Kisah Benar Semasa Uruskan Jenazah
Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah
bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk
menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah
kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal
menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus
jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya
begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun,
berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun
waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang
meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri
dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta
berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang
hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan,
menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.Sebagai Modin tetap di
kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya
terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum
tercium bau jenazah itu sangat busuk.
Baunya cukup memualkan
perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak
pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat
wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.
Saya tengok wajahnya
seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan
macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan
saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah
mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya
ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.
Tetapi
selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk
pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu
dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk
mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut
almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.
Allah
SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut,
kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya
berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
Telah
dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak
terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir.
Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya
keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang
masih hidup.
Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung).
Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu
kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi
demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.
Mereka seperti
terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada
bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga
terkejut dan panik.
Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian
Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada
pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.
Almarhum pada
dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak,
kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada
di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.
Saya
mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu
menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung
jawab ada pada ahli warisnya.
Sepatutnya sebagai anak, mereka
yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya
iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan
mereka untuk menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika
ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih
hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit
dari penutup saji meja makan.
Subhanallah suasana menjadi makin
panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran
manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi
kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat
tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.
Saya
bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat
upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian
yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah
jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang
menentukan.
Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya
dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak
ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak
keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu
menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa
memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di
tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi
sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.
Dalam
waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan
jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."
Selepas
itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah
timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada
kereta jenazah/mobil ambulance.
Saya hubungi kelurahan, pusat
Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan,
beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari
satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.
Suatu hal
yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba
Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu
sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj
rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.
Tapi ketika dia sedang
mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba
isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:
"Mas,
saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu,
sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik
keretanya."
Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin
seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya
suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.
Selepas
itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku
dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit
membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan
itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.
Kereta
yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh
lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan
pekuburan.
Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya
masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di
camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi
peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali
lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.
Sesampainya
Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya
turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.
Allah
berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu
menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari
celah tanah yang pada asal mulanya kering.
Hari itu tidak ada
hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu
saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam
keranda dengan hati-hati.
Saya takut nanti ia terlentang atau
telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk
mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun
kubur tersebut.
Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat
dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya
perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang
ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.
Melihat
keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti
menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.
Maksudnya
kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti
kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan
talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya
Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan
itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.
Sejak
lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak
talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.
Setelah
saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya
bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh
almarhum semasa hayatnya.
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
Isteri
almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu
Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya
hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.
Untuk
pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan
tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat
isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.
Peristiwa
ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan
rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam
ini.
Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi
ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi
pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga
kita ?
Renungkanlah...
Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit
do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan
peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan
keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang
semacam dengan itu."
Wassalamu'alaikum.
Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan berita ini
kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita
semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita
adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang
dapat menghalangiNya.