02 December 2009

Sunyi bangi...

Laa ni tinggai aku dan room mate aku ja kat rumah. Anak-anak bujang kami semua dah balik ketempat masing-masing di PJaya, Seremban dan Gurun. Itu pun nasib baiklah juga anak kami yg sulong tu dok kelek semengu sekali. Jadi dapatlah juga jumpa dia. Depa balik selepas bercuti Hari Raya Haji yg lalu.
Lepas tu pulak kalau bini aku keja petang aku tinggai sorang jugak. Apa lagi kalau dia keja malam... aku tido keh.. eh jenoh dok bilang cicak di syiling rumahlah..sampailah aku tidog tenganga..Tapi takpa laa.. aku dah besa dah dok macam ni dah hampir 27tahun dah.

Aku cukup-cukup rasa bersyukur dikurniakan seorang isteri yang begitu taat dan sungguh memahami diriku begitu jugak telah membantu membesarkan kesemua anak-anak aku hingga berjaya. Kadang-kadang tu.. terasa belas juga bila mengingatkan pengorbanan dan tanggungjawab isteriku yang turut membantu kehidupan keluargaku. Kita kalau nak tengok wajah isteri kita yang syahdu..mangkit tengah malam cuba renungkan wajah dia..disitulah datangnya rasa kasih sayang kita yang tak terucap melalui kata-kata.

Tapi kalau isteri yang tidog tenganga tu kita kena bantulah pi katup mulut dia nuu..Bukan setakat isteri kita saja, anak-anak kita pun serupa.. cuba kita mangkit tengah malam renung tiap-tiap wajah anak-anak kita tu.. rasa kasih dan sayang kita terus meresap kejiwa.. walau pun anak-anak aku dah besar panjang tapi aku masih menganggap depa macam anak-anak kecik lagi.. kerana aku rasa berperasaan macam tu adalah lebih baik dari tidak punya perasaan langsung terhadap anak-anak. Tapi aku tidak pernah lupa untuk mendoakan kejayaan untuk kesemua anak-anak aku supaya berjaya diadalam kehidupan, menjadi anak-anak yang soleh dan taat kepada agama.

Kalau di kenangkan macam ni lah rasanya mak pak kita bila kita tinggal berjauhan dari depa.. Rasa rindu kat anak-anak tak taulah lagu mana masa tu. Tapi laa ni Alhamdulillah kita dah ada teknologi yang canggih..sungguhpun anak-anak dok jauh tapi boleh muncul didepan screen cuma tak boleh sentuh fizikal saja. Itulah nikmatnya pembangunan sekarang, Apa-apa pun cuma ketok menatang keyboard ja.. Kalau zaman dulu mak pak kita nak jumpa kita pun memang susah bagi yg dok merantau.. cuma surat dan kadang-kadang yang ada kemudahan telefon pun kira okay lah. Tapi laa ni kita sepatuknya merasakan berbanyak-banyak bersyukur diatas nikmat yang Allah berikan kepada kita.. Itulah hikmahnya IT.

Sejak kebelakangan ni aku sering terjumpa atau dapat tahu dari rakan-rakan aku tentang rakan-rakan persekolahan ku sejak dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Kebanyakan depa sudah berkerjaya dan profesional.. kadang-kadang aku renung balik.. aku bukannya tak boleh jadi macam depa tapi masa aku mengaji dulu.. aku banyak dok main-main sangat dan banyak angan-angan..masa mengaji main-main, masa main, main-main so, macam mana nak tumpukan pada pelajaran?. Tapi aku redholah atas apa yg dikurniakan Allah kpd aku sekarang. Sebab itu aku cukup tekankan anak-anak aku supaya belajar dengan tekun dan jangan tinggalkan solat 5 waktu. Kalau kita nak berjaya dengar ja azan berkumandang teruslah kita pi ambik wuduk..tunaikanlah solat.. Tunaikan kewajipan ini tepat pada waktunya.. InsyaAllah ..kita akan berjaya dan marilah kita menuju kejayaan!