27 August 2011

Nostalgia Hari raya



Bila saja aku dengag alunan lagu raya nyanyian Mad Jaih ni..dan-dan aku teringat masa zaman budak-budak dulu nak sambut hariraya. Suasana makin terasa masa dua tiga hari nak raya atau pun ada jugak orang dok kata malam tujuh likur. Sebelah siang tu aku dengan dua tiga orang kawan pakat pi cari buluh nak buat pelita.Sementara sebelah malam pula keluargaku sebok membakar lemang.


Sambil-sambil tu kami main bunga api tak berani main mercun. Mak tak bagi. Tapi la ni sebelum dua tiga hari nak puasa di bulan Ramadhan dah ada kes putuih jari..


Nampak tulang..
habih pecah..


Tak taulah aku depa main sampai jadi lagu tu..sedap tegha mana pun aku tak tau...tapi kalau sapa-sapa nak rasa bolehlah praktikkan..senang jaa.. genggam mercun tu..pas tu cucuhla sumbu dia lepaslah kelima-lima jari hangpa satu..satu...nanti adala orang mai amik pi hospital.

Tak pa la.. itu iklan jer......
berbalik pada nostalgia masa aku kanak-kanak (dulu budak-budak)..
Awai-awai pagi dah aku bangun,lepas mandi dipagi raya tu..kakak akulah yang rajin dok layan aku pakai baju raya. Masa tu baju raya aku bukannya baju melayu pun..seingat aku, aku suruh mak aku belikan kemeja dengan seluar pendek..kasut sarung..ada zip lagi.. fuyyyooo..
ketupat pulut bersama
rendang kegemaranku
kuih samprut memang aku suka.



Selepas minum dan makan ketupat lemang bersama rendang aku pun terus ke rumah kawan-kawan ku yang dah berpakat nak pi beraya di sekitar kampung sebab nak kutip duit rayaaa..Masa tu kami dapat duit syiling lima duit dan sekupang ja..habih lekeh pun lima kupang..tu pun dah kira seghonok sangat-sangat dah.. Habih jauh pun kami naik bas company pi Baling. Jalan-jalan cari duit raya. Bila poket dah penuh berisi duit syiling..kami pun mula lah teringin nak beli mainan..salah satunya mainan yang aku suka sangat nak beli ialah pistol yang ada belerang.
dulu pernah interview inspektor polih..nasib baik tak dapat.
Raya Dulu dan Raya Sekarang...
Budak-budak la ni dah tak heran dah nak cari duit raya..zaman la ni kebanyakan mak pak depa kerja makan gaji..keja besag..duit ada selalu. Anak-anak minta duit berapa det pun..depa boleh bagi tak soal banyak pun. Dulu budak-budak bejalan berkunjung ke rumah tetamu tapi la ni dah berubah..Budak-budak tidak lagi mahu berjalan apa lagi ikut mak pak pi ziarah sedara mara semasa raya tapi depa lebih pentingkan internet dan game di rumah masing-masing. Ada kawan-kawan pun dah tak ramai dah..kawan rapat pun ada dua tiga orang ja.. Bukanlah tujuan aku nak buat perbandingan budak dulu dan budak la  ni...Apa-apa pun ini adalah hasil dari  perubahan teknologi ict tanpa sempadan.









12 August 2011

MENARA TERTINGGI SEKALI DI DUNIA...


Dubai's Burj Khalifa, the world's highest building. 



Menara tertinggi sekali di dunia iaitu di UAE, Dubai Burj Khalifa mempunyai 160 tingkat.
Bagi orang Islam yg mendiami di menara tersebut akan menunggu masa yang lama sedikit untuk berbuka puasa. Bagi penghuni yang mendiami di tingkat 80 perlu menunggu 2 minit tambahan untuk berbuka puasa, dan solat subuh. Manakala penghuni yang mendiami di tingkat 150 perlu menunggu masa lebih dari 3 minit kerana mereka dapat melihat matahari lebih lama daripada penghuni yang berada di tingkat 1 menara tersebut...free info...

11 August 2011

AIR perMATA


Mari kita tinggalkan dulu kisah yang memualkan mengenai burger..Beralih pada satu lagi kisah yang kerap juga terjadi kebelakangan ni. Kisah seorang gadis Labenon yang berusia 12 tahun mengeluarkan kristal melalui matanya. Tidak lama dulu pun ada juga kisah seorang gadis di Malaysia pun boleh mengeluarkan kristal juga tapi melalui mulut...Tapi apa-apa pun kejadian yang berlaku adalah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Allah jua.  Semuanya ini adalah hiasan dunia saja dan manusia tidak ada sebarang kuasa pun untuk melakukannya tanpa izin Allah..Tabarakallah......



DIANTARA ISU-ISU YANG DIMAINKAN SEKARANG....




TERBARU!!!
Pengerusi Kariah Masjid Padang Menora, Pulau Pinang Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP yang melarang membaca AlQuran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau yang menyatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain didalam mahu pun diluar masjid.   




   Sebelum ini di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur telah memperlahankan suara azan dan telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak. Ini adalah hasil dari aduan seorang penduduk bukan Islam kepada PM. 


Sosej Babi (chorizo) Ada Logo Halal JAKIM?

Sosej Babi (chorizo) Ada Logo Halal JAKIM?                                      



Sekarang ini isu halal dan haram memang menjadi tumpuan dan ianya satu perkara yang kita perlu titik beratkan tambah lagi kepada orang Islam.

Perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, dan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) yang telah dijual disebuah pasaraya di Kuala Lumpur.


Keluaran Harian Metro bertarikh 6/9/2011....emmm..malaslah nak makan.






                  


                                           

BURGER DIBUAT DARIPADA NAJIS!!!! LIHATLAH VIDEO NI...CARA NAJIS YANG DIPROSES MENJADI BURGER (BURGER TIRUAN)..walau pun burger bukanlah makanan asas Malaysian tapi ANDA pernah makan burger kan????  laaa...hangpa pikiaglaaaa.........




Produk paling laris tetapi tidak halal...
petikan dari mohcube.moh.gov.my...



1.Shampoo dan facial DOVE 
2.Pringles potato chips 
3.Lychee NARCISSUS 

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut. 

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include : 
Canned Meat 
Canned Seafood 
Canned Fruits 
Canned Vegetables 
Seasonings 

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.


STARBUCK 

HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN 
IMIGRESEN MALAYSIA 
Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. 
Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. 


COKE 

PETIKAN DARI SUMBER YG DIPERCAYAI.. ini bukanlah hasil tulisan saya..cuma utk menyebarkan apa yg diketahui... 

Coke Ada Alkohol??!!

Saya memang tidak ragu  perkara ini. Di universiti kami pernah membuat kajian kes berkenaan bagaimana menggunakan strategi pemasaran Coke Ada Alkohol Saya memang tidak ragu perkara ini. Di universiti kami pernah membuat kajian kes berkenaan bagaimana menggunakan strategi pemasaran untuk menembusi pasaran antarabangsa. Buku yang diterbitkan oleh prentice hall 
(international marketing) membincangkan secara teliti berkenaan bgm kejayaan coca-cola mengadaptasikan produk untuk memasuki pasaran asia . 

Dinyatakan secara jelas di situ bahawa kandungan alcohol didalam coke yang berada di pasaran eropah dianggarkan 20%. bagi negara islam seperti malaysia , indonesia dll peratus alkohol ini dikurangkan kepada 5% dengan alas an untuk melepasi halangan agama tetapi tetap ia perlu diletakkan untuk mengekalkan rasa asli coke. W/bgpun ia ditulis sebagai bebas alkohol untuk melepasi halangan pasaran di negara tersebut. 

Untuk pengetahuan juga hanya coke yang dibuat dan dipasarkan di Arab Saudi dan Pakistan sahaja yang benar-benar bebas alkohol kerana halangan undang-undang di negara tersebut terlalu ketat. Perlu juga dinyatakan disini bahawa coke yang dijual bersama hidangan di restoran makanan segera ditambah kuantiti alkoholnya kepada 8%. Sebab itu jika anda merasa coke yangdidapati di Mc Donald adalah lebih pahit dari yang dijual secara botol. 

Sebelum ini saya cuba menghebahkan kepada kawan-kawan tetapi selalunya ramai yang tidak percaya. ini sebagai respone kepada kenyataan ini dan sebagai melepaskan tugas saya untuk memberitahu. harap kita semua sedar. sekian 

COCA COLA beralkohol 

Alkisah diceritakan, Ustaz mengkhabarkan pada para jemaah bahawa pihak JAIS telah mengesahkan bahawa minuman Coca-Cola memang ada mengandungi alkohol (banyak sikit bukan persoalan). Perkara ini mengingatkan kembali pada perkara yang sama semasa belajar kat negeri mat saleh dimana pihak Coca-Cola mengesahkan secara bertulis memang ianya mengandungi Alkohol. 
Malangnya pihak JAIS tidak dapat menfatwakan perkara ini atas dasar & tekanan pihak-pihak tertentu, almaklum lah negara Islam. Apa yang kakitangan JAIS yang berkesedaran mampu buat ialah dengan menyebarkan berita ini secara "diam-diam". Insyallah, 
dapatlah kiranya berita ini dipanjang-panjangkan. 











ROTI BOY Saya ingin menarik perhatian saudara/saudari muslim yang dirahmati Allah tentang satu produk roti yang amat digemari oleh sebahagian daripada kita iaitu Roti Boy. Kalau anda prihatin, tiada logo halal Jakim yang terdapat di premis-premis perniagaan ini mahupun dibalutan plastik roti tersebut. Saya pernah bertanyakan kepada Manager di Premis Roti Boy di Subang Parade, Subang Jaya tentang ketiadaan tanda halal Jakim tersebut. Menurut Manager tersebut memang mereka tidak mempunyai tanda tersebut...... Hari ini saya berpeluang untuk bercakap sendiri dengan seorang pegawai Jakim, Putrajaya iaitu PN. Najibah - no tel - 88864851.
Menurutnya, Pihak Roti Boy setakat hari ini tidak pernah memohon untuk mendapatkan status halal daripada pihak Jakim. Jadi nasihat Pn. Najibah...selagi belum terbukti tahap halalnya produk tersebut sebaik-baiknya kita berhati-hati apabila membelinya. 


10 August 2011

Taman Bersatu Diancam Tanah Runtuh..



Cuba anda perhatikan paras ketinggian “placemark” Ancaman Tanah Runtuh dengan “placemark” Kediaman-kediaman yang diancam Tanah Runtuh..jika diukur mempunyai ketinggian melebihi 60 meter dimana dibawah lereng bukit tersebut terdapat 100 keluarga yang mendiami 8 blok rumah teres seperti yang dipaparkan. Saya percaya selepas penghuni yang berdekatan melihat pandangan dari atas ini sudah tentunya mengundang kebimbangan akan keselamatan nyawa mereka. Bayangkan kalau "landslide" dengan ketinggian melebihi 60 meter ini.... ianya mampu untuk menimbus separuh dari kelompok kawasan perumahan tersebut.
.... click pada imej untuk kelihatan lebih jelas.
Taman Bersatu Baling terletak di Latitude 5039’36.80”N, Longtitude 100054’41.96E. Merupakan sebuah taman perumahan yang pertama di Baling dibina diatas bukit dan kini sedang pesat dibangunkan dengan perumahan fasa baru dan juga terdapat Ibu Pejabat Polis Baling yang baru menggantikan Balai Polis Baling yang terletak di pekan Baling.
                                                   .... click pada imej untuk kelihatan lebih jelas.


Pemandangannya yang indah dimana kedudukannya berhampiran dengan Gunung Baling
                                                .... click pada imej untuk kelihatan lebih jelas.


Didoakan semoga semuanya terhindar dari sebarang tragedi…………….atau pun pihak berwajib nk kena tungguTENGADAH  dulu selepas TERANTUK???.....sama-samalah kita tunggu dan lihat……..

07 August 2011

Mana pi kutipan zakat????

aku petik...


SUNDAY, AUGUST 7, 2011


‘Serangan Jais’ ke atas gereja, tanya diri kita dulu.. duit ZAKAT pie mana..???

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya belum ingin mengulas tentang “serangan” atau serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgh2ptIKCFMBeE8tVWnL9t4iY-AM8cC1sRGPg1Caj5_GYUZbb2qBbvH23JRdo3ZVmVmuwXo44vFTlguVEylKxgwgSt1jNLDpv1bjcMGPrWGYqKEJuHzZflmOb34xnUxqZ26I3sLzlowyi8p/s1600/DrAsri02.jpguah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan “serangan” itu.
Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.
Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

06 August 2011

Baling..Baling....apa dah jadi.......


Saya petik:

[HM] SUNGAI PETANI: “Depa (tiga pelajar senior) melakukan seks bahagian belakang menyebabkan saya berasa sakit dan mahu menjerit, tetapi depa tutup mulut saya dengan tangan, selain diberi amaran tidak melaporkan kejadian kepada ibu bapa.”