09 April 2011

Telor Ayam TIRUAN!

Walau pun kes ini dah ujud tiga. empat tahun yang lalu tapi nampak gayanya KITA masih belum pada tahap "Terantuk ,baru tengadah"...Laa ni masih lagi pada tahap buat indah tak indah...
Yang dah tau.. tak pa lah tapi yang belum tahu lagi sekarang ni dah ada ciptaan untuk membuat telur ayam palsu..

Langkah 1

Menggunakan 7 jenis bahan kimia, lihat pic di bawah ini

Telur palsu dibuat dari kalsium karbonat, pati, damar, gelatin, tawas dan produk kimia lain.
Langkah 2  
Bahan -bahan dimasukkan ke dalam acuan dan dituangkan   2 / 3 klorida penuh, kalsium dan pencelup oren (kononnya kuning telog la tu..)

 'Kuning telur' dibentuk pada acuan bulat. kalsium klorida yang mengandungi 'Magic water' digunakan.

Dengan menambah suatu pigmen kuning ,'kuning telor ' mentah pun terbentuk.
Langkah 3 bentuk telur palsu
 
1/3 bahan-bahan tadi dituang utk membentuk 'putih telur', seperti langkah pertama, bahan seperti  kuih bola di tuangkan ke dalam 'kuning telur' dan 'putih telur' dan dicelupkan ke dalam 'air ajaib'.

Sebuah cengkerang (shell) telur  akan  terbentuk perlahan-lahan.  
Cengkerang tersebut di cuci dgn air  dibiarkan selama 1 jam utk di keringkan.




Telur palsu tersebut di tenggelamkan ke dalam lilin parafin, kalsium karbonat lalu membentuk kulit telur!
                  
Yes! Telur palsu dah siap!. Kulit telur palsu sangat rapuh dan mudah pecah tapi apakah kita sedar yang selama ini kita pernah makan telor goreng palsu????
                          

Banyak buih-buih kecil yang terbentuk mewaktu menggoreng telur, tetapi tidak ramai orang yang boleh membezakan yang asli dan yang palsu.  dan  rasanya pulak lebih sedap dari yang asli.tetapi tahukan anda yang telur palsu ini akan menyebabkan  keracunan makanan!


Adakah anda dapat membezakan telor yang mana satu yang ASLI?..sudah tentulah yang bertanda \/






















05 April 2011

...sementara kita masih bernyawa....

Rasanya bukan aku saja dalam keadaan keliru...apa lagi pada generasi muda sekarang..negara kita MALAYSIA...Malaysia diumpamakan sebuah RUMAH yang mana sudah tentunya dalam rumah tersebut terdiri dari ketua keluarga yang menjaga kestabilan semua penghuni-penghuninya..

 Sedarkah anda semua? bahawa dalam "Rumah" kita sekarang selalu sangat berlaku kacau bilau, pertelingkahan, perkelahian,pertengkaran,fitnah memfitnah,kurang ajar, tak kenal adab sopan,lawan "Mak Bapak", penyumbang mahram,pencuri, pencolek,pembunuh, pengugut,samseng jalanan, samseng larian..samseng halal. samseng haram, Ah Long, Ah Short,apa lagi sorat-sorat khabar sekarang dah tidak segan menyilu lagi dah memaparkan kisah-kisah lucah, gambar-gambar lucah! yang tidak ada FAEDAHnya langsung pada anak-anak cucu kita yang bakal menjadi KETUA "Rumah" kita disatu hari nanti.

Aku tak heran dimasa depan anak-anak cucu kita akan menyumpah, menyampah,menyeranah dan mempersalahkan pimpinan kita sekarang...apakah kamu layak digelar khalifah dibumi Allah ini sedangkan kamu membiarkan segala maksiat berlaku seadanya di dalam RUMAH kita????? bukanlah niat aku nak tunjukkan jari hantuku kepada sesiapa pun..tapi kamu..kita...bukankah telah dianugerah kepala hotak yang ada otak untuk 'membuat BAIK dan mencegah KEMUNGKARAN?'

Betullah kata peribahasa orang tua-tua dulu "Air yang jernih, ikannya jinak" yang membawa maksud "Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa".
Tapi awaslah jangan jadi seperti peribahasa "Air keruh limbat keluar" yang membawa maksud "Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan.

Lihatlah apa yang telah terjadi pada Iraq, Afghanistan, Sudan,Syria dan sekarang pulak Libya? dalam negara sedang bergaduh sesama sendiri, datang tentera bersekutu syaitan...tetiba ja pergi bom Libya... habih..salah siapa? mereka telah membuka jalan bagi musuh-musuh Islam menyelinap masuk dan menjajah... Apa..Malaysia nak sampai terjadi sampai lagu tu ka????

Oiitt!! hangpa toksah dok buang masa lah..jangan dok gaduh-gaduh sangat! banyak lagi kerja yang perlu hangpa bereskan... marilah kita cari jalan macamana kita nak majukan dan meletakkan ISLAM sebagai panduan hidup kita dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai Idola kita!

Ini tak...setiap kali akan diadakan pilihanraya misti ada Prima Movie ..satu siaran tanpa berbayar..free!!
Yang peleknya Prima Movie ni Directornya terdiri dari berbagai-bagai jenis spesis Director, Penulis Skrip dan Penerbit tapi Pelakunnya ...ada soranggggg ja... sapa sangka satu hari nanti pelakun tu kelak akan menggondol berbagai anugerah macam Academy Award!..Opss.cukup aku tak ingin nak merapu lagi!

Berbalik pada isu awal tadi, marilah kita sama-sama mencari jalan dan formula bagaimana untuk merancang untuk anak-anak cucu kita dimasa depan supaya mereka dapat hidup dengan selesa dan bahagia. Jangan jadikan kisah-kisah lucah, rempit,cabul dan apa-apa kisah yang sengaja direka cipta menjadi SEJARAH BURUK untuk mereka kelak.


Lupakah kita apa yang telah diajarkan oleh para-para ustaz kita semasa kita masih dibangku sekolah? kenapa kita lupa?? memang betul ...KITA mudah LUPA.. opss..aku tak menciplak...tapi ini datang dari diriku sendiri...kalau pun seakan terciplak..itu kebetulan... Apakah kita lupa musibah yang sedang melanda kita sekarang??? tapi itu lah...apa-apa pun marilah kita balik ke pangkal jalan.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.."

(al Baqarah, 208)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَعْتَذِرُوا الْيَوْمَ إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ (٧) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٨)
 (At-Tahriim 66:6-8)
Terjemahan:
(6)             Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
(7)             Hai orang-orang kafir, janganlah kamu mengemukakan uzur pada hari ini. Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan menurut apa yang kamu kerjakan.
(8)             Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
(At-Tahriim 66:6-8)

Hayatilah Kata-Kata Mutiara Islam dari Abu Hazim katanya 
"Ada dua perkara yang jika Anda Amalkan, Anda akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat: Menerima sesuatu yang tidak Anda sukai, jika sesuatu itu disukai Allah. Dan membenci sesuatu yang Anda sukai, jika sesuatu itu dibenci oleh Allah.”


 
......sementara kita masih bernyawa...