14 March 2010

Bakal Besan

Pada 7hb Mac minggu lepas aku sekeluarga ke Shah Alam. Kami berkunjung ke sana atas tujuan untuk merisik bakal menantu kami dan juga untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi keluarga bakal menantu. Alhamdulillah kami di terima baik dan keluarga mereka begitu mesra sekali. Kadang-kadang macam dah tak sabar lagi nak terima menantu ni. Sekarang baru aku rasa macamana rasanya kalau dalam keadaan begini.. Terasa sangat diri ini dah berumur. Macam tu lah rasanya mak pak kita semasa mereka akan menerima menantu.
Kata sepakat telah diputuskan bulan Jun tahun ini insyaallah akan dilangsungkan majlis pertunangan anak kedua kami Ahmad Hirzi.


Gambar-gambar semasa di majlis merisik...



Bakal Mak Mertua agak kekok menyarungkan cincin belah rotan ke jari manis bakal menantu...

Tu hah.. bakal menantu dan bakal mak mertua....

Selesai urusan merisik dan mencapai kata sepakat kami bergambar buat kenangan dan diakhiri dengan bacaan doa selamat..




No comments:

Post a Comment