28 November 2009

Hari Raya Haji Kedua..

Sharif, Adik, Rashid, Monyet AKU..

Ini pulak.. AKU,Monyet, Sharif dan Rashid..

AKU ,Monyet...


Ni pulak foto aku dan "Marry", Tengok dia dok atas bahu aku tanpa rasa segan silu walau pun pertama kali bersua muka..dia ingat aku ni pak menakan dialah kot..

Sahabat Lamaku.. Abdul Rashid..


Hari ni Hari raya ke-3 Eidil Adha kebetulan sahabat lamaku Abdul Rashid mai ke kampung aku. Depa mai satu keluarga. Hampir 40tahun lebih kami terputuih hubungan. Aku dan kawan ku ini masa sekolah dulu pernah dok sekali di sebuah "rumah padi". Disitulah kami pakat-pakai study masa nak ambik SRP dulu sekarang PMR. Banyak kenangan-kengan manis kami semasa tinggal di "rumah padi" . Rumah Padi ni sebenarnya adalah rumah tempat orang simpan padi selepas habis menuai. Tapi disebabkan rumah tu tak lagi digunakan untuk menyimpan padi, kami pun pakat-pakatlah dok disitu beramai-ramai. Selalunya lepas maghrib kami pun mai study disitu dan bermalam disitu juga. Aku masih ingat lagi selain dari sahabat aku ni, ada lagi rakan-rakan aku spt Suhaimie Sulong, Bakri Pak da Hamad dan Mi Jusoh . Bila dapat ja result SRP tu aku dapat tawaran bertukar sekolah ke Sekolah Menengah Khir Johari Sungai Petani. Sejak itulah kami terus membawa haruan masing-masing. Tapi yang kekal aku dan Suhaime saja. Dia bertukar setahun sebelum aku ke SMKJ tu.. Sejak dari itu aku tak tau dah Rashid, Bakri dan Mi Jusoh depa pi mana. Tapi yang aku dapat tau ketiga-tiga orang kawanku kecuali Suhaime masuk askar. Bakri(tentera darat), Azmi Jusoh dan Rashid (masing-masing masuk tentera laut dan TUDM). Lepas tu aku tak tau ceritalah depa dok mana.
Tapi bila aku sendiri dah bekerja, masa cuti balik kampung aku dah tak jumpa depa lagi sehinggalah aku berkeluarga dan anak-anak pun dah besar panjang, barulah aku terjumpa balik Azmi dan Bakri Pakda Hamad tu..dah pencen pun depa tu dari askar.
Aku dapat tahu kawan aku Rashid menetap di Kuching, Sarawak dan telah pun punya keluarga. Baru sebulan yang lepas aku dapat tahu yang Rashid kawanku tu dah balik dan menetap di Alor Setar. Rupa-rupanya dia dah pun bepencen 12 tahun dah!.
Tapi hari ni kami dapat berjumpa balik. Tapi dia dah tak macam dulu dah. dah berjanggut dah. Ni lah diantara foto-foto yg sempat aku rakam semasa dia berkunjung ke rumah Kak aku di Landak..

Ni pulak foto adik dia Shariff bersama dengan "anak angkat" dia Marry..aku cukup teruja dengan "Marry" ni. "Marry" ni cute sungguh dan suka dok melawak, peramah pulak tu.Tapi aku terlupa nak bagi duit raya kat dia pun..