20 August 2010

Pembuangan Bayi vs Temasya Hujung Tahun vs Pemimpin Ketam..

 BAYI SIAPA?... Bayi lelaki seberat 3 kg, ditemui dibuang dalam semak berdekatan Taska Mawadah Kampung Titi Teduri, Pulai pada pukul 10 pagi ini, sedang berada dalam ambulan untuk dihantar ke hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan kuman. Kelihatan, Pegawai Pelindung Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling Faizal Mohd Zabil sedang mendapatkan maklumat daripada jururawat mengenai bayi berkenaan. Foto BERNAMA

BALING: “Saya terkejut apabila dimaklumkan pekerja ada kesan darah pada daun dan objek bergerak berhampiran pagar,” kata Siti Hawa Osman, 45, yang menemui seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di tepi pagar Taska Mawaddah, Titi Teduri, Pulai, dekat sini, semalam.
Siti Hawa yang juga pemilik taska berkenaan, berkata dia dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 10 pagi ketika kanak-kanak di taska itu melakukan rutin pagi.“Saya terkejut apabila melihat seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir dibalut tuala basah dan masih bernyawa,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, ketika ditemui, tali pusat bayi terbabit sudah dipotong dan terdapat kesan luka pada badannya dipercayai terkena duri dan ranting pokok di tepi pagar pusat asuhan kanak-kanak itu
Katanya, seorang pekerja melalui tepi pagar sebelum ternampak kesan darah pada daun dan objek bergerak di tepi pagar itu.
“Setiap jam 7 pagi, saya menerima kanak-kanak yang dihantar hingga dijemput ibu bapa mereka pada jam 6 petang manakala pintu pagar berkunci dalam tempoh berkenaan,” katanya.
Menurutnya, sepanjang dua tahun mengusahakan taska itu, dia tidak pernah mengalami peristiwa seperti itu dan percaya bayi terbabit ditinggalkan di kawasan itu sebaik dilahirkan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan, berkata polis menerima aduan pengusaha taska berkenaan kira-kira jam 10 pagi sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.
Beliau berkata, bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, kira-kira jam 4 petang semalam dan dilaporkan stabil.
“Kami masih mengesan suspek yang bertanggungjawab dan hingga kini tidak ada tangkapan dibuat,” katanya.

***********************************************************************************
 
Kes study ini adalah dari kajian rambang aku sendiri berdasarkan kejadian kes-kes pembuangan bayi yang sedang rancak berluasa sekarang dan DIJANGKA kes yang sungguh memalu dan memilukan ini akan berakhir pada penghujung bulan September ke pertengahan bulan Oktober tahun 2010.

Tapi AWAS! perkara yang sama juga dijangka berulang malah lebih parah lagi dan bakal menjadi pandemik yang lebih parah lagi didalam masyarakat, khasnya didalam masyarakat Melayu (Islam) sekarang.


Tidak hairanlah didalam bulan Ramadhan yang mulia ini kerapkali tersiarnya berita pembuangan bayi ditempat-tempat yang tidak selayaknya.

Tak sanggup rasanya untuk menatap wajah bayi yang tidak berdosa ini hasil dari titis-titis dosa pelaku zina yang sudah hilang kewarasannya yang mementingkan nafsu syaitan.
                                 Buang bayi macam buang sampah kat tepi jalan.

Wajarnya dari kajian aku proses yang keji ini bermula dari pergaulan bebas remaja mahu pun pelaku zina dikalangan pasca remaja dalam apa jua cara, dalam apa jua situasi, pesta, keramaian, karnival, majlis gathering. dimana selalunya acara-acara tersebut berlangsung selepas satu atau dua bulan dari habisnya bulan Syawal.Apa lagi pada penghujung November setiap tahun bermulanya percutian sekolah yang berakhir pada awal Januari tahun berikutnya...

Berbalik pada  kes-kes pembuangan bayi yang telah dan sedang berlaku sekarang, itu adalah hasil perlakuan zina yang telah dilakukan diantara bulan November dan Disember 2009.Cuti persekolahan yang panjang yang bermula dari bulan tersebut membuka peluang kepada remaja-remaja khasnya pelajar atau lepasan sekolah memulakan aktiviti-aktiviti sosial dengan tidak terkawal,




termasuklah rempit,










Siber cafe
taman-taman persiaran dan tidak segan silu lagi melakukan perbuatan maksiat dikompleks-kompleks membeli belah.
 Kalau anda masih ingat pada suku tahun terakhir 2009 heboh diperkatakan masyarakat mengenai terdapat kes-kes pelajar yang mempunyai koleksi-koleksi video porno di dalam hand phone.Kes bapa yang terlihat sendiri adegan anak gadisnya di kendurikan oleh 4 orang jantan!.kes anak gadis yang dikendurikan oleh bapakKKnya sendiri!(kepala bapak dia sungguh!!! kepala setan!)..gejala-gejala inilah diantara puluhan malah ratusan gejala sosial yang tidak terkawal menjadi ikutan kepada anak-anak muda lepasan sekolah.

Kita tidak mahulah ujudnya nanti sekolah mengandung  pulak yang akan dicipta selepas "Pusat Transit Bayi" diujudkan baru-baru ini.

Emm. memang dah ujud pun sekolah ni...


Tapi yang tak bestnya dari  dulu lagi,sekarang dan tak taulah sampai bilanya.. golongan pemimpin hanya boleh menjadi KETAM saja..kempen itu..kempen ini...slogan itu..slogan ini. Tapi bila ada orang lain pulak yang nak berbuat kebaikan disekat-sekatnya pulak..malah di perlekehkannya lagi....."..kite.hendaklah patuh pade pemimpin..kite nakkan rakyat bersatu.." itu mungkin kata-kata dari pemimpin...

Tapi macammana lah pulak rakyat nak bersatu menyahut seruan pemimpin..namun dikalangan pemimpin pun bercakaran sesama sendiri. Umpamanya .."buat apa yang saya suruh..tapi jangan ikut yang saya buat"...Rakyat dalam keadaan serbasalah khasnya bagi golongan muda..Golongan ini sekarang sedang memerhati gelagat pemimpin dan sedang mencari sesuatu sebagai idola kehidupan mereka sehari-harian.
Lalu golongan muda mahu pun golongan pasca remaja (tua) tertarik pada sesuatu yang boleh membuatkan mereka rasa seronok, syok, yang dapat memuaskan kehendak mereka...lalu mereka tersalah pilih jalan. kerana apa??..kerana mereka belajar dari pemimpin-pemimpin cap KETAM.

Aku setuju sangat bagi mengekang segala gejala sosial dan apa pun gejaja-gejala mungkar yang lain....Hukum Syariah adalah jalan penyelesaiannya.

Allah SWT berfirman selepas ayat 1 Surah an-Nur tersebut:

Yang bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Ini adalah salah satu kes diantara kes-kes manusia berhati syaitan!

Penjaga surau umpan telekung sebelum cabul


AMPANG: Gelaran dajal layak diberikan buat seorang lelaki apabila sanggup mengumpan membelikan baju dan kain telekung untuk seorang kanak-kanak sebelum membawa mangsa ke sebuah hotel untuk dicabul, Sabtu lalu.

Lebih menjijikkan apabila lelaki itu yang juga penjaga surau sanggup mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak yang hanya berusia sembilan tahun itu.
Difahamkan, kejadian hanya disedari ibu mangsa beberapa hari kemudian apabila kanak-kanak berkenaan mengadu sakit di bahagian kemaluan sebelum menceritakan apa yang berlaku.

Mangsa pada mulanya dikatakan berkunjung ke surau itu untuk berbuka puasa bersama jemaah dan ahli surau lain, namun kemudian dibawa seorang penjaga surau menaiki motosikal kira-kira jam 8 malam.
Menurut sumber polis, penjaga surau berusia lingkungan 50-an itu bijak memujuk mangsa dengan memberitahu yang dia mahu membawa kanak-kanak itu ke sebuah pasar raya.

“Lelaki itu kemudian membawa mangsa ke pasar raya seperti dijanjikan dan beliau cuba mengumpan pula kanak-kanak itu dengan membelikannya baju, kain telekung serta ayam goreng. “Bagaimanapun, selepas membeli semua barang berkenaan, lelaki itu tidak menghantar mangsa ke surau atau pulang, sebaliknya melencong dan membawanya ke sebuah hotel murah,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang langsung tidak mengerti apa-apa dan tidak mengetahui niat buruk lelaki berkenaan yang sebaya dengan bapanya hanya mengikut segala apa yang disuruh.
Katanya, sejurus tiba di hotel itu, kanak-kanak itu diarahkan berbogel sebelum lelaki itu juga menanggalkan bajunya dan membawa mangsa ke bilik air.
“Mangsa kemudian bersama lelaki itu mandi dalam keadaan berbogel dan ketika itu kanak-kanak terbabit mendakwa lelaki berkenaan cuba memegang kemaluannya.
“Bagaimanapun, kanak-kanak itu enggan menceritakan lanjut perbuatan lelaki berkenaan kepada ibunya dan dia hanya mendakwa mengalami kesakitan di kemaluan.
“Polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk memastikan sama ada mangsa turut dirogol,” katanya.
Difahamkan, lelaki itu melarikan diri sejurus mengetahui ibu mangsa membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat ibu mangsa.
“Polis juga sedang mengesan seorang lelaki yang juga penjaga surau berusia lingkungan 50-an itu bagi membantu siasatan,” katanya. Difahamkan, lelaki itu melarikan diri sejurus mengetahui ibu mangsa membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat ibu mangsa.

No comments:

Post a Comment