Bila saja aku dengag alunan lagu raya nyanyian Mad Jaih ni..dan-dan aku teringat masa zaman budak-budak dulu nak sambut hariraya. Suasana makin terasa masa dua tiga hari nak raya atau pun ada jugak orang dok kata malam tujuh likur. Sebelah siang tu aku dengan dua tiga orang kawan pakat pi cari buluh nak buat pelita.Sementara sebelah malam pula keluargaku sebok membakar lemang.
Sambil-sambil tu kami main bunga api tak berani main mercun. Mak tak bagi. Tapi la ni sebelum dua tiga hari nak puasa di bulan Ramadhan dah ada kes putuih jari..
Nampak tulang.. |
habih pecah.. |
Tak taulah aku depa main sampai jadi lagu tu..sedap tegha mana pun aku tak tau...tapi kalau sapa-sapa nak rasa bolehlah praktikkan..senang jaa.. genggam mercun tu..pas tu cucuhla sumbu dia lepaslah kelima-lima jari hangpa satu..satu...nanti adala orang mai amik pi hospital.
Tak pa la.. itu iklan jer......
berbalik pada nostalgia masa aku kanak-kanak (dulu budak-budak)..
Awai-awai pagi dah aku bangun,lepas mandi dipagi raya tu..kakak akulah yang rajin dok layan aku pakai baju raya. Masa tu baju raya aku bukannya baju melayu pun..seingat aku, aku suruh mak aku belikan kemeja dengan seluar pendek..kasut sarung..ada zip lagi.. fuyyyooo..
Selepas minum dan makan ketupat lemang bersama rendang aku pun terus ke rumah kawan-kawan ku yang dah berpakat nak pi beraya di sekitar kampung sebab nak kutip duit rayaaa..Masa tu kami dapat duit syiling lima duit dan sekupang ja..habih lekeh pun lima kupang..tu pun dah kira seghonok sangat-sangat dah.. Habih jauh pun kami naik bas company pi Baling. Jalan-jalan cari duit raya. Bila poket dah penuh berisi duit syiling..kami pun mula lah teringin nak beli mainan..salah satunya mainan yang aku suka sangat nak beli ialah pistol yang ada belerang.

ketupat pulut bersama rendang kegemaranku |
kuih samprut memang aku suka. |
Selepas minum dan makan ketupat lemang bersama rendang aku pun terus ke rumah kawan-kawan ku yang dah berpakat nak pi beraya di sekitar kampung sebab nak kutip duit rayaaa..Masa tu kami dapat duit syiling lima duit dan sekupang ja..habih lekeh pun lima kupang..tu pun dah kira seghonok sangat-sangat dah.. Habih jauh pun kami naik bas company pi Baling. Jalan-jalan cari duit raya. Bila poket dah penuh berisi duit syiling..kami pun mula lah teringin nak beli mainan..salah satunya mainan yang aku suka sangat nak beli ialah pistol yang ada belerang.
dulu pernah interview inspektor polih..nasib baik tak dapat. |
Raya Dulu dan Raya Sekarang...Budak-budak la ni dah tak heran dah nak cari duit raya..zaman la ni kebanyakan mak pak depa kerja makan gaji..keja besag..duit ada selalu. Anak-anak minta duit berapa det pun..depa boleh bagi tak soal banyak pun. Dulu budak-budak bejalan berkunjung ke rumah tetamu tapi la ni dah berubah..Budak-budak tidak lagi mahu berjalan apa lagi ikut mak pak pi ziarah sedara mara semasa raya tapi depa lebih pentingkan internet dan game di rumah masing-masing. Ada kawan-kawan pun dah tak ramai dah..kawan rapat pun ada dua tiga orang ja.. Bukanlah tujuan aku nak buat perbandingan budak dulu dan budak la ni...Apa-apa pun ini adalah hasil dari perubahan teknologi ict tanpa sempadan.
No comments:
Post a Comment