10 February 2010

Penggunaan Nama ALLAH

Aku amik off petang hari ini sebab jiran sebelah rumah aku nak buat kenduri walimatulurus pada Sabtu ni. Jadi takkan aku tak bagi khidmat bakti aku sebagai jiran pulak kan?. So petang ni aku amik off la.. utk mengemas barang-barang kenduri dia.
Sekarang dah jam 2.30 ptg..hari masih panas leting lagi. Aku isi kesempatan untuk mencelah ke blog aku dan isu ku kali ni adalah isu semasa yang very sensitif.

Baru-baru ni aku dapat emel dari kawan aku yang baru balik dari Indon. Dia hantag emel kat aku lebih kurang macam ni.....................
Sekadar pendapat umum tentang penggunaan nama ‘Allah’…..
Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia . Saya tidak berniat memburukkan Indonesia .. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini... (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)


Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya
.

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek.... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..


Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka...


Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..


Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi... lah, buku dakwah Kristian rupanya
….risau gak klu jadi camni kat mesia ..???

Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...

Mcm2 lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular.


Apakah Keimanan kita teruji??