26 March 2010

Kancil ku cedera ...

Baru-baru ni kereta kancil aku terlibat dalam kemalangan. Anak aku yang pandu dia pi langgag tiang letrik. putuih dua!! tiang letrik tu la yg putuih dua.







Bila kancil dah ditarik ke kedai.. aku tengok macam ni lah rupa dia Sebelum buka bonet pomen kata nak kena lebih kurang RM1,000.00 atau RM 2,000.00 ja..Tak pa laa.

Tapi bila bukak bonet.. tudiaa kecederaan dalaman yang serius jugak! Pomen pun ubah fikiran mungkin nak kena lebih kurang RM4,000 lebih! Tudiaa aih! aku terus garu kepala yang hampir botak ni. Tambah pulak compressor aircond pun putuih dua!
Tapi aku rasa lega sikit sebab anak aku yang akan bayag semua kos ni. kesian gak kat dia. Dari apa yang dia bagi tau kat aku. semasa dia pandu kancil tu..dia terlelapp..sedag-sedag dah hantam tiang letrik. tekejug beghok dia! Tapi Alhamdulillah dia tak cedera apa-apa pun.
Itulaa.. kita ni kalau mempandu dalam keadaan mengkantuk..jangan dok gagah bawaklaa..biag kita berenti rehat buang lima menet pun tak pa dah..Kadang-kadang aku pun jadi lagu ni jugak. dari Baling ke Sg Petani pun buleh mengantut! Tapi kalau 5 tahun lepas perjalanan KL -Baling, Baling - KL tak dak masalah pun...masa tu Baling - KL ampat jam saja maaa.. tapi sikalang oo.. dah jadi anam jam mooo..

Sekarang kancil aku dah siap dibaiki dah jadi macam keta baru la pulak...

Mungkin ini akan jadi iktibar bagi aku dan pada yang dok tengah baca blog ni...






3 comments:

  1. Wow..blogmu makin cantik. Pandai juga mu buat deh. Mengenai kancil mu tuu..kena bagi org lain bela pula. Pasai dia dah cedera, tentu tak berapa sedap nak lari.

    ReplyDelete
  2. Kancil aku dah ok dah.. aku wak gi ughuk kat bomo ah heng.. eh laghi menyacak lagi weh!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Weh, Sabri mu nak kelih kapcai antik aku, mu buka blog aku. Tapi aku tak mboh jual, ma.

    ReplyDelete