|
Cuba anda perhatikan paras ketinggian “placemark” Ancaman Tanah Runtuh dengan “placemark” Kediaman-kediaman yang diancam Tanah Runtuh..jika diukur mempunyai ketinggian melebihi 60 meter dimana dibawah lereng bukit tersebut terdapat 100 keluarga yang mendiami 8 blok rumah teres seperti yang dipaparkan. Saya percaya selepas penghuni yang berdekatan melihat pandangan dari atas ini sudah tentunya mengundang kebimbangan akan keselamatan nyawa mereka. Bayangkan kalau "landslide" dengan ketinggian melebihi 60 meter ini.... ianya mampu untuk menimbus separuh dari kelompok kawasan perumahan tersebut.
.... click pada imej untuk kelihatan lebih jelas. |
|
Taman Bersatu Baling terletak di Latitude 5039’36.80”N, Longtitude 100054’41.96E. Merupakan sebuah taman perumahan yang pertama di Baling dibina diatas bukit dan kini sedang pesat dibangunkan dengan perumahan fasa baru dan juga terdapat Ibu Pejabat Polis Baling yang baru menggantikan Balai Polis Baling yang terletak di pekan Baling.
|
.... click pada imej untuk kelihatan lebih jelas.
|
Pemandangannya yang indah dimana kedudukannya berhampiran dengan Gunung Baling |
.... click pada imej untuk kelihatan lebih jelas.
Didoakan semoga semuanya terhindar dari sebarang tragedi…………….atau
pun pihak berwajib nk kena tungguTENGADAH
dulu selepas TERANTUK???.....sama-samalah kita tunggu dan lihat……..
No comments:
Post a Comment