak compressor aircond pun putuih dua!
Tapi aku rasa lega sikit sebab anak aku yang akan bayag semua kos ni. kesian gak kat dia. Dari apa yang dia bagi tau kat aku. semasa dia pandu kancil tu..dia terlelapp..sedag-sedag dah hantam tiang letrik. tekejug beghok dia! Tapi Alhamdulillah dia tak cedera apa-apa pun.
Itulaa.. kita ni kalau mempandu dalam keadaan mengkantuk..jangan dok gagah bawaklaa..biag kita berenti rehat buang lima menet pun tak pa dah..Kadang-kadang aku pun jadi lagu ni jugak. dari Baling ke Sg Petani pun buleh mengantut! Tapi kalau 5 tahun lepas perjalanan KL -Baling, Baling - KL tak dak masalah pun...masa tu Baling - KL ampat jam saja maaa.. tapi sikalang oo.. dah jadi anam jam mooo..

Sekarang kancil aku dah siap dibaiki dah jadi macam keta baru la pulak...

Mungkin ini akan jadi iktibar bagi aku dan pada yang dok tengah baca blog ni...