21 January 2011

Inilah PRIHATIN namanya....

Orang ramai sedang sebok membersihkan jalan raya dengan mengutip duit syiling yang jatuh  bertaburan di atas lebuhraya di KM234, Susur Keluar Pedas, di Rembau petang Selasa 18hb Januari yang lalu. berjumlah RM75,000.00!! Mak oiiii..

Tanpa mengira keselamatan diri mereka sedang leka mengira sejumlah duit syiling yang dikutip..prihatin..prihatin..


Paklong-Paklong ni pun sebok dok buat "Tayammum" dah tak ingat apa lagi dah...

Heran..kemalangan bagaikan dirancang...




Kemalangan yang berlaku bukanlah kehendak manusia atau mesin..tapi itu jelas kehendak dan kuasa dari Allah SWT..Itu semua ujian Allah.. Pada hari dan tarikh tersebut Allah berikan ujian kepada pengguna jalanraya tersebut. Tapi lihatlah apa yang telah berlaku?
Musibah yang berlaku pada satu pihak diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang lain untuk mengaut BARANG yang bukan hak mereka... MasyaAllah...prihatin sungguh orang-orang ini... Kemana perginya KeIMANan mereka?? kemana perginya keMALUan mereka?? 
Tapi bagi yang benar-benar prihatin mengutip duit syiling tersebut dan diserahkan pada yang empunya...masyaAllah...alangkah mulianya hati orang-orang yang bersifat begini....
 
Menurut Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ;

Barangsiapa yg mengambil hak orang lain walaupun hanya sejengkal tanah, maka akan dikalungkan di lehernya (pada hari Kiamat nanti) seberat 7 lapis bumi.”
Bagi yang telah ambil duit syiling tu...segeralah BERTAUBAT...serahkanlah semula duit-duit syiling yang telah dikutip tu pada yang berhak...anda tidak ada hak mengambil hak orang lain tanpa izin....
lebih baik mencari ikan di sawah daripada mengambil barang yang bukannya kepunyaan kamu..insaflah...
Kerana...

Menurut Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ;

Barangsiapa yg mengambil hak orang lain walaupun hanya sejengkal tanah, maka akan dikalungkan di lehernya (pada hari Kiamat nanti) seberat 7 lapis bumi.”
Fikir-fikirkanlah.......






PEOPLE FIRST..PERFORMANCE NOW......IS RIGHT.....

13 January 2011

Isteriku sekarang seorang PESARA..Bhg 2.

Isteriku dizaman remaja..penuh dengan nostalgia....
Pernah menjadi Guru TABIKA..





Maklumlah dimasa tu lepas saja SPM terpaksalah mencari pekerjaan bagi mengisi masa lapang disamping menambah pendapatan.

Pernah juga bekerja kilang di Pulau Pinang
Nostalgia hitam putih...


Memang seorang isteri dan ibu yang penyayang pada anak-anakku..

Sedang berucap di Majlis Persaraan..
Tanda ingatan dari staff oleh Dr Engku Ariff

 Dari kiri: Dr.Azmi,Sr Norma,Sr Fatimah,Matron Sariah, Sr Rapiah,Sr Rapidah, Isteriku, AKU dan Sr Jamaliah


12 January 2011

Isteriku sekarang seorang PESARA..

Alhamdulillah bersyukur aku kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya isteri kesayanganku..Rukiah Aminorais telah bersara dari perkhidmatan KKM pada 13hb Januari 2011 genaplah beliau selama 29 tahun berkhidmat sebagai seorang Jururawat.


Bermulanya karier isteriku dalam Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai seorang Penolong Jururawat dan  ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh pada 12hb May 1982.



dan setahun selepas itu kami telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri iaitu pada 15hb May 1983

dup dab dup dab berdebar rasa dada menjadi raja sehari..



Aku juga bersyukur kepada Allah kerana mendapat seorang isteri yang solehah, begitu baik, tabah, rajin mengemas rumah dan juga seorang isteri yang sangat menyayangi diriku dan juga seorang ibu yang telah berjaya mendidik anak-anakku sehingga berjaya di dalam pelajaran dan  kerjaya masing-masing

Beliau juga seorang  yang cekap didalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai seorang Jururawat Terlatih dan pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004..

Sijil APC 2004
Sijil APC telah di sampaikan oleh Dato' Dr.Zahari Che Dan 
 Pengarah Kesihatan Negeri Kedah