30 September 2011

Malam Lima Belas....


BULAN YANG TIDAK LAGI TERANG....


Tirai kisah dibuka tanda bermulanya sebuah drama belantara dipentas dunia yang caca marba..
Pelakonnya aku,kamu,kami, mereka,dia dan pengarahnya juga aku,kamu,kami mereka dan dia..
Para pelakonnya terlalu ramai dengan prop yang beranika rupa. Ada watak baik, jahat, a'lim,munafiq,
pemurah.. dengan lakonan yang bersifat suka,benci,dendam,sedih,sayu,sabar,timbangrasa,sopan
santun,kurang ajar,pemaaf,sombong, iri hati, baik hati,
Itulah warna-warna dalam plot drama kehidupan masa kini. Warna-warna yang pada suatu ketika dulu
adalah yang asli tapi kini warna-warna itu tidak ada fitrahnya lagi..habis di palit, di calit, di conteng dicampur adukkannya warna-warna tersebut dari cantik...terus menjadi kusam...hambar..hodoh.bodoh.

23 September 2011

Bekam - Al Hijamah

Bekam atau al hijamah dalam bahasa arab yang bermaksud "pelepasan darah kotor" atau dalam bahasa Inggerisnya di sebut "Cupping"


Bekam merupakan suatu teknik pengubatan Sunnah Rasullullah Saw dan telah lama di praktikkan sejak dari zaman dulu lagi. Sekarang ianya telah dimodenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dengan menggunakan alatan seperti dibawah. Ianya amat berkesan dan tidak memberi sebarang kesan sampingan.




Tn Haji Fadhil siap dengan uniform lagi...be professional..
Petang tadi 23/9/2011, Jumaat aku berkesempatan untuk mendapatkan rawatan bekam di Klinik Rumah Sihat Bekam yang diusahakan oleh sahabat karibku iaitu Tuan Haji Fadzil b Ismail di Kampung Pengkalan Kakap, Merbok, Kedah.


Teknik pengubatan bekam ini adalah satu proses pembuangan darah kotog ( ataupun pembuangan toksid beracun dari dalam tubuh melalui bawah kulit).
Ini bukannya pen cenderamata cek oiii..





Toksid adalah endapan racun yang tidak dapat diuraikan oleh badan kita Setiap orang mempunyai tahap toksid yang berbeza ianya berasal dari pencemaran udara, makanan yang mempunyai banyak bahan pewarna tanpa zat, soda, bahan perasa dan juga dari sayur-sayuran yang menggunakan baja kimia.


Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia, kerana itulah banyak toksid / racun berkumpul dibawah kulit. Dengan berbekam dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Inilah salah satu DETOKSIFIKASI (proses pengeluaran toksid / racun) yang sangat berkesan / mujarab serta tiada kesan samping. Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan serta memulihkan fungsi tubuh / badan .
Rambut dicukur untuk diletakkan cup penyedut


Berbekam dapat menghilangkan rasa sakit pada bahu dan tenggorok jika dilakukan pada bahagian tengkok. Juga dapat menghilangkan sakit pada bahagian kepala seperti muka, gigi, telinga dan hidung jika penyakit itu disebabkan oleh terjadinya penyumbatan pada darah atau rosaknya peredaran darah. 

Abu Ubaid menyebutkan dalam kitabnya “Gharibul Hadits”melalui sanad Abdurrahman bin Abi Laila :
“Bahwasanya Rasulullah Saw, melakukan bekam pada kepalanya dan tengkuknya ketika disihir orang”


lihat..darah sedang tersedut keluar...
Inilah kesan-kesan selepas berbekam..





























RUMAH SIHAT BEKAM MENGALUKAN KEDATANGAN ANDA..








17 September 2011

ISTERI YANG SEJATI...


Aku petik dari abanglongonline.


Mari kita sama-sama baca dan hayati petikan dari satu artikel di Mingguan Wanita. bil: 1361

Seorang isteri, diwajibkan untuk menghormati suami, walau dalam apa juga situasinya. Bukan tidak boleh mempertahankan hak sendiri tetapi hormat tetap perlu ada. Bila hormat tetap ada, si isteri akan berusaha mengelakkan diri daripada meninggikan suara kepada suami, memaki hamun suami, mencaci itu dan ini atau pun memperlekehkan suami.


Walau isteri lebih kaya, lebih rupa, lebih tinggi pendidikannya, isteri tetap wajib hormat pada suami.

"Bagaimana jika niat isteri untuk mendidik suami?"
Tiada istilah mendidik suami di dalam hukum agama, malah sepatutnya suami yang berkewajipan mendidik isteri. Tindakan mengherdik, memarahi atau mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati suami dengan niat untuk mendidik adalah tidak sesuai. Jika suami melakukan kesilapan atau kesalahan, tegurlah dengan penuh kasih sayang dan selembut yang mampu. Tidak boleh disamakan cara menegur kesilapan suami dengan mengajar atau mendidik anak-anak atau kawan-kawan sekerja.




"Bagaimana jika cara lembut tidak mendatangkan hasil?"
Berpesan-pesanlah dengan penuh kesabaran dan berdoa agar suami terbuka hatinya dan berubah atau memperbetulkan kesilapannya.

Walau suami seorang yang tidak berdaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami atau sengaja mengabaikan tanggungjawabnya, isteri juga tetap wajib hormat pada suami.

Ini bukan penganiayaan kepada isteri tetapi keistimewaan.

"Istimewa?"
"Apa istimewanya kalau suami tidak melakukan tanggungjawab perlu dihormati juga?"

Istimewanya kerana pahala yang akan diperoleh oleh isteri tadi, sukar untuk dinilai.

"Pahala? Apa guna pahala kalau hidup sengsara?"

Kalau sengsara, keluar dari perkahwinan tersebut.
Ramai isteri yang enggan keluar dari perkahwinan, berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan status isteri tetapi gagal menghormati suami. Suami diherdik, ditengking, dicaci dan dicerca. Ada yang mendiamkan diri, suami tegur tak peduli, nak layan suami jauh sekali. Ada yang berpura-pura, depan suami manis sekali tapi di belakang, suami diumpat itu ini. Kenapa memilih status isteri jika dalam masa yang sama terus menerus menambah dosa sendiri?



"Manusia normal mesti bertekak dan ada ketikanya tertinggi suara."
Ya memang ada kebenarannya ungkapan tersebut. Cuma, jika perkara tersebut berlaku, cepat-cepatlah mohon ampun dan maaf kepada suami. Jangan tunggu raya baru hendak meminta maaf.

"Kalau suami yang salah, nak minta maaf juga?"
Ya! Minta maaf sebab isteri tertinggi suara, bukan atas kesalahan yang bukan bermula daripada anda.

"Kalau tidak minta maaf?"
Kalau suami memaafkan anda tanpa anda meminta maaf, alhamdulillah. Tapi jika tidak, hanya Dia yang tahu kedudukan anda, cuma hukum mengatakan; redha Allah kepada isteri hanya setelah suami redha kepada isterinya.

"Bukankah kalau suami sengaja gagal melaksanakan tanggungjawab nafkah zahir, isteri tidak perlu melayan nafkah batinnya?"

Betul, tapi dengan mengambil kira kewajipan nafkah sama seperti kewajipan mas kahwin tetapi kegagalan suami itu bukan memberi kebenaran untuk isteri tidak hormat kepada suami. Perlu juga diingat bahawa jika nafkah batin tidak diberikan si isteri sedangkan suami amat memerlukannya ketika itu, mungkin sesuatu yang tidak elok akan berlaku. Jika suami seorang yang penyabar dan faham hukum agama mungkin dia akan berpuasa sunat bagi meredakan keinginannya. Bagaimana pula jika sebaliknya?

Paling penting, ada perbezaan jelas antara taat dan hormat. Isteri wajib taat kepada suami selagi segala arahan atau kehendak suami tidak menyalahi hukum syarak. Hormat pula, perlu sepanjang masa. Dalam kamus Dewan edisi 4, hormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim.

Oleh itu, hormatilah suami sedaya upaya, walau apa juga emosi anda, walau apa juga situasinya. Jika tidak mampu (dengan syarat telah berusaha bersungguh-sungguh) jalan keluar tersedia...



Sewaktu Nabi Ismail tidak ada di rumah, datanglah ayah Nabi Ismail iaitu Nabi Ibrahim kerumah isterinya dan menyamar sebagai orang lain. Beliau bertanyakan kepada isteri Nabi Ismail tentang kehidupan nya bersama Nabi Ismail. Lalu isteri Nabi Ismail menceritakan bahawa kehidupan mereka tidak bahagia dan cukup-cukup makan saja dan Nabi Ibrahim pun menerima penjelasan isteri Nabi Ismail dan berpesan supaya disampaikan kepada Nabi Ismail agar menggantikan “pintu depan” rumah mereka.
Apabila Nabi Ismail pulang saja ke rumah lalu isterinya menceritakan ada orang datang bertanyakan hal rumahtangga mereka dan memesan supaya di gantikan “pintu depan” rumah mereka. Nabi Ismail menjawab yang datang tadi adalah ayahku dan dia suruh aku menceraikan kamu kerana kamu adalah seorang isteri yang tidak baik dan Nabi Ismail pun menceraikan isterinya.

Suatu ketika Nabi Ismail beristeri lagi dan perkara yang sama juga berulang dengan kedatangan ayah Nabi Ismail iaitu Nabi Ibrahim dengan menyamar lagi. Nabi Ibrahim bertanyakan keadaan rumahtangga kepada isteri baru Nabi Ismail dan isteri Nabi Ismail menjawab, Alhamdulillah rumahtangga mereka bahagia dan setiap hari makan yang sedap-sedap dan kehidupan mereka mencukupi pada hal Nabi Ibrahim tahu yang kehidupan anak menantunya sememangnya susah. Nabi Ibrahim pun berpesan untuk disampaikan kepada suaminya supaya menjaga dan memperbaiki pintu depan rumah mereka.

Apabila Nabi Ismail pulang saja ke rumah lalu isterinya menceritakan ada orang datang bertanyakan hal rumahtangga mereka dan memesan supaya di perbaiki dan memeliharakan “pintu depan” rumah mereka. Nabi Ismail menjawab yang datang tadi adalah ayahku dan dia suruh aku menjagamu dan menyayangimu kerana kamu dimata ayahku yg seorang nabi kamu tergolong isteri yg baik…

...sapa tak sayang bini oiiiiiii....



06 September 2011

Melayu..Oh.. Melayu...







Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana........bijak sana dan bijak sini
Nakalnya bersulam jenaka Budi.........Nakalnya bersulam dendam dan iri hati
bahasanya tidak terkira.....................Bahasanya bergulakan cili
Kurang ajarnya tetap santun..............Macam mak bapak tak pernah ajar
Jika menipu pun masih bersopan........sekarang menipu terang-terangan
Bila mengampu bijak beralas tangan...bijak "memberi" dan "menerima" sogokan


Melayu itu berani jika bersalah...........kerana yang salah itulah yang benar
Kecut takut kerana benar...................kerana yang benar itu dikatakan salah
Janji simpan di perut..........................."Banyak" Melayu yang dah "buncit"
Selalu pecah di mulut..........................awat tak pecah mulut..kena tabuh selalu.
Biar mati adat.....................................sekarang adat kemana..
Jangan mati anak................................anak lagikan dibuang



Jawa itu Melayu,................Cucog jawa,mee jawa....cucog jawa tak tau dibuat oleh Jawa
Bugis itu Melayu,Banjar juga disebut Melayu,...Mee Jawa Melayu sapu habis, 


Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan......sekarang ramai yang jadi nelayan
Melorongkan jalur sejarah zaman.....malangnya ramai nelayan bangla,dan indon 
Begitu luas daerah sempadan...........tapi Melayu masih ramai ketinggalan
Sayangnya kini segala kehilangan..hilang maruah,hilang tanah,hilang dara, hilang jari!
Melayu itu kaya falsafahnya........itu dulu tapi sekarang kaya kiasan dan perli
Kias kata bidal pusaka.........................sekarang kira bedal..perkosa
Akar budi bersulamkan daya................sekarang akai tak ada body bergaya
Gedung akal laut bicara.......akai tadak,buka bicara di coffee bean


Malangnya Melayu itu kuat bersorak ....Memangla Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya ...............Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai .......sekarang nyawa dan body pun sudah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal..............itu pun jenuh direbut adik-beradik
Tanah sebidang mudah terjual............... ya la..dah tak berduit nak bayar ceti yang tak halal..


Meski telah memiliki telaga................... .telaga pun..telaga buruk
Tangan masih memegang tali...................ada orang kisah?..orang boleh gunting.
Sedang orang mencapai timba.................ingatkan dapat air..rupanya asid!
Berbuahlah pisang tiga kali......................masuk angin keluar toksid


Berkelahi cara Melayu....................woi....kubog masing-masing wehhh..
Menikam dengan pantun............sekarang bukan tikam lagi..tembak terus dgn keyboard!
Menyanggah dengan senyum......sekarang terus kena penampar
Marahnya dengan diam............................juga dendam yang meluap-luap
Merendah bukan menyembah.................  no way....
Meninggi bukan melonjak.........................meninggi kerana pijak kepala orang lain...


Watak Melayu menolak permusuhan.........Melayu senang diajak bermusuh!
Setia dan sabar tiada sempadan................ cepat hilang kesabaran
Tapi jika marah tak nampak telinga............................telinga merah...marahlah tu..

Maruah dan agama dihina jangan................Maruah dan agama kian digadai
Hebat amuknya tak kenal lawan..................hebatnya macam anjing menyalak bukit
Tangan diulur sentiasa bersambut................bila habis solat ja
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan.....baik...baik ada makna tu..
Segala yang ada sanggup diberikan..............tanah di pajak..untung tak seberapa
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan...........benggali kapet lalu..tunggu dipintu
Suami pulang lapar tak makan.........dah bagi benggali kapet makan..
Kera di hutan disusu-susukan........   anak kat rumah yuran sekolah lima bulan tak terbayar
Anak di pangkuan mati kebuluran"......awat tak mati kebulog...asyik dok gaduh laki bini

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu.....wah!!makin hebat
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?...........hebatnya sombong macam tak akan mati!
Jangan takut melanggar pantang...........melayu sekarang dah tak kenal pantang..main redah ja
Jika pantang menghalang kemajuan;.....step my death body then baru you boleh runtuh rumah i


-Nukilan Asal: Usman Awang-                                   -Salinan ubahan: Sabricherus-


Bak kata orang hitam putih dulu..benih yang baik kalau jatuh ke laut menjadi pulau...dah jadi pulau...pulau pulak tergadai.........

adakah melayu dulu cermin pada melayu abad ini?
once upon a time......


                                                                                                                                                                         

05 September 2011

Negara Ku - Terang Bulan

Lagu Negaraku di seterika dari lagu Terang Boelan???? haii...dah 52thn dah aku berpijak di bomi Malaysia ni..baru kali ini aku tau....hai BUTA SEJARAH  betuila..................keh.keh.keh.....

01 September 2011

Harapkan Ambulan..sokong membawa rebah....

Apakah imaginasi anda terhadap foto-foto ini?? anda layak membuat rekacerita sendiri..Aku dah tak larat nak kaghang dahhhhhh..



Cuma aku nak pertikaikan;
i. Status keselamatan kenderaan,
ii.Status pengetahuan dan kecekapan pemandu memandu dalam keadaan trafik yang mencabar,
iii.Status mental dan fizikal pemandu,
iv.Status arahan/komunikasi (memberi dan menerima mesej) pegawai perubatan kepada pemandu dan kakitangan semasa menggunakan ambulan,
emmm..tu jaa..

Harian Metro 6/9/2011

Lagi Ambulans Terbalik,   

Lelaki Yang Tenat Maut


KINABATANGAN: Seorang isteri yang mengiringi suami yang tenat dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan bagi mendapatkan rawatan maut, selepas ambulans dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terhumban dan terbalik ke dalam parit di Kilometer 73, Jalan Sandakan-Lahad Datu, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 6.30 pagi, mangsa Suarni Laube, 30, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kinabatangan, manakala suaminya Firman Baune, 30, terpaksa dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent untuk rawatan lanjut.
Doktor dan jururawat dalam ambulans terbabit tidak cedera manakala pemandu kenderaan itu hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kinabatangan.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintendan Jaini Abdul Kadir, berkata, kejadian itu berlaku apabila ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Duchess Of Kent bagi menghantar pesakit yang juga suami mangsa.

“Kenderaan itu dinaiki mangsa yang mengiringi suami yang sakit serta seorang doktor dan jururawat. Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan pacuan empat roda dari Sandakan ke Kinabatangan cuba mengelak lubang sebelum memasuki laluan bertentangan.