17 October 2009

Majlis Perkahwinan Anak Pak Chop dan Kak Ani


Selesai saja Keluarga Kak Milah dan Abang din beredar aku, isteriku, Kakakku Noryah dan suaminya Ustaz Ishak Ismail (Tok Imam Masjid Kupang) terus ke Majlis Perkahwinan anak Pak Chop Farmasi dan isterinya Kak Ani di Taman Mewah Jaya Sg. Petani.

Kami sampai pun dah hampir jam 6.30ptg.. para-para tetamu pun dah ramai yang angkat pungkok. Tapi masih lagi kami berpeluang menikmati hidangan yang lazat..emm..

Sempat juga kami bergambar buat kenangan weh..
Tu lo.. oghe maghi ler make kendughi awa awa.. tengok tuh.. pengatin pung doh tak dok doh..emmm...
Pssss... Tok Imam kita ni iras-iras Tok Kenali lah pullok..

Anak-anak Abang Din


Keluarga Abang Din




Ini pulak keluarga Abang Din yang sinonim dgn panggilan "Din Crett".Beliau adalah adinda kepada DYMM Tuanku Sultanah Haminah, Sultanah Kedah.
Abang Din bertolak dari Alor Setag ke Baling melalui Sg Petani tersesesesat jalan..alamak oi.. sekiannya..depa terpatah balik ke Sg. Petani! silap masuk jalanla tuu..tapi seronok juga Keluarga Kak Milah dan Keluarga Abang Din syama-syama syampey ke rumah aku..Meriah sungguh hari ni.
Banyak kisah-kisah silam kami semasa di Sg Buloh 'di ulangtayang', masing-masing cuba buka macam-macam kisah lama..Syoknya kami dapat berkumpul semula pada hari ni.
Pasal masakan utk meraikan mereka Isteri dan adikku Ariza bertungkuih lumuih menyediakan masakan spt. masak lomak isi ikan Good-Good (kalau orang Malaysia kata ikan baguih baguih), masak sambal isi ikan,sambal belacan dan dan..potai..ulam pucuk peka(sejenis ulaman yg rasanya pahit-pahit ketagih) tapi bukan nya Daun Ketum laa..
Aku rasa amat berbesar hati dan puas kerana dpt meraikan mereka..(mcm nak buat Karangan dlm Darjah 6 pulak dah..)..
Jam 5 .00ptg masing-masing depa nampak gelisah..(nk balik laa tu..)..