04 February 2010

Masyarakat masakini the series..

Serba tak betul kalau aku memikirkan....aku cuba nak elak untuk tidak menyentuh tentang prisip Rukun Negara..tapi..aku tangan aku tak boleh dok diam!
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Bukannya aku nak pertikaikan Rukun Negara ni..jangan silap tafsir...Memanglah tepat dan betul apabila Rukun Negara ini yang telah berjaya diujudkan pada Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara tidak lama dulu. Ia ditubuhkan oleh Majlis tersebut setahun selepas berlakunya peristiwa 13 Mei. Oklah dan sepatutnya kita setiap warga negara Malaysia mesti ingat dan berikrar Prinsip 5K ini. Ini Malaysia...negara dan tanah tumpah darah kita...kita kena jagalah. huiiii....Patriotiknya!...Oklah.. itu yang basiknya... aku cuma nak sentuh yang ranting-rantingnya saja dan memang berlink rapat dengan P5K tu...

Aku ambik satu tajuk..

Kepercayaan kepada Tuhan... Bagi kita tak kiralah bangsa apa..Melayu,Cina, India dan lain-lain bangsa yang beragama ISLAM, Kepercayaan kepada Tuhan yakni beriman kepada Allah Yang Satu adalah juga perkara yang pertama dalam Rukun Iman...
Diantara sedar dan tidak, diantara nyata dan terselindung,berselindung..berapa ramaikah orang-orang kita yang mengaku beragama Islam yang tunaikan solat??? Sedangkan Solat itu adalah Tiang agama?..
Diantara sedar dan tidak , jika dibandingkan dengan zaman 50tahun yang lalu..berkumandangnya azan di Masjid dan Surau lantang dan nyaring dan para-para jemaah pun berebut-rebut datang bagi menyahut seruan azan..Tapi sekarang yang datang kemasjid/surau..cuma orang-orang tua dan pesara kerja..adalah juga kanak-kanak yang baru nak belajar atau pun di suruh oleh ibubapa ikut sekali tunaikan solat. Itu pun dah okay tu..kanak-kanak ni biasalah dimana-mana masjid pun macam biasalah perangai depa..makbapak dok solat, depa dok main cat ci lut kat belakang...Tapi Alhamdulillah kanak-kanak ni datang ke masjid daripada datang ke "nite market"..alamat habih duit makbapak.
Dok nampak tak depan batang idong kita..nak dekat maghrib ja.. orang-orang kita berduyun -duyunlah ke Pasar malam? Azan tengah berkumandang..orang-orang kita macam buat-buat pekakkkk ja.. bagi yang sedang menjamu perut..suap ke mulut semacammm ja..sepatutnya jawablah seruan azan tu...tak kisahlah nak makan ka..nak tunjuk itu ini ka..nak bersembang ka.. sepatutnya jawablah seruan azan dan sambil jawab tu..sambil-sambillah kita pi ke masjid tunaikan solat!..Ni nak kata apa ni? Kepercayaan kepada Tuhan ka atau pada Pasar Malam?
Aku cuma cadangkan saja jangan dok adakan lagilah urusan pasar di sebelah malam. Kita buat Pasar Pagi sajalah. Sebab masa siang ni panjang berbanding dengan petang ke malam...Tengokla..lembu-lembu pun bila nak dekat maghrib depa mesti balik ke kandang punya! ini kan pulak kita ..nak kena tarik idung macam lembu-lembu jugak ka?..

Aku ambil tajuk yang ke2 pulak..

Kesetiaan kepada Raja dan Negara.....Ini adalah prinsip yang ke2 dalam 5K ini. Dalam hal ini aku tak berani nak hurai lebih-lebih sangat..bukan aku punya level tapi setakat yang aku tahu masa belajar kat sekolah dulu.. Kita sebagai rakyat malaysia kenalah tunjukkan kesetiaan kita kepada Raja dan Negara. Apa lagi Raja-Raja kita, Raja Berpelembagaan..sebagai payung negara, melindungi Agama Islam, melindungi hak keistimewaan Raja-Raja Melayu, melindungi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.. Kita pikirlah sendiri.. kita kena taatlah..

Tajuk yang ke3...

Keluhuran Perlembagaan........... yang ni pun bukan level aku nak hurai..jangan buat pasai! tapi yang aku belajag dulu Perlembagaan ni umpamakan sebagai kedudukan yang lebih tinggi lagi dari undang-undang yang digubalkan...

Tajuk yang ke4...

Kedaulatan Undang-undang.... yang ni pun bukan level aku nak hurai..jangan buat pasai!


Kesopanan dan Kesusilaan
Yang ni aku berani hurai cara aku sendiri sebab yang inilah yang berkaitan sangat dengan maksud aku nak huraikan pada malam ni...
Huraian-huraian yang tadi tu cuma mukadimah aku saja utk blog aku berkaitan dgn tajuk pada kali ini. Sebab itu aku lanjutkan dengan nama tajuk "Masyarakat Terkini The Series" (Lebih kurang drama Halimah Jongang the Series la..)
Aku kalau tak dapat masukkan satu-satu isu dalam blog..aku rasa macam minum kopi tanpa gula..bila boh gula barulah sedapnya rasa kopi!

Huraian aku mula-mula tadi bab Rukun Negara. Aku rasa Prinsip Rukun Negara kita sekarang sedang tercemar. Tercemar oleh individu-individu yang bertuhankan harta dan wang ringgit.
Dok bebuih dah mulut pemimpin-pemimpin negara kita untuk terjemahkan Prinsip 5K ini. Tapi yang berlaku sekarang..maacam-maacam...macam-macam adhaaa..Aku tak dapat nak pastikan dimana silapnya kebanyakan rakyat Malaysia dah jadi apa yang sedang terjadi mutaakhir ini. Macam ada yang tak kena saja.

Baca paper saja dah naik muak dengan maacam-maacam berita. Kisah kepincangan institusi keluarga, Anak bunuh bapak, bapak gorol anak, sumbang mahram, Anak dan mak pi pukui bapak, bayi-bayi di lahirkan tanpa bapak, bayi-bayi di bunuh dan di letakkan ditempat yang tidak sepatutnya. Kalu kat sekolah timbul hal lain pulak..laa ni bukan guru yang kena ajar murid tapi murid-murid pulak yang dok ajar guru!! mak owhh..gena sampai jadhi lagu ning??? dulu guru yang merotan murid tapi sekarang murid-murid pulak yang dok bagi guru.. Hai murid-murid yg berperangai macam ni.. bertobatlah! janganlah dok buat tak ketahuan pada guru-guru kamu... tanpa Guru..kita umpama tak tau apa-apa..tanpa guru-guru, kita takkan faham apa-apa.. kerja guru kerja yang mulia! Aku pun kalau tanpa guru-guru yang susah payah dok mengajar aku dulu..mana mungkin aku boleh create blog aku sampai macam ni! kira terrorlah nii..

Dulu..Kini... dan Tak Tau sampai bila...Macam-macam kisah Mat Rempit..Mat Rempenyekkkk..sekarang dah ada istilah baru ..tak taulah sapa pulak yang pi ubah pi jadi Mat Pelesit. Hai macang-macang..kan orang kita ni kaya dengan istilah-istilah dan slogan-slogan.. sebut pasal slogan ni masih ingat kah kita suatu masa dan ketika dulu di pejabat-pejabat Kerajaan terpampang di notice board "Di Tegah Menghisap Madat" aku dok pikir-pikir binatang apa Madat tu..tapi laa ni Madat pi ke mana Dadah pulak yang timboi..hah! lepas ni lepas binatang Dadah tu apa pulak yang akan direnamekan..memang kaya..kita memang kaya dah sekarang. Kita sekarang semakin kaya dengan sikap kamu-kamu aku-aku.. anak kamu anak kamu. anak aku, anak aku! jangan bini aku bini kamu..bini kamu bini aku! Ya Allah! simpangkanlah benda-benda ini semua.

Tapi tak mustahil perkara-perkara mungkar ini dah ada pun yang terjadi! Laki dok di rumah isteri keluar pi cari jantan lain. Laki pi keluar cari rezeki bini hello Bangla mai "hantag Katpet " kat rumah. Dulu pernah ada metos si Tanggang yang mengisahkan anak yang tak mahu mengaku ibu. Tapi sekarang dah terbalik pulok doh..Ada Ibu yang tak mau mengaku anak itu anaknya! Kes bapa saman anak pun dah ada! kes anak saman anak pong adhaa..maacam maacam adhaaa..

Berbalik pada kisah Mat Rempit tadi..baru teringat sorry laa..( aku punya blog..aku punya style lah..).. Aku pernah berbincang dengan salah seorang rakan merapu aku.. elok juga kerajaan ujudkan Sekolah Memandu Rempit (SEMPIT). Bagi remaja yang baru belajar memandu motosikal, mereka diwajibkan membuat ujian memandu diantaranya;
1. Ujian memandu dengan kelajuan yang maksima lepas tu buat brek kecemasan. Bukan macam sekarang ni.
2. Ujian memandu dengan aksi duduk diatas handle motor dalam kelajuan 120km.
3. Ujian memandu sambil tidor diatas seat motor (tak mau meniarap..sebab orang dah banyak buat dah..)
4. Ujian memandu angkat kedua-dua tayar dalam ketinggian, tak tinggila.. cuma lima kaki dari paras laut.
5. Ujian memandu diatas batas bendang diwaktu malam dalam kelajuan 120km juga.Itu bagi pemandu yang dok di kawasan bendang tapi di kawasan bandar pulak nak kena test diatas divider highway dalam kelajuan yang sama. Dengan syarat macam biasalah tanpa pasang lampu.
6. Bila semua syarat-syarat ini dah lengkap nak kena ada satu lagi syarat yang wajib LULUS. Syaratnya nak kena bagi kaki atau tangan mau kasi PATAH.
So barulah pihak SEMPIT tadi boleh bagi lesen kat depa ni. Emm bila semua dah dapat lesen SEMPIT ni..dah tak dah laa orang dok merempit lagi.. Itu cadangan saja..bolehlah dibawak ke Dewan Rakyat..tak perlulah sampai nak bubar Parlimen pulak...

Masyarakat sekarang terutamanya generasi muda jugak yang remaja..yang tua pun adhaa..memang dah berubah banyak sangat dah. Aku teringat sebuah lagu 50-an dulu lebih kurang macam ni..

Nona-nona zaman sekarang..
Tak boleh di tegor..
tak boleh dilarang..
bajuunya pendek

nampakk jarang
Membikin hati
Rasa bergoncang..

Haa..lebih kurang macam tulah.
Mengenai hal ini aku rasa ..kita kena balik kepangkal jalanlah.
Sama-samalah kita sepakat berbuat baik dan cegahlah kemungkaran. Ada kelapangan sama-samalah kita ke masjid/surau..kita mengajilah menuntut ilmu dari ustaz-ustaz. Kerana menuntut ilmu itu adalah dituntut oleh Islam. Kalau nak diikutkan hati..memanglah berat kita nak belajar. Tapi kalau kita pi menuntut ilmu dengan niat kerana Allah Taala, Insyaallah kita akan sampai malah banyak ilmu yang akan kita dapat. Makin banyak lah ilmu yang kita dapat terasa semakin jahilnya kita sebelum ini yang jadi rubber stamp dan burung kakak muda.

Aku cadangkan juga diadakan semula subjek Sivik/Tatarakyat yang pernah diajar di sekolah 50tahun yang lalu.. cuba kita lihat sekarang. Ramai pemimpin-pemimpin yang ada sekarang adalah dari generasi 50-an dulu. Mereka memang telah berjaya hasil dari apa yang telah mereka belajar di sekolah dulu. Apa-apa pun semuanya kita janganlah mengharapkan usaha guru-guru saja yang mengajar anak-anak kita di sekolah, Ibu-bapa dan rumah adalah sekolah yang pertama sebelum anak-anak dihantar ke sekolah yang ada sekarang. Kita kena balik kepangkal jalan.. Kita nak kena "jaga tepi kain orang", Tapi janganlah sampai jaga dalam kain orang pulak! jangan buat hal! nanti tak pasai-pasai kena test DNA pulak!
Kita kena kenal siapa jiran-jiran kita..jiran-jiran kita dari 40 orang kiri dan kanan rumah kita. Tapi sekarang bukan saja kiri kanan, malah depan,belakang dan kalau apartment, atas dan bawah pulak. Lagi lah hebat kalau sama-sama kita berjiran ni ambil tahu dan tanya khabar berita antara satu sama lain. Kita kenalah masing -masing punya rasa bertanggung jawab. Khasnya dikalangan anak-anak kita. Masing-masinglah tegor dan bagi nasihat kalau ada yang tak betul. mak bapak pun kenalah ambil peranan sama. Jangan bapak marahkan anak yang si mak ni pi dok tegor kat ayah pulak kerana marahkan anak.. Nanti jadi pulak macam filam P.Romlee.. Anakku Sazali..Apa-apa pun mailah sama-sama kita balik kepangkal jalan. Ajaklah berbuat kebaikan dan sama-samalah kita cegah kemungkaran.

Sedarlah..kita dah banyak membuang masa, kita dah banyak lagho. kita dah banyak buat dosa,kita dah makin jauh dari ajaran Islam, kita dah jarang bersolat, kita dah banyak "berbogel" di khalayak ramai. kita dah tak hormat pada ibu-bapa kita, kita dah tak hormat pada orang-orang tua, kita dah banyak sombong sesama kita, kita sering bertelagah sesama sendiri,kita dah tak hormat pada guru-guru, kita tak hormat pada pemimpin, kita tak hormat pada ketua kita dan kita tak hormat pada diri kita sendiri! kita ego tak bertempat. Sama-samalah kita mau ingat..kita hidup pun tak lama. sampai masa kita MATI jugak. Kalau yang SOMBONG-SOMBONG tu kalau mati nanti..tau dak sapa yang akan usung jenazah? kalau tak jiran-jiran sendiri?

Aku bukan marah!..nasihat.(pinjam dari dialog P. Ramlee)

1 comment:

  1. Sobri, weh.
    aku setuju dengan dengan celoteh mu. budak2 la ramai yang di ajar tapi dema tak mboh pakai dan amalkan apa yang diajaq.

    ReplyDelete