21 February 2010

Ralat dan Takziah...

Aku dapat tahu anak sahabat baik aku Fauzi Md Akhir telah pergi menyahut seruan Ilahi. Dah seminggu dah baru malam ni aku dapat tahu dari Fauzi. Aku tumpang sedih dan aku redho kerana ajal maut adalah ketentuan Allah jua.
Walaubagaimana pun aku rasa begitu ralat dan kecewa kerana tidak ada seorang pun kawan baikku yang nak maklum kat aku. Sedangkan Fauzi adalah salah seorang kawan rapat ku. Aku tak salahkan Fauzi kerana perkara itu terjadi keatas dirinya mungkin dia dah tak ingat apa-apa.
Tapi Kawan-kawan rapat aku yang lain tu..pasai pa depa tak ingat kat aku????Macam mana pun tak apalah sudah ditakdirkan untuk aku berita sedih tu tak sampai kepengetahuan aku dari awal lagi.
Takziah aku ucapkan pada Fauzi dan seluruh anggota keluarganya dan banyakkanlah bersabar. Kerana setiap yang hidup lawannya mati. Kita tak tahu lagi masa kita bila pulak akan dijemput pergi...
Moga roh anak Fauzi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Alfatihah.


3 comments:

  1. Dema ingat mu pung dah tak juga kut. ha... ha... ha...

    Weh Sobri, menager pusat bowling royat kat aku bola bowling hilang sebutie. mua mbik bawak kelik pa.

    ReplyDelete
  2. Aku amiklaaa.. pakse dema pinjang hak ku tak beghi kelek dulu!
    Yang hak Shalin Zulkifli dok guna tu.. bola aku laaa...

    ReplyDelete
  3. Gena mu lama tak update blog mu.... Idea sudah terbang ke?

    ReplyDelete