Gambar ni aku "curi" secara halallantoyyiban dari blog Suhaime. Dulu aku ada gambag ni tapi tak tauu hile mano doh. Disini aku nak merekodkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih pada beliuu. Aku teringat terus kisah kami rakan sekelas ni. Masa tu guru kelas kami nama dia orang panggil cikgu Mad Lebai.. Tapi laa ni dah jadi cikgu Mad Haji dah..Ada lagi sampai sekarang, dah jadi orang kuat Masjid Kupang.
Ok..kisahnya macam ni.. pada waktu itu sekolah kami Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Kupang sedang buat pertandingan koir. Setiap kelas yang dipilih untuk mengkoirkan lagu NEGARAKU. Pilih punya pilih kelas kami pun terpilih untuk membuat persembahan di perhimpunan pagi..(..aku rasa nak tegelak dah ni..tak tahan dah ni....).. nanti aku nak tarik napas sat...
Sebelum tu kelas kami punya pulunlah belatih koir, cikgu Mad Lebailah dok pulun latih kami sampai dia cukup yakin punya koir kelas kami memang 'sedap'lah pada waktu tu. Cukup dengan suara kecik suara besag.. pitching pun cantikk.. Apa lagi dia pun dengan rasa gumbira tak terhingga mengrekomenkan kelas kami untuk koir pada perhimpunan pagi..
Bila sampai waktu perhimpunan pagi tu kelas kami pun di panggil untuk buat persembahan lagu NEGARAKU.. Dengan disaksikan oleh para-para guru dan murid-murid kelas lain, kami pun mulalah menyanyikan lagu Negaraku tu..
Nyanyi punya nyanyi langsung tak menjadi!!! berselerak terabog! kami nyanyikan lah juga hingga habis siaran. Aku tengok muka Cikgu Mad Lebai dah jadi merah kebiruan! menahan malu!
Habis ja kami menyamyi kami pun masuk keperhimpunan semula dan dia pun dengan muka yang kelat marahkan kami kerana telah menghampakan beliau.. aku tak ingat dia kata apa ketika dia marah tu.. itulah salah satu kenangan yang aku ingat sampai ke hari ini.
Yang aku ingat nama-nama kawan-kawan dibarisan sebelah kiri..namanya Fauziah Mad Nor, Khairun Nisa', Zawiyah Abdul Razak, Noriah Md Amin(kaki pukui dlm kelas), Fauziah md Zain (Sekarang Doktor..), Halimah Aziz, Latifah Kasim, Roziah Mahmud dan Fatimah Abdullah.
Atas sebelah kiri pula, Abu Osman Ibrahim, Fauzi Hashim.Samsuri Kote Busuk, aku, Ahmad Fauzi, Suhaime Sulong(Kawan baik aku sampai bila-bila), Md Rodzi Ibrahim,Badrudin Yunus, Ali Ibrahim, Shuhaimi, Sani Darus, Allahyarham Cikgu Ismail Hamzah, Ismail Jaeh, Zailan Ghazali,
Mad Rejeki, Tak ingat, Khatijah, Jamsiah, Ramlah ,Rahmah(dia ni aku suka tarik rambut dia.. bila aku tarik dia selalu kata..natang babhii!), Jamilah, Maimunah dan Cikgu Mad Lebai. Budak-budak pompuan laa ni aku tak tau dah depa dok dimana.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny