12 January 2011

Isteriku sekarang seorang PESARA..

Alhamdulillah bersyukur aku kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya isteri kesayanganku..Rukiah Aminorais telah bersara dari perkhidmatan KKM pada 13hb Januari 2011 genaplah beliau selama 29 tahun berkhidmat sebagai seorang Jururawat.


Bermulanya karier isteriku dalam Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai seorang Penolong Jururawat dan  ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh pada 12hb May 1982.



dan setahun selepas itu kami telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri iaitu pada 15hb May 1983

dup dab dup dab berdebar rasa dada menjadi raja sehari..



Aku juga bersyukur kepada Allah kerana mendapat seorang isteri yang solehah, begitu baik, tabah, rajin mengemas rumah dan juga seorang isteri yang sangat menyayangi diriku dan juga seorang ibu yang telah berjaya mendidik anak-anakku sehingga berjaya di dalam pelajaran dan  kerjaya masing-masing

Beliau juga seorang  yang cekap didalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai seorang Jururawat Terlatih dan pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004..

Sijil APC 2004
Sijil APC telah di sampaikan oleh Dato' Dr.Zahari Che Dan 
 Pengarah Kesihatan Negeri Kedah