03 December 2009

"Water Face"

Ada ketikanya dok bersembang sama-sama kawan -kawan. Dalam kepala hotak kita memang dok ada dah cerita nak buat lawak. Kita pun ceritaa lah dengan penuh nafsu siap dengan tegelaknya sekali tau-tau... kawan-kawan kita tak dak apa respon pun.. releks ja depa..pas tu pulak depa tanya pulak.."hang kata pa tak sat?" cubalah membayangkan perasaan kita diwaktu itu? disitulah mengalirnya water face kita..mengalir deras menyelubungi kolbu!.. rasa muka ni dah ada macam-macam color dah menahan kemaluan!...cerita 1.

Ada ketikanya di pasaraya atau ditempat-tempat keramaian.. kita tengah bersantai dengan kawan-kawanlah kununnya... tiba-tiba kita terserempak dengan seseorang yang dah lama dah kita tak pernah jumpa.. tapi dalam hati tu..berbelah bagilah juga antara kenai dan tidak. Kita pun dengan penuh gaya dan penuh perasaan terus pi tampag pungkok orang tu! kununnya nak melawaklaa.. kawan lamalah katakan..Pi ..pi tampag pungkok orang tu tau-tau bukan kawan yang kita maksudkan! orang lain!! Lepas tu kawan-kawan pun pakat pandang memandanglah antara satu sama lain. Dok cangak-cangak sambil depa dok tanya.."hang kenai ke diaa tu?.. apa lagi kita pun kata " Aku tersilap orang.." masa tu lah ujudnya water face kita jatuh berselerakan dan berkecaian...cerita 2.

Ada ketikanya dalam mesyuarat, ramai bos-bos yang hadir sama sambil mendengar taklimat. Satu ketika sampai pada giliran kita untuk memberi taklimat. Diwaktu kita hendak bangun tu dengan secara tak sengaja kita kerkentut.. bukan kentut kecik.. besarrRR punya! Maklumlah dah 3 hari pungkok tak mau nak berak. mungkin tension nak kena bagi talk kot.. lagi pulak malam tadi makan kenduri member nak pi Mekah.. pi jamu pulak pulut durian...suasana masa tu dengan aircond sikit punya slamberland...masing-masing jadi terkeranjatlah dan masing-masing dok tutup idung.. masa tu water face kita dimana??..cerita 3.

Ada ketikanya kita bersama anak-anak dan isteri kita pi shopping di Pasaraya. maklumlah ketika hari raya pun dah nak dekat , banyaklah keperluan dan pakaian serta kasut baru yang nak di borong. Tengok sana berkenan,tengok sini pun berkenan. Tentang pakaian yang berkenan dihati tu asyik dok trylah masuk keluar di fitting room.. kira pi kira mai dah hampir 25 kali dah dok ulang keluar masuk bilik tu.. rasa berkenan.. teruslah ambik.
Datang ke pasaraya tu dari lepas asar sampailah dejay pasaraya dok bagi warning suruh pelanggan keluar.. dah nak tutup. Kita pun bergegas-gegaslah ke kaunter bayaran. Anak-anak tengah dok seronok bukan main ni! maklumlah nak menerai baju baru raya ni. Masa nak bayar tu..Q punyalah panjang..kaunter sesak. Tibalah giliran kita nak bayar...duit cash mana cukup dah masa tu.. pasai tadi pi singgah Radix Fried Kitchen...Kita pun keluarkan Mastercard dengan penuh emosi.. Agak lamalah juga cashier tu dok swipe pi mai pi mai.. cashier tu pun dok kata pa tak tau kat supervisor dia...check punya check.. Mastercard kita dah over limit dah!!!! Cash pulak dak tinggai syiling ja...nak kata pa lagi.. reopen the bungkusanlah and diletak di tempat asal lah! Masa tu water face kita jatuh bercucuran macam air hujan....Maghrib dah masuk aku nak solat ..cerita 4.

Sambung balik.. Lepas saja bercuti raya ni.. masing -masing orang-orang pejabat mulalah bertugas semula. Aku rasa macam tak puas ja bercuti bersama dengan anak-anak yang baru ja balik bertugas ketempat masing-masing.. Pagi tu aku saja ja nak ke pejabat dengan menaiki bas. Maklumlah sekali secolor tu nak pakai drebar juga..Habis saja aku mengenakan pakaian kerja aku, aku pun bergegas-gegus ke bus stop. Sampai ja kat bus stop ada lah juga lima nam orang disitu sama-sama dok tunggu bas nak ke pejabat atau pun nak ke market. Depa pun pakat dok perati kat aku.. sambil tersenyum lebih-lebih lagi ada beberapa orang wanita yang aku kenal tapi tak pernah bertegor sapa pun dengan aku sebelum ini. Tiba-tiba hari ni dia tegur aku..aku pun dok minat jugak dok perati kat dia sebelum ini pun.. minat perati jaa.. tak lebih dari tu pun.. Dia tersenyum padaku lantas aku pun naik perasan.. lalu dia pun berkata... En Sabri.. awat pakai kasut jepun dengan stokin???..alamak weh>>>>> dimanakah hendak aku meletakkan water face akuuuuu....aku terus balik rumah dan terus apply cuti ..cuti kemaluan...cerita habis..

2 comments:

  1. Mu pksai merapu no wahid. dulu orang belaja mu kira dok lokih katung saja.

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha...katung mengatung telah menjalar kedalang orat nadiku....aku dah tak opaya nak ubah dah....

    ReplyDelete