Hampa dan kecewa sekali terdapat bukannya segelintir tapi kebanyakan masyarakat MELAYU kita sudah yang ramai hilang pertimbangan..tidak kiralah yang muda, remaja, pertengahan umur mahu pun orang-orang tua sendiri.
Lihatlah kelakuan masyarakat sekeliling kita. Saya tujukan topik ini pada masyarakat MELAYU kita sendiri. Bezanya begitu ketara jika dibandingkan dengan masyarakat kita 20 tahun yang lalu. Perasaan saling hormat-menghormati antara satu sama lain sudah terhakis hampir ke tulang dah. Lainlah kalau tulang lembu..memang sedap dibuat sup. Yang muda sudah hilang hormat pada yang tua dan yang tua pulak menjadi ego disebabkan dia rasa dia tua dan perlu minta dihormati.
Kenapa jadi begitu?..Diantara salah satu sebabnya saya rasa orang dulu-dulu begitu mengambil berat dan bila berbicara penuh dengan sopan lagi tinggi budi pekerti. Kalau tidak mana datangnya Bahasa Menunjukkan Bangsa. Itu dulu Tapi Bangsa sekarang tidak lagi menunjukkan bangsa itu sendiri.
Bangsa dah boleh dikutip ditepi tong-tong sampah, di depan pagar rumah, dalam tandas dan bangsa sekarang ramai sudah yang tidak ada yang halalwal toyyiban!
Bangsa-bangsa yang seperti ini sedang membesar dan membesar. Salah siapa?
Satu lagi tentang makan-minum yang kita berikan pada anak-anak dan keturunan kita sekarang. Kita dah tak tahu dah tentang halal haramnya lagi. Nak burger.. kita belikan..macamana prosesnya Allah saja yg tahu.. nak junk food? kita belikan utk anak-anak kita..terdapat banyak bahan awet/kimia. Memanglah kita tak nampak macamana persediaaannya bersih atau ikut aturan atau tidak.. setakat nak harapkan tanda cop HALAL..di berus lukisan pun ada tanda HALAL! tak ke pelek?? Minuman beralkohol pun di cop HALAL? bukannya setakat makan/minum yang curigakan Halal Haramnya.. JUDI HARAM pun dah lama ujud dah..
Banyak unsur-unsur hiburan di media massa dan e-media. Dasar langit terbuka yang di perkenalkan sedikit masa dulu telah mendatangkan HASIL yang begitu MEMBERANGSANGKAN sekarang. TV banyak menyiarkan segmen-segmen hiburan. Celek ja mata ..kedengaran.. "Hantarkan sms sehatiberdansa ke 12345".. Tapi di bawahnya ada pulak di tulis "Bagi yang bawah umur sila dapatkan nasihat dari ibubapa"
Telefon bimbit.. faham-faham sajalah sekarang dari budak tadika hinggalah kepada orang tua..masing-masing dah ada telefon bimbit. Nah haih! dalam hand phone pun dah ada macam-macam..faham-faham ja lah..Banyaklah lagi unsur-unsur yang membawa kepada rosak akhlak dan rosak minda yang telah berjaya menerjah masuk dalam kepala otak.
Benda-benda macam nilah rupanya secara tidak kita sedari telah merubahkan terus warna kehidupan masyarakat kita sekarang menjadi macam sudah tidak lagi beradat apalagi bersopan,apalagi hormat menghormati antara sesama sendiri. Jiran sebelah rumah pun dah tak kenal. masing-masing bawa hal masing-masing. Macamlah depa sendiri yang nak usung jenazah depa sendiri..
Terdapat pemimpin-pemimpin kita tak kiralah parti mana. Dokkk bergaduhlah sesama bangsa seagama... hang tuduh aku..aku tuduh hang.. lama-lama dua-dua hang gone with the wind...kalau macam nilah jadinya.. macammana kita nak jadikan kita ini sebagai satu bangsa yang maju? satu negara yang maju? kalau kita masih bercakaran sesama sendiri..yang ruginya sapa? dan yang UNTUNGNYA sapa????. Kalau kita tinggal dalam kelompok yang seringkali "bercakaran" banyaklah rongga-rongga akibat percakaran itu ujud.. dan senanglah sang Iblis nak masuk JARUM! Once jarum tu dah menular macam ular menyelinap masuk keurat nadi...hasilnya jadi macam SEKARANGlah! Yang Muda (Tak semua) dah tak kenal hormat pada yang Tua dan yang Tua pun dok layan ego tuanya (Tapi tak semua)..kecualilah anda yang membaca artikel ini..anda okay kan??
Berbagai-bagai method telah dicipta oleh pemerintah dan yang sedang hangat sekarang 1 Malaysia..semuanya nak di jadikan SATU dah sekarang..Tapi janganlah kita lupakan pada YANG SATU..ALLAH SUBHANAHUWATAALA.
BUAT YANG DISURUH TINGGALKAN YANG DILARANG..MOGA-MOGA KITA AKAN MENJADI UMAT YANG BERJAYA DUNIAWALAKHIROH. AMIN.
Hayatilah coretan OSMAN AWANG Sasterawan yang paling aku kagumi..
No comments:
Post a Comment