23 October 2009

Anak aku yang kreatif

Aku dan Kakak yang ku sayang.






















Kakakku Noryah..seorang yang lembut dan penyayang. Aku sangat rapat dengannya dari aku kecil sehinggalah sekarang.
Aku tak peduli kalau aku terasa lapag aku terus ke rumah dia..bukak tudung saji...macam mana pun aku mesti makan juga apa yang dia masak walau pun sedikit.
Dia cukup faham kegemaran aku..kari..kari..kari..lebih-lebih lagi kari yang semalam punyerr...uhh aku tibai habih...

22 October 2009

Hasil dari medical check-up

Pagi tadi aku pi amik result med.check-up aku kemarin. Ini dia:

Glucose 7.3 Tinggi.
Uric Acid 485.8 Tinggi.
Kolesterol 6.2 Tinggi

Tudiaa.. semuanya high high.. kalau macam ni nak kena berpantangla..nasihat doktor supaya aku kena banyak exercise, kawal makanan yang berminyak, kurengken makan makanan laut, kurengken makan nasi,kurengken penggunaan gula, kalau boleh kurengken makanan/minuman jenis tunjuk dan jenis order..
Kalau tidak setiap pagi jumaat aku misti tibai.."mamak!! roti banjir dua!!..teh tarik cepat satu!!"
Tapi kali ini.. "mamak!! ayag suam satu!! toseh satu!!"


Ya la.. makin umur meningkat sekarang nak kena kena berjaga-jagalah. tengah borderline ni jgn bagi terlajak.

Habih licing!!!!!

21 October 2009

Kerat Rambut..

Petang kemarin dak tak dak aghah dah.. aku ajak isteriku Rukiah teman aku pi "kerat rambut". Teringat pasai perkataan "kerat rambut" ni..Arwah bapak aku masa aku kecik-kecik dulu selalu dok tegor aku..katanya., "Shobri..ghambut dah panjang tu.. pi keghat ghambut na.." sambil-sambil tu pun hulog lima kupang utk aku pi kerat rambut.
Inilah kedai Gunting Rambut yang sama sejak aku dari kecik-kecik lagi sehinggalah kehari ini. Tapi tukang gunting tu bukan India 1 Malaysia.. Import mari da... tokeh..tetap tokeh yang dulu jugakk..

Gambar-gambar anak-anak menakan aku..





Keluarga Dek Da bersama suami



Keluarga Adik Da bersama suami Ku Muhd Asmadi serta anak (anak-anak yg lain pi main kat mana tak tau?). foto yang atas sekali tu aku bersama Dek Zam, Ayob, Ku Asmadi dan Khalid Khan (Tok Imam Masjid Kg Pasiag Sg Petani).. Semua foto-foto ni dirakamkan semasa jamuan Hari Royo baru-baru ni....

Pemeriksaan Kesihatan Untuk Umur 40-an keatas




Hari ni staff Pergigian Baling yang berumur 40-an keatas di wajibkan utk. membuat pemeriksaan kesihatan yang selalunya diadakan setahun sekali.. Aku kalau bab timbang berat badan, ukur ketinggian dan test urine tak dak masalah punyerrrr tapi kalau mai tang bab nak amik darah... aku cukup seriau punyaa.. kalau boleh aku tak nak diambik darah...terasa geli yang amatttlaaa...

Kalau boleh elak..aku nak elaklah!.. nak dapatkan 10ml darah untuk Fasting Blood Sugar(FBS) dan Sr Cholestrol ..memerlukan banyak alasan utk aku mengelak dari dicucuk...Tapi nak buat lagu mana.. dah terpaksalah lengan aku menjadi mangsa jarum yang tak pernah kenal sesiapa pun..

Tengokla muka aku dari hensem gillerr dah jadi bertambah-tambah ensemm...