SUNDAY, AUGUST 7, 2011
‘Serangan Jais’ ke atas gereja, tanya diri kita dulu.. duit ZAKAT pie mana..???
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya belum ingin mengulas tentang “serangan” atau serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan “serangan” itu.
Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.
Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.