13 November 2012

Peranan Facebook sebagai agen....

Tahukan kita bahawa tanpa kita sedari, kita telah "mempersembahkan" cermin diri kita untuk tayangan kepada umum. Itulah salah satu daripada peranan facebook yang telah dicipta sedemikian rupa melalui kecanggihan ICT masakini. Kita belum pasti lagi kecanggihan tahap apa pula yang akan dicipta pada masa akan datang.
Selain kita mendedahkan sebahagian personaliti kita kepada umum tapi kita juga secara langsung tanpa tapisan,edit-menterjemahkan "LCD" peribadi yang sebenarnya yang di tayangkan dari diri kita dimana secara langsung penagih facebook dapat mengenali malah mencuri "data-data" rahsia asli keperibadian anda tanpa disedari. Umpama kita telah "mewarnakan" warna-warna keperibadian  mahu pun rahsia perangai atau pun sikap "inner" yang kita miliki selama ini. Tanpa kita sedari juga facebook adalah "agen" kepada kawan dan lawan anda sendiri.

Jadi mulai saat ini berhati-hatilah kita untuk "menayangkan" siapa kita,harga diri serta maruah kita kepada umum dek kerana "ketaatan" kita berdepan dengan facebook dari kita menghambakan diri kita sebenarnya kepada, untuk dan kerana Allah Taala... Jadi pilihlah yang baik dan tinggalkanlah yang sebaliknya.

Sabda Rasulullah SAW "Tinggalkanlah perkara yang engkau ragu dan ambilkanlah perkara yang engkau tidak ragu" - riwayat At-Tarmizi.

Wallahua'lam.