01 February 2010

Joran Time!

Tengok tajuk macam hebat ja.. sebenagnya aku ni sekadar nak rehat disamping merefreshkan kepala otak aku ni.. Aku amik cuti hari ni. Aku dah membuat pakatan rasmi dengan kawanku Che Ros(..mcm nama arwah bapa aku..) eloklah, Sabri dan Che Ros kerja bawah satu Jabatan.
Kali ini aku nak ubah sikit aktiviti aku. Aku dan Che Ros nak pi mancing pooyoo kok belah Sg. Kerian nu..Dia dok tunjuk gambag dapat ikan puyu berpuluh kelo! aku terus naik teruja dan aku terus setuju untuk kami pi pada ini hari,Hari Selasa,2/2/2010...

Kami bertolak pada jam 9.00pagi dengan kancil aku. Baguih juga ada tempat parking ni...

Lokasinya dikawasan berpaya dikelilingi kelapa sawit dan air paya ini mengalir terus ke Sungai Kerian.
Aku tak sangka ingat ka tempat ini untuk kaki pancing rupa-rupanya orang tahan pukat pun ada jugak! Tapi bagi yang tahan pukat kebanyakannya dapat ikan Sepat Benua Afrika. Sekali pukat depa akan dapat sebanyak satu guni beras gula Chuping Perlis nu! Ikan tu depa akan jual di pasar-pasar malam atau pun dibuat ikan masin. Bagi yang suka tahan pukat ni..kenalah turun kedalam paya tu..dermalah sikit darah kat lintah-lintah yang sedang kehausan darah tu.. Lintah-lintah di paya ni tak le besag sangat pun, saiznya cuma 2jari tangan kita ja... Tapi bila aku tengok depa tahan pukat..bila depa bukak baju.. beghemut lintah dok melekat di seluruh badan!..hee...teliog aku tengok lintah-lintah tu.. buat laksa memang ummph punya!

Che Ros sedang membuat laluan baru untuk pancing puyu. Selalunya laluan baru akan dibuka supaya senang untukpancing ikan puyu nanti. Selepas di bersihkan laluan itu. kena dibiarkan selama setengah jam untuk puyu-puyu ini berenang disitu dan senanglah kita pancing nanti.

Aku tak dapat banyak ikan cuma 50ekor ja.. Kawanku Che Ros dia pun hantam bawak pukat juga tapi taklah sebesar pukat orang-orang tadi. Sebelum aku mai mancing aku dah janji dengan orang rumah aku akan balik awai sebab dia on-nite malam ni. Tapi disebabkan punya ghalit dok mengail pukul 6.30 ptg baru kami bertolak balik ke Baling. Masa balik tu aku pecut punyalah laju 120 ja..dan sampai di rumah aku tepat jam 9.00 malam. Bini aku dah jadi macam murai waktu pagi walau pun ketika itu waktu malam dah. Ya la..sapa yang tak marah..Bini kena keja malam aku pulak liwat balik! Tapi tak pa bini aku ni baguih..dia marah pun sat ja tapi aku janji kat dia leng kali aku tak balik liwat lagi.

Lepas aja aku hantar dia pi keja aku pun terus siang ikan-ikan tadi sekog-sekog sampai habih. bau hanyiag tu biasalaa..Tapi aku basuh dengan garam dan Asam Melayu berkali-kali pas tu aku basuh pulak dengan daun serai dan genyeh dengan buah limau nipis sampailah hilang baunya...
Esok bini aku kata dia nak masak lomak cili padi pekat campog buah belimbing buluh..uii..pecah ayag liog aihh...

Ha..kalau ada sapa-sapa yang berminat nak join Joran Time..jomlah kita pi lagi.

6 comments:

  1. Wehh, mu buat pekasam ikam puyu beghi kat aku ghatek. Mu idup lagi de....

    ReplyDelete
  2. Aku buat blog baru satu lagi. Singgah le kat blog tu deh.. http://blogsuhaime.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Saideng weh...kalu mu nak makang pekasam tak pa ada masa kita gi mengai weh! Kalu mu nak pukat ikang buleh gak. Tapi mu kena bagi salam dengan lintah dulu, lintah tu tak le besag sangat cuma bersaiz dua jari ja..Tapi kalu mu ada ladang lintah kira okey lah!

    ReplyDelete
  4. Weh, Sobri bila mu nak gi pulak ghoyat kat aku sama. Dah lama aku tak gi mukat ikan, dulu masa awal thun lapang puluhan aku rhajing jugak ikut ayah aku gi mukat kat ban di jalang pantai merdeka. dapat ikan lampam banyak juga, dok bersiang sampai pagi. Weh mu buat pekasam dak, kalu buat nati aku gi rhumah mu bulih beghi kat aku sikit.

    ReplyDelete
  5. Aku dok cadang masa raya cina mengu depang la tapi eh sangkut dgn kenduri berlaga pusat pulak... tak pa kalu aku nak gi aku ajak mu sekali.

    ReplyDelete