Bijak dan pandainya orang-orang terdahulu peribahasa direka sebagai kiasan..Antaranya, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Bagikan enau dalam belukar,melepaskan pucuknya masing-masing...
Apa-apa pun yang tersurat dan tersirat dalam peribahasa diatas memaksa saya meneroka apa yang telah dilakukan, berlaku dalam masyarakat kita sekarang khasnya Melayu Islam sekarang. (Melayu Islam??) fikir sendirilah..Rupa-rupanya masyarakat Melayu sekarang sudah ramai kurangnya adat dan adab malah semakin pupus adab dan adat apa lagi Islam sebagai pembimbing hidup dunia dan akhirat.
Banyak berlakunya perpecahan umat Islam sekarang..kian hari kian berpecah..kian hari kian bertelingkah dan masing-masing dihanyutkan oleh nafsu dan serakah. Alhamdulillah..bagi yang bersolat tetap juga mendirikan solat. Didalam solat memang terbukti muafakat dan sememangnya mengikut rukun. Tapi bila keluar dari bersolat...malangnya tertib ketika bersolat tidak diamalkan semasa diluar solat.
Malah memang ketara sekarang masa hendak mendirikan solat pun jemaah ada yang mementingkan diri sendiri. Berbuih-buih dah mulut Tok Imam berkata .."Rapatkan saf..rapatkan..saf..luruskan barisan.." Perhatikan ketika kita berjemaah di masjid-masjid khasnya solat Jumaat..masing-masing tak mahu penuhkan barisan hadapan, kiri atau kanan..kita telah diajar untuk penuh dan rapatkan saf. Tapi masing-masing buat macam tak kisah saja.
Kalau boleh nak duduk hampir dengan pintu supaya nanti dapat bergegas keluar..nanti takut seliper hilang pulak..
Cara bersolat pun dah nak macam spring dah..tau-tau dah hilang!
Begitulah apa yang sedang berlaku ketika nak mendirikan solat telah tergambar dalam masyarakat kita pada masa sekarang.
Memang menjadi makmum tapi sekadar menjadi makmum saja dari segi masyarakatnya..sekadar menjadi penghuni tapi tidak menghayati erti bermasyarakat.
Kedudukan saf yang tidak lurus dan tidak rapat dari segi masyarakatnya..sekadar ada saja tapi banyak pentingkan diri sendiri dan kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling.
Tertib ketika bersolat tapi di dalam masyarakat memang terkenal dengan sikap tidak tahu adat dan adab malah bersikap kurang ajar.
Datang ketika penghujung bacaan khutbah kalau dalam masyarakat macam dia saja yang betul tapi orang lain yang salah. apa tidaknya, tak dengar khutbah dari awal..inilah jadinya..
Banyak lagilah yang dapat dijadikan bandingan dan kiasan mengenai apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.
Masyarakat kian memberikan tumpuan pada rancangan-rancangan tv yang berbentuk hiburan keduniaan yang melampau.Ini disebabkan banyak rancangan-rancangan tv berbentuk hiburan yang dapat menarik anak-anak muda mau pun mak-mak dan bapak muda tidak lekang mengadap tv.
Apa-apa pun bersyukur juga kita kerana ada juga rancangan kearah mendalami Islam turut mengambil tempat.
Apa-apa pun juga..asasnya ialah SOLAT ITU TIANG AGAMA. sekarang berapa ramai umat yang mengaku dirinya Islam..gagal mendirikan solat? Umpama tidak ada TIANG maka runtuhlah AGAMA ..Runtuhnya AGAMA maka runtuhlah masyarakat. Runtuhnya masyarakat maka tunggulah akibatnya....
No comments:
Post a Comment