29 November 2009

Jumpa Lagi Rakan-Rakan Sekelas..



Saidin dan Aku

Rusdin tengah dok kerenyeh dan Saidin tengah dok nganga..

Masa ni Rusdin yang tangkap gambag ni....
Hasanuddin, Saidin, Aku dan Mahayuddin.

Pas tu giliran aku pulak jadi tukang tangkap gambag..

Hari ni aku rasa cukup gumbira lagi kerana dapat berjumpa semula rakan-rakan sekelas aku yang telah pun terpisah membawa haruan masing-masing lebih kurang 34 tahun yang lalu..Hampir sebulan yang lalu kami telah merancang untuk berjumpa di rumah Rusdin Husin di Kg Sungai Tawar. Tapi yang tak dapat mai Mad Saud.. dia ada kenduri di Niel Sedaka.. tapi tak mengapa.. ada masa lagi.. ini baru 4 orang..
Banyaklah kisah-kisah lama terung kait kembali.. masing-masing dengan penuh gumbiranya menceritakan kisah-kisah yang manis dan banyak yang mencuit hati..Dalam bercerita tu tersebut jugaklah nama-nama rakan-rakan kami yang lain, diantaranya..Kabiag, Arwah Lan Pak Ark, Arwah Omar Saayan, Pak Ya, Suhaime Sulong, Wan Fatimah, Yati Panjang dan banyak lagi lah rakan-rakan kami yang ada setengah tu dah hilang ntah dimanaaa..
Aku berharap aku dapat berjumpa pulak rakan-rakan aku yang lain-lainnya diantaranya;
Li Rangka, Hj Rosli Tabung Haji, Tat Said,Wahab Ahmad,Mad Saud, Kadiag, Kabiag, Pak Ya Bola, ACP Pak Ya dan lain-lain lagi yang aku pun dah tak berapa clear dah muka depa.