12 December 2009

Kenduri di rumah Hasanuddin-Jeniang.

Awal qalam.. aku nak menzohirkan perasaan MENYESAL yang teramat sangat sebab aku pi makan kenduri di rumah Hasanuddin kat Jeniang tu!.. Yang aku rasa menyesal tu bukan pasai pa.. Selama ni pi mana pun aku misti bawa kamera ku. Tapi kali ni aku terlupa sungguhlah! aku harapkan Saiding Zakaria bawak tapi dia pun dok harap aku bawak..last sekali dua-dua tak bawak..bawak telog ja.

Di rumah Hasanuddin aku rasa teramatlah gumbira yg tak dapat dilukiskan di papan kenyataan! aku jumpa Saidin Omar . Dulu masa kat asrama dulu dia memanglah dikenali ramai! hebatnya dia. naik mutu dari Jeniang sampai ke Kupang tak pakai topi kelender! Aku jumpa Ismail Awang..aku masih teringat kisah dia dok main gitar depan rumah Cikgu Shahabudin. Macamana gambag P.Romlee dulu-dulu ni..
Aku jumpa Hj Rosli, dulu dia Kat TH Baling laa..ni kat SP pulak..Aku jumpa Hasan Majid..dia dok macam tu jugak.. tak panjang panjang..Yadin..kami dah jumpa dah sebelum ni di rumah Rusdin Husin, Razak Tiak! dia pun ada. Aku jumpa jugak kawan aku masa kat PKD Baling dulu. Hazizi laani dah berputus arang berkerat rambut dgn KKM dah..dia laani.. keja kat UUM pulak. Hazizi ni adik ipar Hasanudding.

Itulah yang aku rasa menyesai yang amat-amat pasai tak bawa kamera! aku sekarang termasuk dalam golongan aktif blogging so pi mana-mana pun misti aku bawa kamera punya.. aku dok cerita banyak kali dah pasai tak bawak kamera ni...

Masa aku sampai di rumah Hasanudin dah nak dekat pukul 3.45 ptg dah. Tapi tarak pa lah.. sebab time ni adalah time kami kawan-kawan SMKJ nak jumpa.. sememangnya rancak sungguh bila kami sembang, tercungkil balik kisah-kisah lama masa zaman sekolah dulu-dulu. gelak ketawa tak tau nak kira..berderai-derai!

Aku hari ni termasuk rumah Hasanuddin dah 2 bijik rumah kenduri dah yang aku pi makan. kenyang tu memanglah kenyang dah.Kononnya masa nak makan dirumah Hasanudin nak makan sikit ja.. boh nasik pun sikit. Tapi bila makan punya makan amboih sedapnya hingga menggigit kaki!. gulai batang pisang, ayam masak merah memang sedap menusuk kalbu.. aku nak tambah..rasa malu pulak.. Tapi nasib baik sungguhlah masa nak balik dia bungkus kat aku gulai batang pisang tu.. sampai ja kat rumah..aku bukak.. aku sentai habihhh..Aku rasa pun Saiding Zakaria pun jadi macam aku jugak kot...

Emm. aku tak dapat lupakan kenangan masa aku bersama-sama kawan-kawan SMKJ masa di rumah Hasanuddin tadi.. walau pun kebanyakannya kawan-kawan aku dah umur separuh abad sama lah dengan aku nih..tapi kami masih kenai lagi antara satu sama lain. Nama tak berubah langsung tapi rupa paras dah banyak yang berubah, kebanyakannya debab-debab belaka. Tapi Saiding Zakaria gigi dia banyak yang dah hilang.. dia kata sebab kena hantuk dengan batang besi..

Aku berharap dapat berjumpa lagi kawan-kawan lama aku yang lain dilain hari.. Insyaallah.

4 comments:

  1. Tahniah kerana rajin menulis. Asah otak bagi tajam. Aku ni berat sikit. Aku bangga dgn hang.
    Kenduri tu aku pi awal dan(sempat) jumpa Shaari Abdullah. Banyak jemputan lain.

    ReplyDelete
  2. Aku paham.. hang sebok manjang...aku tk tentu ada masa ja..tangkap blog..tq krn reply blog aku.. ada masa kita jumpa lg.

    ReplyDelete
  3. Aku pi kenduri rumah hasanudin. Bo elok aku sampai..hasanudin kata, Rusdin baru ja balik.. tak dan jmpa dia. Aku cuma dan jumpa Id Kadiaq dgn bini dia.. lepas tu aku terus pi kenduri di Tokai pula. Haa.. rusdin ada blog ke? Aku nak singgah di blog dia.. boleh bagi alamat blog

    ReplyDelete
  4. Rusdin belum ada blog gi..tapi tk pa laa.. at least mau jugak dia lawat blog kita lama-lama dia kena blog laa..

    ReplyDelete