Orang ramai sedang sebok membersihkan jalan raya dengan mengutip duit syiling yang jatuh bertaburan di atas lebuhraya di KM234, Susur Keluar Pedas, di Rembau petang Selasa 18hb Januari yang lalu. berjumlah RM75,000.00!! Mak oiiii..
Tanpa mengira keselamatan diri mereka sedang leka mengira sejumlah duit syiling yang dikutip..prihatin..prihatin..
Paklong-Paklong ni pun sebok dok buat "Tayammum" dah tak ingat apa lagi dah...
Heran..kemalangan bagaikan dirancang...
Kemalangan yang berlaku bukanlah kehendak manusia atau mesin..tapi itu jelas kehendak dan kuasa dari Allah SWT..Itu semua ujian Allah.. Pada hari dan tarikh tersebut Allah berikan ujian kepada pengguna jalanraya tersebut. Tapi lihatlah apa yang telah berlaku?
Musibah yang berlaku pada satu pihak diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang lain untuk mengaut BARANG yang bukan hak mereka... MasyaAllah...prihatin sungguh orang-orang ini... Kemana perginya KeIMANan mereka?? kemana perginya keMALUan mereka??
Tapi bagi yang benar-benar prihatin mengutip duit syiling tersebut dan diserahkan pada yang empunya...masyaAllah...alangkah mulianya hati orang-orang yang bersifat begini....
Menurut Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ;
Barangsiapa yg mengambil hak orang lain walaupun hanya sejengkal tanah, maka akan dikalungkan di lehernya (pada hari Kiamat nanti) seberat 7 lapis bumi.”
Bagi yang telah ambil duit syiling tu...segeralah BERTAUBAT...serahkanlah semula duit-duit syiling yang telah dikutip tu pada yang berhak...anda tidak ada hak mengambil hak orang lain tanpa izin....
lebih baik mencari ikan di sawah daripada mengambil barang yang bukannya kepunyaan kamu..insaflah... |
Kerana...
Menurut Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ;
Barangsiapa yg mengambil hak orang lain walaupun hanya sejengkal tanah, maka akan dikalungkan di lehernya (pada hari Kiamat nanti) seberat 7 lapis bumi.”
Fikir-fikirkanlah.......
PEOPLE FIRST..PERFORMANCE NOW......IS RIGHT.....
Salam.
ReplyDeleteNi semua duit dah takde kot?
Sanggup curi duit orang lain.
majoriti nampak kebanyakannya Melayu....
ReplyDeleteSekiranya syiling itu kepunyaan anda..tiba-tiba orang ramai sebok pi kutip selamberr jer...
Apa rasa anda??
kalau saya akan kata...orang-orang ni tidak ada MARUAH langsung!tak tahu malu!