Aku nak luahkan perkara ni dah lama sangat dah. tapi tak dan kerana terperangkap dalam trafik kerja yang banyak. Tapi kali ini aku dah tak tahan lagi dah.. kehendak aku membuak-buak macam membuaknya lahar gunung berapi..
Perkaranya nampak remeh tapi serius.. Diantara karenah orang-orang sekarang....
1. Orang sekarang kebanyakannya remaja suka naik mutu bukannya macam zaman aku dulu-dulu, depa suka sangat naik mutu beriringan sebelah menyebelah bukannya macam dulu kalau naik mutu follow belakang. Tak berani nak buat macam budak-budak remaja buat sekarang. Pantang ditegur, mulalah nak tunjuk hebat dan lagak.. nasib tak baik kita pulak yang di makinya.
2. Orang sekarang kalau nak melintas jalanraya suka berhenti ditengah jalan. Zaman aku dulu kalau ternampak keadaan macam ni.. cepat-cepat ada ja orang pi tolong tarik ketepi.. rupa-rupanya orang yang berdiri ditengah jalan tu nak bunuh diri!!. Aku cukup sereyau kerana hal ini terjadi didepan mata kepala aku saban hari.. Lu pikirla sendiri..adaka patut dah la waktu malam pi berenti ditengah jalan..dah la tu pakai pakaian warna gelap..silap-silap langkah boleh jadi Rwah!! Dok pikir-pikir sendiri pasai hal ini..kenapa sekarang timbul perangai-perangai yang macam ni?? kenapa terlalu mudah kufur nikmat yang telah AllahTaala berikan kepada kita? kenapa ada orang yang sanggup memperkasinokan diri malah nyawa mereka sendiri??..
3. Ini pulak satu hal lagi semasa dijalanraya juga..kalau pandu kereta sengaja nak tunjuk ego memotong secara mengH1N1 buta.. tak pergi jauh pun..depan kita jaa.. tapi mungkin depa rasa puas kot kalau dapat buat macam tu..
4. Orang-orang sekarang ni bukannya boleh ditegur, kalau di tegur berubahlah mukanya macam asam gelugur..Aku pun dah tak berapa paham dah kenapa sikap orang-orang zaman sekarang boleh berubah jadi macam ni?? Orang-orang sekarang dah tak macam orang dulu-dulu lagi.. cukup ambik tahu mengenai anak-anak mereka masing-masing. Anak hang macam anak akulah juga.. Tengok saja anak kawan kita yang nakal sikit atau buat sesuatu yang tidak kena, kita boleh ambil tindakan.. sekurang-kurangnya marah atas apa salah silap yg dilakukan. Tapi cuba laa ni tengok? alamat melentinglah kawan kita tu kalau anak-anak mereka ditegur??. Depa nanti akan berkata.. Hang jaga anak hang, Aku jaga anak aku!! awat hang sebok pasai pha?? haa lepas tu mula lah masing masing tak bertegur sapa.
5. Orang-orang sekarang ni kalau berselisih berdepan( Tak kiralah yg muda atau pertengahan umur).. lebih-lebih lagi sedang naik mutu atau kereta.. Senario ni selalunya terdapat di taman-taman perumahan..depa bawak ja kenderaan depa macam kita dok depan depa tu tak ujud langsung! jalan menononggg ja.. macam H1N1..depa yang berspesis macam ni hidung depa tu macam dah tinggi sangat ka?? Lain lah macam Menara Kuala Lumpur tu!..tu be kontiniu..
Aku rasa hidung hang macam Menara Eifel sebab aku dah besa naik ghetu....ha... haa...haaaaa
ReplyDeleteKemarin aku pun kena. Depan petronas Baling, aku hon kat mutu yang dok tengah. Dia boleh angkat tunjuk tapak kaki kat aku. Menate sungguh. Tapi bukan org muda, tua dah.
ReplyDeleteWei, tengok dak gi blog aku. Ada gamba masa darjah 6 di sk kupang... komeng laaa
aku dah tengok dah gamba mu. masa tu aku ingat kita dok gi rata-rata..kita ramai-ramai gi mani sungai..masuk dalam hutan..cari pucuk paku..aku teringat masa kita mandi sungai ada orang tua dok marah kat kita pasai dok buat bising..dia jerkah kita buat tak tau ja..last sekali dia cabut parang dia sambil menjerit "Gi..Kelerrr!!!" kita lari bercerabu!!!
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny