Aku petik
dari abanglongonline.
Mari
kita sama-sama baca dan hayati petikan dari satu artikel di Mingguan Wanita. bil: 1361
Seorang isteri, diwajibkan untuk menghormati
suami, walau dalam apa juga situasinya. Bukan tidak boleh mempertahankan hak
sendiri tetapi hormat tetap perlu ada. Bila hormat tetap ada, si isteri akan
berusaha mengelakkan diri daripada meninggikan suara kepada suami, memaki hamun
suami, mencaci itu dan ini atau pun memperlekehkan suami.
"Bagaimana jika niat isteri untuk mendidik suami?"
Tiada istilah mendidik suami di dalam hukum
agama, malah sepatutnya suami yang berkewajipan mendidik isteri. Tindakan
mengherdik, memarahi atau mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati suami
dengan niat untuk mendidik adalah tidak sesuai. Jika suami melakukan kesilapan
atau kesalahan, tegurlah dengan penuh kasih sayang dan selembut yang mampu.
Tidak boleh disamakan cara menegur kesilapan suami dengan mengajar atau
mendidik anak-anak atau kawan-kawan sekerja.
"Bagaimana jika cara lembut tidak mendatangkan hasil?"
Berpesan-pesanlah dengan penuh kesabaran dan
berdoa agar suami terbuka hatinya dan berubah atau memperbetulkan kesilapannya.
Walau suami seorang yang tidak berdaya
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami atau sengaja mengabaikan
tanggungjawabnya, isteri juga tetap wajib hormat pada suami.
Ini bukan penganiayaan kepada isteri tetapi keistimewaan.
"Istimewa?"
"Apa istimewanya kalau suami tidak melakukan
tanggungjawab perlu dihormati juga?"
Istimewanya kerana pahala yang akan diperoleh
oleh isteri tadi, sukar untuk dinilai.
"Pahala? Apa guna pahala kalau hidup sengsara?"
Kalau sengsara, keluar dari perkahwinan tersebut.
Ramai isteri yang enggan keluar dari perkahwinan,
berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan status isteri tetapi gagal
menghormati suami. Suami diherdik, ditengking, dicaci dan dicerca. Ada yang
mendiamkan diri, suami tegur tak peduli, nak layan suami jauh sekali. Ada yang
berpura-pura, depan suami manis sekali tapi di belakang, suami diumpat itu ini.
Kenapa memilih status isteri jika dalam masa yang sama terus menerus menambah
dosa sendiri?
"Manusia normal mesti bertekak dan ada ketikanya tertinggi suara."
Ya memang ada kebenarannya ungkapan tersebut.
Cuma, jika perkara tersebut berlaku, cepat-cepatlah mohon ampun dan maaf kepada
suami. Jangan tunggu raya baru hendak meminta maaf.
"Kalau suami yang salah, nak minta maaf juga?"
Ya! Minta maaf sebab isteri tertinggi suara,
bukan atas kesalahan yang bukan bermula daripada anda.
"Kalau tidak minta maaf?"
Kalau suami memaafkan anda tanpa anda meminta
maaf, alhamdulillah. Tapi jika tidak, hanya Dia yang tahu kedudukan anda, cuma
hukum mengatakan; redha Allah kepada isteri hanya setelah suami redha kepada
isterinya.
"Bukankah kalau suami sengaja gagal
melaksanakan tanggungjawab nafkah zahir, isteri tidak perlu melayan nafkah
batinnya?"
Betul, tapi dengan mengambil kira kewajipan
nafkah sama seperti kewajipan mas kahwin tetapi kegagalan suami itu bukan
memberi kebenaran untuk isteri tidak hormat kepada suami. Perlu juga diingat
bahawa jika nafkah batin tidak diberikan si isteri sedangkan suami amat
memerlukannya ketika itu, mungkin sesuatu yang tidak elok akan berlaku. Jika
suami seorang yang penyabar dan faham hukum agama mungkin dia akan berpuasa
sunat bagi meredakan keinginannya. Bagaimana pula jika sebaliknya?
Paling penting, ada perbezaan jelas antara taat
dan hormat. Isteri wajib taat kepada suami selagi segala arahan atau kehendak
suami tidak menyalahi hukum syarak. Hormat pula, perlu sepanjang masa. Dalam
kamus Dewan edisi 4, hormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap
seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim.
Oleh itu, hormatilah suami sedaya upaya, walau
apa juga emosi anda, walau apa juga situasinya. Jika tidak mampu (dengan syarat
telah berusaha bersungguh-sungguh) jalan keluar tersedia...
Sewaktu Nabi Ismail tidak ada
di rumah, datanglah ayah Nabi Ismail iaitu Nabi Ibrahim kerumah isterinya dan
menyamar sebagai orang lain. Beliau bertanyakan kepada isteri Nabi Ismail
tentang kehidupan nya bersama Nabi Ismail. Lalu isteri Nabi Ismail menceritakan
bahawa kehidupan mereka tidak bahagia dan cukup-cukup makan saja dan Nabi
Ibrahim pun menerima penjelasan isteri Nabi Ismail dan berpesan supaya
disampaikan kepada Nabi Ismail agar menggantikan “pintu depan” rumah mereka.
Apabila Nabi Ismail pulang
saja ke rumah lalu isterinya menceritakan ada orang datang bertanyakan hal
rumahtangga mereka dan memesan supaya di gantikan “pintu depan” rumah mereka.
Nabi Ismail menjawab yang datang tadi adalah ayahku dan dia suruh aku
menceraikan kamu kerana kamu adalah seorang isteri yang tidak baik dan Nabi
Ismail pun menceraikan isterinya.
Suatu ketika Nabi Ismail
beristeri lagi dan perkara yang sama juga berulang dengan kedatangan ayah Nabi
Ismail iaitu Nabi Ibrahim dengan menyamar lagi. Nabi Ibrahim bertanyakan
keadaan rumahtangga kepada isteri baru Nabi Ismail dan isteri Nabi Ismail
menjawab, Alhamdulillah rumahtangga mereka bahagia dan setiap hari makan yang
sedap-sedap dan kehidupan mereka mencukupi pada hal Nabi Ibrahim tahu yang
kehidupan anak menantunya sememangnya susah. Nabi Ibrahim pun berpesan untuk
disampaikan kepada suaminya supaya menjaga dan memperbaiki pintu depan rumah
mereka.
Apabila Nabi Ismail pulang
saja ke rumah lalu isterinya menceritakan ada orang datang bertanyakan hal
rumahtangga mereka dan memesan supaya di perbaiki dan memeliharakan “pintu
depan” rumah mereka. Nabi Ismail menjawab yang datang tadi adalah ayahku dan
dia suruh aku menjagamu dan menyayangimu kerana kamu dimata ayahku yg seorang
nabi kamu tergolong isteri yg baik…
...sapa tak sayang bini oiiiiiii....
No comments:
Post a Comment