17 October 2009

Majlis Perkahwinan Anak Pak Chop dan Kak Ani


Selesai saja Keluarga Kak Milah dan Abang din beredar aku, isteriku, Kakakku Noryah dan suaminya Ustaz Ishak Ismail (Tok Imam Masjid Kupang) terus ke Majlis Perkahwinan anak Pak Chop Farmasi dan isterinya Kak Ani di Taman Mewah Jaya Sg. Petani.

Kami sampai pun dah hampir jam 6.30ptg.. para-para tetamu pun dah ramai yang angkat pungkok. Tapi masih lagi kami berpeluang menikmati hidangan yang lazat..emm..

Sempat juga kami bergambar buat kenangan weh..
Tu lo.. oghe maghi ler make kendughi awa awa.. tengok tuh.. pengatin pung doh tak dok doh..emmm...
Pssss... Tok Imam kita ni iras-iras Tok Kenali lah pullok..

Anak-anak Abang Din


Keluarga Abang Din




Ini pulak keluarga Abang Din yang sinonim dgn panggilan "Din Crett".Beliau adalah adinda kepada DYMM Tuanku Sultanah Haminah, Sultanah Kedah.
Abang Din bertolak dari Alor Setag ke Baling melalui Sg Petani tersesesesat jalan..alamak oi.. sekiannya..depa terpatah balik ke Sg. Petani! silap masuk jalanla tuu..tapi seronok juga Keluarga Kak Milah dan Keluarga Abang Din syama-syama syampey ke rumah aku..Meriah sungguh hari ni.
Banyak kisah-kisah silam kami semasa di Sg Buloh 'di ulangtayang', masing-masing cuba buka macam-macam kisah lama..Syoknya kami dapat berkumpul semula pada hari ni.
Pasal masakan utk meraikan mereka Isteri dan adikku Ariza bertungkuih lumuih menyediakan masakan spt. masak lomak isi ikan Good-Good (kalau orang Malaysia kata ikan baguih baguih), masak sambal isi ikan,sambal belacan dan dan..potai..ulam pucuk peka(sejenis ulaman yg rasanya pahit-pahit ketagih) tapi bukan nya Daun Ketum laa..
Aku rasa amat berbesar hati dan puas kerana dpt meraikan mereka..(mcm nak buat Karangan dlm Darjah 6 pulak dah..)..
Jam 5 .00ptg masing-masing depa nampak gelisah..(nk balik laa tu..)..

16 October 2009

Keluarga Kak Milah



Hari ni sedare dari Sg Buloh, Selangor ( Kak Milah) mai beraya kat rumah aku
dialah dok tolong mengasuh anak-anak aku..masa aku keja kat PKKN Sg Buloh dalam awal 80-an dulu.

Keluarga Ka Milah bertolak dari Sg.Buloh jam 8.30 pagi dan sampai ke Baling jam 1.30ptg..okla.



15 October 2009

Arif ICT

Aku cukup berminat dengan kemajuan teknologi komputer yang membawa perubahan dari masa ke semasa. Malah setiap pagi melalui radio aku tidak terlepas peluang untuk mengikuti Segmen Arif IT malah aku sungguh mengkagumi sdr Azli Paat seorang yang tidak kedekut ilmu dan sanggup berkongsi maklumat ICT walau pun ketika berada diluar negara. Maklumat dan tunjuk ajarnya tetap keudara melalui radio. Dari nada suaranya aku dapat meneka yg beliau seorang yang peramah..aku suka dengar perbualannya sebiji-sebiji..

Disini aku mohon keizinan sdr Azli Paat utk aku share maklumat ICT ini melalui Ariff IT utk kawan dan rakan yg berjaya mengunjungi blog aku yg tak sptnya ini..hu..hu..

Bacalah Al-Quran

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka BACALAH AL-QURAN

Adik Ipar aku dan Keluarga


Adik iparku yg paling supporting...Mohamad Ayob Khan..dan yg dibawah bertudung lebar tu isteri yang juga adik pompuan aku namanya Ariza. Dikanannya Norshahida,Nizam, Arishah dan Harmuni. Masa ni sama-sama berkumpul di rumahku untuk jamuan hari raya baru-baru ni.