18 July 2010

Apakah ini rahsia perpecahan kita??

Bijak dan pandainya orang-orang terdahulu peribahasa direka sebagai kiasan..Antaranya, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Bagikan enau dalam belukar,melepaskan pucuknya masing-masing...
Apa-apa pun yang tersurat dan tersirat dalam peribahasa diatas memaksa  saya meneroka apa yang telah dilakukan, berlaku dalam masyarakat kita sekarang khasnya Melayu Islam sekarang. (Melayu Islam??) fikir sendirilah..Rupa-rupanya masyarakat Melayu sekarang sudah ramai kurangnya adat dan adab malah semakin pupus adab dan adat apa lagi Islam sebagai pembimbing hidup dunia dan akhirat.
Banyak berlakunya perpecahan umat Islam sekarang..kian hari kian berpecah..kian hari kian bertelingkah dan masing-masing dihanyutkan oleh nafsu dan serakah. Alhamdulillah..bagi yang bersolat tetap juga mendirikan solat. Didalam solat memang terbukti muafakat dan sememangnya mengikut rukun. Tapi bila keluar dari bersolat...malangnya tertib ketika bersolat tidak diamalkan semasa diluar solat.
Malah memang ketara sekarang masa hendak mendirikan solat pun jemaah ada yang mementingkan diri sendiri. Berbuih-buih dah mulut Tok Imam berkata .."Rapatkan saf..rapatkan..saf..luruskan barisan.." Perhatikan ketika kita berjemaah di masjid-masjid khasnya solat Jumaat..masing-masing tak mahu penuhkan barisan hadapan, kiri atau kanan..kita telah diajar untuk penuh dan rapatkan saf. Tapi masing-masing buat macam tak kisah saja.

Kalau boleh nak duduk hampir dengan pintu supaya nanti dapat bergegas keluar..nanti takut seliper hilang pulak..


Cara bersolat pun dah nak macam spring dah..tau-tau dah hilang!

Begitulah apa yang sedang berlaku ketika nak mendirikan solat telah tergambar dalam masyarakat kita pada masa sekarang.

Memang menjadi makmum tapi sekadar menjadi makmum saja dari segi masyarakatnya..sekadar menjadi penghuni tapi tidak menghayati erti bermasyarakat.

Kedudukan saf yang tidak lurus dan tidak rapat dari segi masyarakatnya..sekadar ada saja tapi banyak pentingkan diri sendiri dan kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling.

Tertib ketika bersolat tapi di dalam masyarakat memang terkenal dengan sikap tidak tahu adat dan adab malah bersikap kurang ajar.

Datang ketika penghujung bacaan khutbah kalau dalam masyarakat macam dia saja yang betul tapi orang lain yang salah. apa tidaknya, tak dengar khutbah dari awal..inilah jadinya..

Banyak lagilah yang dapat dijadikan bandingan dan kiasan mengenai apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

Masyarakat kian memberikan tumpuan pada rancangan-rancangan tv yang berbentuk hiburan keduniaan yang melampau.Ini disebabkan banyak rancangan-rancangan tv berbentuk hiburan yang dapat menarik anak-anak muda mau pun mak-mak dan bapak muda tidak lekang mengadap tv.


Apa-apa pun bersyukur juga kita kerana ada juga rancangan kearah mendalami Islam turut mengambil tempat.


Apa-apa pun juga..asasnya ialah SOLAT ITU TIANG AGAMA. sekarang berapa ramai umat yang mengaku dirinya Islam..gagal mendirikan solat? Umpama tidak ada TIANG maka runtuhlah AGAMA ..Runtuhnya AGAMA maka runtuhlah masyarakat. Runtuhnya masyarakat maka tunggulah akibatnya....

Kursus Fitrah Perkasa

Pada 15hb Julai yang lalu  Fitrah Perkasa mengadakan kursus pemantapan diri kearah Ibadah kita terhadap Allah S.W.T. Sepanjang kursus tersebut banyak didedahkan tentang banyaknya masa yang telah terbuang, kelalaian kita tentang tanggung jawab kita terhadap Allah, mencelikkan matahati kita tentang keagungan dan kebesaran Allah yang Maha Pencipta, Menghuraikan asal kejadian kita bermula dari Alam Roh hinggalah kita dijemput oleh Allah..Gambaran nikmatnya Syurga dan siksaan api Neraka.

Sepanjang kursus tersebut didapati ramai peserta yang menitiskan air mata merasai dan menjiwai kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.Rasanya tidak puas untuk aku menyertainya lagi jika diberi peluang. Bukannya mudah untuk kita berada didalam suasana dan tumpuan masa sepanjang 3 hari berkursus.
Selama ini kita hanya sedar bentuk ibadah itu cuma sekitar solat, berpuasa, zakat...rupa-rupanya ibadah bukan setakat diruang sekitar itu saja.Dimana ibadah terdiri kepada 3 kategori iaitu Ibadah Asas, Ibadah Sunat dan Ibadah Umum. Ibadah Asas dan Sunat sememangnya telah kita maklum tapi Ibadah Umum inilah yang tidak diketahui ramai sebenarnya.

Contohnya Ibadah Umum ini kalau kita praktikkan didalam modul kehidupan kita sehari-harian..Masyaallah...kita akan terasa kehebatannya.Apa-apa kerja yang baik, dan amal yang baik kita kerjakan seharian jika kita niat kerana Allah Taala...MasyaAllah..kita akan terasa kesannya..Aku rasa cukup bertuah kerana aku diantara yang dipilih untuk menyertai kursus ini.
Aku dan diantara peserta-peserta yang hadir ke kursus tersebut.


Ustaz Junaidi..Syarahannya mampu menitiskan air mata peserta..



Bersihkanlah DOSA dari rohani dan jasmani kita...dan kita tidak tahu bilakah kita akan terbujur kaku begini...