Macam lagu 60-an ja.. A.Halim..yaa.. betul.. tapi kisah ni tak ada kena mengkena pun dengan kisah didalam lagu tersebut. Cuma judul lagunya saja aku pinjam. Kisahnya macam ni..Terjadi semasa dalam perjalanan dalam bas dari Alor Setar ke Baling.
Kisah berlaku di awal tahun 2000 masa tahun yang sedang sebok dengan Y2K.. ingat lagi tak apa dia Y2K tu?..aku pun dah tak ingat dah..dan kisah ini diceritakan sendiri oleh salah seorang sahabat karib aku namanya Hang Mokhtar. Dia baru balik membeli belah di Pekan Rabu Alor Setar. Pekan Rabu Alor memanglah terkenal sejak dari dulu lagi sebagai tempat jualan pelbagai jenis kuih-muih, pakaian cenderahati dan sebagainya sehinggalah sekarang dan ia juga merupakan sebagai hub membeli belah disekitar Bandaraya Alor Setar mahu pun diluar Alor Setar sendiri.
Ok.. kawan aku tu dalam perjalanan balik dari Alor Setar menaiki bas MARA EKSPRES . Masa tu bas tersebut belum ada aircond lagi..pakai tingkap yang boleh angkat-turun ja. Ada seorang perempuan India dok didepan dia.. perempuan India tu memanglah peramah sungguh dok asyik bersembang dengan kawan sebelah dia ta hinti-hinti macam bas ekspreslah jugak. Sambil-sambil tu dia tengah dok meraba-raba sesuatu dalam poketnya.. rupa-rupanya dia memang dah dok ready sirih pinang.. biasalah itu memanglah tabiat depa.. sambil-sambil kunyah tu.. lagilah rancak sembangnya!
Kawan aku ni buat tak reti ja.. lama-lama dia pun menguap-nguap mengantuk. Ya la perjalanan dah jauh dah.. masa ni lah nak relaks tidog dalam bas.
Masa dia tengah menguap tu..perempuan India tadi bila dia dah habis kunyah sirih pinang tadi, dia pun bukaklah tingkap lalu dengan slamberlandnya mengecitkan air ludahnya keluar tingkap..Tapi rupa-rupanya air ludah yang merahpekat tu bukannya pi keluag kot tingkap tapi terus masuk ke mulut kawan aku yang tengah sedap dok menguap!.
Apa lagi termasukkah ayag liog aci tu kedalam mulutnya! Ayo yo.!. Aci tu pun dan-dan bangkit pi kat kawan aku utk mintak maaf sambil tangannya mengelap baju kawan aku yang merah dgn ayag sirih tu.. Kawan aku ni seorang yang cool..Walau pun dah tertelan ayag liog aci tu.. dia pun berkata.."Tarak pa..tarak pa..aci.. tarak pa..." sambil dok gabuih bajunya yg berlumuran dengan saki baki sirih pinang tu..
Aci tu pun agaknya menyesai kot asyik dok mintak maaff ja kat kawan aku tu..Kawan aku tu pun asyik dok kata"..tarak paa..aci..tarak pa.." TAPI..
Se "cool-cool" kawan aku ni kepala hotak dia tak dok diam dan mulalah dia cari idea nak balas balik apa yang telah berlaku tadi..walau pun aci tu tak sengaja...
Lebih kurang 5 batu lagi dah nak sampai kekampung dia..kawan aku tu rupanya sedang mengumpulkan ayag liognya ..kumpul punya kumpul sampai dah kembong pipi dah.. Hampir sampai ja ke tempat perhentian, kawan aku ni pun picitlah loceng dan bas pun perlahan-lahan berhenti..masa dia bangun nak turun dari bas tadi.. dia pun meludah lah balik TEPAT kemuka Aci tadi..habih basah melinja-linja muka aci tu kena ayag ludah dia!..kesian kat aci tu....
Inilah kisahnya dan tauladan yang kita dapat kalau kita nak buat sesuatu tu.. lebih baik kita berfikir dulu..adakah perkara yang kita lakukan itu mendatangkan keburukan pada orang lain atau tidak..bak kata pujangga " terlajak bas boleh diundur..terlajak meludah membawa padah"..Bab 1.
No comments:
Post a Comment