25 November 2009

Ada apa pada nama??

Now dah pukui 12.59 am dah.. mata aku susah pulak nak katup... Tadi baru ja lepas mesyuarat Pakatan di Taman Bersatu.. banyak lah isu-isu sensasi dan isu-isu yg terangkat pungkok. Tak senang duduk sungguh.. masuk salah keluag pun tak kena..maksud aku bukan soal masuk/keluar pakatan tapi kepala hotak aku ni.. tak lepas nak jangkau. Tapi macam nilah setiap kali kami bermesyuarat mengenai hal-hal terutama kenduri kendara.. ada saja yang nak ketuk meja! Tapi tak palah.. apa-apa pun pakatan kami adalah diantara pakatan / badan kebajikan yg terbaik sekali diAsia Tenggara ni. Boleh masuk Buku Guiness Stout of Malaysia!Malam ni aku dapat idea mengenai "Ada apa pada nama".. dah tak dak aghah nak cari tajuk dah ni..
Well..(telaga..) sebut pasai nama ni.. macam-macamlah benda, orang, tempat, binatang dll.
diantara contoh-contohnya ialah Benda.. misalnya..buah petai belalang.. mungkin bijik petai tu besag dan bentuk macam mata belalang.. kereta mersedih..mata belalang..kerbau pendek, penjarah manakah yg dok bagi nama macam ni pun aku pun tak tau! itik nila..agaknya itik jenis ni suka makan nila.

Buah kote mamak.. mungkin orang dulu-dulu masa nampak buah tu tau-tau ternampak mamak jual pasembor tengah dok buang kumoh.. dan mungkin jugak orang tu ternampak "buah" **** mamak tu, langsung melatahlah dia lalu berkata..buah kote mamak..buah kote mamak! keh sampai ke laa terlekatlah buah yang malang tu diistiharkan sebagai buah kote mamak...color apa bayangkanlah sendiri..Buah duku.. duku ni yg aku tau sejenis binatang spesis monyet.. mungkin menatang ni suka sangat tokak buah tu.. maka si Ali Mamak ni pun bohlah buah tu dengan nama buah duku..Ikan karin.. ikan tu adik beradik sebelah mak menakan sebelah sepupu maya karin...

Buah pulasan.. buah jenis ni dah hampir lupus dah di muka bumi ini.. apa ke tidaknya.. lepas sorang terjumpa buah tu..di pulas-pulasnya..mai sorang lagi dipulas-pulasnya..tak tau dah berapa orang bila ja terjumpa buah tu..asyik dok kena pulasss ja..sampai tak perasan sampai hari dah tengah malam..tak mau tidog lagi.. sebab tu lah nama buah tu terlekat sampai sekarang dengan nama buah pulasan..
Durian Belanda.. tau dak pasai pa nama buah tu durian belanda?.. aku pun tak tau! lu pikiag lah sendiri!.. Pisang tanduk.. pisang ni mengikut sejarah dari kajian dewan bahasa dan pusaka asalnya ada seorang Belanda yg tadi lah.. .. baru teroka tanah kat hutan.. masa tu Felda tak beranak lagi.

Dia pula ada bela 15 ekor kuda..kuda dia ni jahat yang amat! tak boleh tengok pokok pisang.. nampak ja pokok pisang dok kira nak tannndok ja! nampak ja tandok dok kira nak pokok piiisang ja! last sekali Belanda tu fedup agak nya.. dia namakanlah pokok pisang tu dengan nama pokok pisang tanduk! once dia boh saja nama pisang tanduk kuda-kuda dia pun.. relaks ja..dah tak tanduk dah.. macam cerita P. Romlee pulak.. dalam filam Ahmad Albab.

Kacang kuda.. kacang ni spesis buah lah juga no..asal sejarahnya bermula dari kuda-kuda tadilah.. bila menatang tu asyik ja dok tandok pokok pisang.. leteh gamaknya dok tanduk sampai terberak..terberak sampai taik beterabog sana sinin..bukannya sikit banyak pulak tu sampai terbentuknya sebuah bukit nak tau!..Tapi disebabkan peristiwa ni dah berlaku dalam kurun ke18 dulu taik kuda yg hitam tu beransur-ansur bertukar warna jadi color putih.. oleh sebab musim tengkujoh..dah nak masuk ke musim tengkunam..lama-lama taik kuda tu tumbuh pokok!.. lama kelamaan pokok tu pun mengeluarkan buah macam kekacang.. betul-betul macam rupa bentuk taik kuda tadi.. sabit tu lah nama kacang tu terlekat sampai sekarang dengan nama kacang kuda.

Batang Berjuntai.. ni nama sebuah tempat terletak di Selangor.. aku tak tau nak cerita lah macam mana terlekatnya nama yang sebegitu unik..pikiag sendirilah!!
Cerita ni dari zaman aku budak-budak lagi dah ada dah.. Gajah Mati Langgar Pokok Sena..tapi sekarang gajah dah jarang jumpa yg mati, yang selalu jumpa mati budak rempit dok langgag belakang trela selalu lah!
Ni di tempat kelahiran aku..Baling.. Asal nama baling ni.. kalau ikut dewan bahasa dan pusaka..masa zaman arwah raja bersiong dulu.. dia pegang (La..ni Kuala Pegang) siong dia (laa ni Siong..Kg Lalang) dia singgah sat kat satu pekan..mungkin terlalu letih agaknya..terlampau dahaga ayag..raja tu singgah kedai mamak kat pekan tu..minum ayag..dia tak bawa banyak duit cuma sekupang ja.(laa..ni pekan Kupang) dia nak minum lagi tapi mamak tu tak bagi sebab duit sekupang masa tu tak laku lagi.. Raja pun murka.. masa tu lah raja tu pulas (laa..ni Merbau Pulas) Siong dia lalu baling (laa ni..Baling) ke arah gunung..
Ni lah dia Gunung Baling yang dok ada sampai sekarang ni..
Ada banyak lagi kalau nak cerita bab-bab nama-nama ni.. tapi disebabkan mulut aku asyik dok tenganga ja.. menguap berkali-kali..tanda aku dah mengantuklah..
tak dak apa-apa.. semua yg aku tulis ni tak ada link langsung dengan yg hidup mau pun yang belum mati...jumpa lagi..