Showing posts with label Abang Din dan Isteri.. Show all posts
Showing posts with label Abang Din dan Isteri.. Show all posts

17 October 2009

Keluarga Abang Din




Ini pulak keluarga Abang Din yang sinonim dgn panggilan "Din Crett".Beliau adalah adinda kepada DYMM Tuanku Sultanah Haminah, Sultanah Kedah.
Abang Din bertolak dari Alor Setag ke Baling melalui Sg Petani tersesesesat jalan..alamak oi.. sekiannya..depa terpatah balik ke Sg. Petani! silap masuk jalanla tuu..tapi seronok juga Keluarga Kak Milah dan Keluarga Abang Din syama-syama syampey ke rumah aku..Meriah sungguh hari ni.
Banyak kisah-kisah silam kami semasa di Sg Buloh 'di ulangtayang', masing-masing cuba buka macam-macam kisah lama..Syoknya kami dapat berkumpul semula pada hari ni.
Pasal masakan utk meraikan mereka Isteri dan adikku Ariza bertungkuih lumuih menyediakan masakan spt. masak lomak isi ikan Good-Good (kalau orang Malaysia kata ikan baguih baguih), masak sambal isi ikan,sambal belacan dan dan..potai..ulam pucuk peka(sejenis ulaman yg rasanya pahit-pahit ketagih) tapi bukan nya Daun Ketum laa..
Aku rasa amat berbesar hati dan puas kerana dpt meraikan mereka..(mcm nak buat Karangan dlm Darjah 6 pulak dah..)..
Jam 5 .00ptg masing-masing depa nampak gelisah..(nk balik laa tu..)..